Bekas Setiausaha politik bekas Menteri mana kena tangkap dan reman oleh SPRM, pasal rasuah pemberian tender? Siapa tahu?
Bekas Setiausaha politik bekas Menteri mana kena tangkap dan reman oleh SPRM, pasal rasuah pemberian tender? Siapa tahu?
Perjuangan Aliran untuk
perubahan bergantung kepada sokongan anda semua
By
-
Photograph:
zaid.my
Sudah 14 bulan lamanya, kita di Malaysia telah menjalani
kehidupan di bawah “kerajaan perpaduan” yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Tinjauan
yang dijalankan oleh Merdeka Center pada Oktober lalu menunjukkan bahawa tahap
kepuasan rakyat terhadap prestasi PM hanyalah 50%. Kebimbangan utama di
kalangan mereka yang ditinjau adalah soal ekonomi, dengan 48% mengatakan mereka
tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Anwar.
Anwar
berdepan kerja yang cukup sukar. Beliau merombak kabinet baru-baru ini, namun
masih terlalu awal untuk melihat sama ada barisan menteri baharu akan
menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Gangguan
kerjanya cukup banyak. Langkah Chow Kit atau Dubai serta khabar angin yang
berterusan tentang kebarangkalian
pengampunan diraja untuk Najib Razak telah mengalihkan perhatian kita
daripada isu yang lebih kritikal.
Keadaan
ekonomi serta sumber pencarian rakyat adalah amat penting. Kerajaan perpaduan
mesti memberi tumpuan kepada perkara ini.
Dari
segi politiknya, pasukan PM telah menarik lima ahli parlimen pembangkang untuk
berada bersama di pihaknya. Ahli parlimen ini mendakwa mereka mengalih taat
setia kerana mahu menerima peruntukan pembiayaan yang lebih tinggi untuk
membangunkan kawasan mereka.
‘Mempersenjatakan’
dana kawasan dengan cara ini adalah salah dari segi moral. Ia termasuk dalam
kategori yang sama dengan ahli parlimen yang berpaling tadah kerana mereka
ditawarkan sejumlah besar wang, jawatan mudah serta faedah lainnya. Ada yang
mendakwa bahawa inilah juga yang mendorong ahli parlimen tertentu untuk
mempertimbangkan “langkah Dubai”.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
PM mesti
menunaikan janjinya dan memastikan pengagihan dana pembangunan kawasan pilihan
raya dengan sama rata. Ahli parlimen pembangkang tidak seharusnya
didiskriminasi melalui pembiayaan yang lebih rendah.
Sebuah
lagi gangguan timbul apabila bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
mempersoalkan kesetiaan etnik minoriti ketika diwawancara oleh saluran TV India
yang berpangkalan di Chennai.
READ MORE: How to foster multicultural
understanding in Malaysia
Mahathir
menyatakan pandangannya bahawa kaum minoriti perlu diasimilasikan
sepenuhnya dan “menjadi Melayu” untuk dianggap sebagai warganegara
yang sah.
Penduduk
Malaysia pada tahun 2023 adalah sekitar 33 juta – daripada jumlah ini, 70.1%
adalah bumiputera, 22.6% etnik Cina dan 6.6% etnik India.
Apa hak
Mahathir untuk mempersoalkan kesetiaan hampir 30% penduduk negara ini?
Kenyataannya yang tidak sensitif telah menyinggung perasaan ramai orang di
Malaysia daripada semua etnik.
Ini
adalah beberapa contoh gangguan yang menghalang pembangunan untuk rakyat.
Anwar
dan pasukannya sepatutnya menerajui kerajaan “Madani” yang progresif dan
berfikiran reformasi. Oleh itu, orang ramai mengharapkan tumpuan diberi kepada
kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan miskin.
Dengan
peningkatan inflasi, ramai di kalangan kelas pertengahan kini jatuh ke dalam
kategori berpendapatan rendah. Rancangan untuk subsidi yang disasarkan – supaya
hanya mereka yang memerlukan sahaja yang layak – adalah satu langkah ke arah
yang betul. Namun, adakah ia akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap? Hanya
masa dapat menentukan.
Pentadbiran
Anwar mesti menerima kepelbagaian dalam negara kita. Mereka perlu mencabar
retorik perpecahan kaum dan agama. Program untuk membina jambatan antara
pelbagai komuniti adalah penting untuk memupuk perpaduan. Gunakan nilai Madani
– kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah, belas kasihan – sebagai
pelan tindakan untuk Malaysia yang lebih terangkum.
Jika
kita menerapkan amalan tadbir urus yang baik secara menyeluruh, Malaysia akan
mencapai kemajuan yang besar.
Sebagai
sebuah gerakan pembaharuan sosial, Aliran secara konsisten mempromosikan
keadilan, kebebasan dan perpaduan sejak 1977. Kami telah berjuang untuk
Malaysia yang inklusif, saksama dan adil di mana tiada siapa pun yang patut
ketinggalan.
Kami
menentang rasuah dan ‘kebocoran’ yang menguntungkan segelintir pihak dengan
mengorbankan golongan miskin dan tertindas. Jika pun kami menjadi berat
sebelah, berat sebelah kami ini adalah untuk memihak kepada golongan miskin,
terpinggir dan tertindas. Bangsa dan agama bukan sebahagian daripada persamaan.
READ MORE: Mahathir, Hadi, stop spewing out
divisive rhetoric!
Negara
masih kekurangan pengasingan kuasa yang bermakna untuk mengawal dan mengimbangi
tiga cabang kerajaan. Terlalu banyak kuasa tertumpu di tangan cabang eksekutif
kerajaan. Pembaharuan yang teguh diperlukan untuk membetulkan ketidakseimbangan
ini.
Selama
47 tahun, Aliran telah bersungguh-sungguh melobi untuk reformasi tersebut.
Laman web kami, surat berita, media sosial dan webinar hibrid kami dijadikan
platform untuk idea alternatif sebegini.
Tetapi
agar usaha untuk menyatakan kebenaran kepada mereka yang berkuasa ini dapat
diteruskan, Aliran memerlukan dana dengan segera.
Kami
berbangga kerana tidak menerima pembiayaan asing atau tajaan korporat untuk
membiayai operasi kami. Sebaliknya, sumbangan daripada rakyat biasa Malaysialah
yang telah menampung gerak kerja kami.
Kami
berbesar hati dengan begitu ramai ahli, penyokong dan rakan yang berkongsi
wawasan bahawa Malaysia boleh dan harus menjadi tempat yang lebih adil dan
lebih terangkum untuk semua orang.
Malangnya, dana Aliran kini jatuh ke tahap kritikal. Kami kini
hanya mempunyai dana yang mencukupi untuk bertahan selama hanya enam bulan
lagi.
Kami dengan ini merayu agar semua pembaca budiman bermurah hati
menyumbang untuk memastikan kami terus bertahan. Kami
memerlukan kira-kira RM10,000 sebulan untuk menyelenggara laman web kami, untuk
memastikan pejabat terus beroperasi dan untuk membayar sokongan teknikal serta
kerja penterjemahan. Jadi sasaran biayasama kami ialah untuk mengumpul
RM120,000 pada tahun 2024.
Sila
derma dengah murah hati kepada:
Persatuan
Aliran Kesedaran Negara
CIMB Bank account no:
8004240948
SWIFT code: CIBBMYKL
Henry Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Januari 2024
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
Di sebalik Tun Daim Zainuddin kini sedang
dirawat di hospital, meskipun kebenaran untuk mendakwanya di mahkamah telah
diperolehi daripada Jabatan Peguam Negara, kemudian disusuli dengan kenyataan
Na’imah Khalid bahawa suaminya sedia didakwa di mana-mana saja, tetapi adalah
disarankan agar SPRM bersabar sedikit dan tidak terlalu gopoh dalam
tindakannya.
Jangan tergesa-gesa mahu meneruskan pendakwaan
dengan membawa hakim ke hospital bagi tujuan tersebut dalam waktu terdekat ini.
Bersabar seketika dahulu dan tunggu beberapa
ketika lagi sebelum memikirkan pilihan yang seterusnya.
Bukan apa, jika tergesa-gesa meneruskan
pendakwaan dalam keadaan Tun Daim baru saja dimasukkan ke hospital, apa lagi
jika didorong rasa tercabar dengan kenyataan isteri Tun Daim yang seolah-olah
mencabar itu, dibimbangi nanti tindakan yang diambil itu akan membenihkan
simpati pula kepadanya.
Memang berdasarkan tinjauan umum, terlihat
ramai rakyat yang bersikap positif dengan tindakan kerajaan terhadap bekas
Menteri Kewangan itu, tetapi jangan sekali dilihat bertindak “overkill”.
Jika terlihat demikian – percayalah – rakyat
akan jadi simpati kepada Tun Daim dan mula mencemuh kerajaan, khususnya Perdana
Menteri, Anwar Ibrahim.
Sebab itu, penting untuk SPRM bersabar sedikit
masa lagi, lihat dahulu dan dapatkan maklumat penuh tentang kesihatannya dan
berapa lama Tun Daim mungkin dirawat di hospital.
Hanya setelah tiada pilihan lain dan setelah
berbulan-bulan ruang masa diberi misalnya, barulah ketika itu pertimbangan
membawa hakim ke hospital harus menjadi pertimbangan.
Itu pun kena tengok pula bagaimana keadaan
semasa Tun Daim ketika itu, jika kesihatannya makin tenat seperti tidak sedarkan
diri, berada di ICU dan sebagainya, tetapi terus juga membawa hakim dan
membacakan pertuduhan, tindakan itu pasti akan dilihat sebagai sesuatu yang
tidak berperikemanusiaan.
Pendakwaan di hospital hanya wajar dilakukan
jika Tun Daim dalam keadaan sihat dan sedar sepenuhnya, cuma barangkali
berdepan masalah pergerakan yang tidak membolehkannya pergi ke mahkamah saja.
Sekali lagi, SPRM kena berhati-hati, selalu
bersabar serta jangan sampai kerja baik yang dilakukanntidak membawa markah,
sebaliknya memberi simpati kepada pihak lain.
Na’imah, isteri Tun Daim Zainuddin sebelum ini
semacam mencabar SPRM agar meneruskan pendakwaan mahkamah terhadap suaminya,
walaupun ketika di hospital.
Kata beliau, suaminya sedia berdepan sebarang
pertuduhan jenayah dan tidak menggunakan alasan dirawat di hospital bagi
mengelak dibawa ke mahkamah.
“Biar saya sebut dengan jelas bahawa Tun Daim
sedia berdepan sebarang pertuduhan, tidak kira di mana-mana dan akan
bersungguh-sungguh mempertahankan diri berdasarkan undang-undang.
“Tertakluk kepada kebenaran hospital, suami
saya sedia berdepan “pendakwaan politik” walaupun di hospital,” tegasnya.
Na’imah memberi respon demikian berikutan
kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang menyebut, disebabkan Tun Dam
dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan, pendakwaan terhadapnya tidak
dapat dilakukan buat masa ini, meskipun telah mendapat kebenaran Jabatan Peguam
Negarq.
Beliau yang ternampak sedikit kecewa, terutama
kerana doktor yang merawat Tun Daim tidak berterus-terang tentang masalah
kesihatan yang dihadapi oleh bekas Menteri Kewangan itu berkata, jika tidak
kerana berada di hospital, pendakwaan sudah pun dilakukan.
“Izin nak dakwa tu dah dapat seminggu lebih
dah. Dan lepas dapat izin mendakwa tu kita maklum peguam dia nak bawa ke
mahkamah.
“Kita (kemudiannya) dimaklumkan dia (Daim)
dimasukkan ke sebuah hospital (swasta).
“Kita buat observation (pemerhatian) dan
mendapat maklumat bahawa dia masuk hospital sebelum kita dapat izin mendakwa
lagi.
“Itu betul la. Tetapi (apabila) kita bertanya
doktor bila dia boleh keluar hospital, doktor pun tak nak bagi jawapan yang
betul,” kata Azam Baki lagi.
Begitu pun, tambahnya, pilihan terakhir buat
SPRM ialah membawa seorang hakim ke hospital yang menempatkan Tun Daim supaya
pertuduhan dapat dibacakan terhadapnya.
Harapnya, pilihan terakhir itu hanya setelah
difikir dengan semasak-masaknya. – ShahbudinHusin 24/01/2024.
Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu
Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, kata Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri
Mohd Zuki Ali.
Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata penubuhan RCI itu
selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mana cadangan keanggotaan
suruhanjaya akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi
pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan
dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan
saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan
pihak berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Akta berkenaan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong
menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat apa-apa perkara lain yang
siasatannya pada pendapat Yang di-Pertuan Agong berfaedah bagi kebajikan awam.
Pada 14 November 2021, laporan menyebut Jemaah Menteri pada 29
Oktober 2021 telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi
menyemak semula tindakan dan isu perundangan berkenaan kes Pulau Batu Puteh,
Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
SPRM telah mendapat keizinan daripada Jabatan
Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin di mahkamah
di bawah Akta SPRM sejak minggu lalu, menurut Azam Baki.
Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM berkata
mereka masih belum dapat meneruskan pendakwaan kerana Daim berada di hospital
atas sebab kesihatan yang tidak dinyatakan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Azam
meluahkan kekecewaannya terhadap doktor yang merawat Daim yang didakwa gagal
berterus-terang dengan pegawai penyiasat SPRM mengenai mengapa bekas menteri
itu dianggap tidak mampu untuk hadir di mahkamah.
“Izin nak dakwa tu dah dapat seminggu lebih
dah. Dan lepas dapat izin mendakwa tu kita maklum peguam dia nak bawa ke
mahkamah.
“Kita (kemudiannya) dimaklumkan
dia(Daim) dimasukkan ke sebuah hospital(swasta).
“Kita buat observation (pemerhatian)dan
mendapat maklumat bahawa dia masuk hospital sebelum kita dapat izin mendakwa
lagi.
“Itu betul la. Tetapi (apabila) kita bertanya
doktor bila dia boleh keluar hospital, doktor pun tak nak bagijawapan yang
betul,” kata Azam.
Menurut Azam, Daim dijangka berdepan dengan
sekurang-kurangnya satu pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan beberapa
hartanah yang dimiliki bersama isterinya.
Katanya, pilihan terakhir buat SPRM adalah
membawa seorang hakim ke hospital yang menempatkan Daim supaya pertuduhan dapat
dibacakan.
“Tapi itu bukan pilihan kami yang sebenarnya.
Kalau tak masuk hospital minggu lalu kita dah tuduh dah.
“Kita dah berhubungan dengan peguamnya,”
katanya lagi.
Semalam, isteri bekas menteri kewangan itu,
Na’imah Abdul Khalid, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,
atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mendedahkan asetnya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM
2009 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000,
jika didapati bersalah.
Na’imah didakwa melakukan kesalahan itu
dengan memberikan akuan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di
bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM.
Bagaimanapun, Na’imah, 66, mengaku tidak
bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan
sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak
mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepada beliau oleh
pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya pada 14 Nov 2023 iaitu dengan tidak
mengisytiharkan harta.
Harta-harta tersebut adalah Menara Ilham, dua
syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah
jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di
Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr
Ismail, di Kuala Lumpur.
Na’imah berdepan hukuman penjara maksimum lima
tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sumber –
https://m.malaysiakini.com/news/694143
DAH KATA DAH, INDOKTRINASI KHAWARIJ NI BAHAYA, SANGGUP BUGHAH, ANGKAT SENJATA RAMPAS KUASA HANYA KERANA PERBEZAAN POLITIK
Tengok sendiri gila ke tak gila puak walaun & untit Khawarij. Apa depa sanggup buat? Memberontak. BUGHAH. KELUAR dari KETAATAN kpd Ulil Amri.
Punya la bahalol walaun Khawarij PNjahat WARGANEGARA TAK BERGUNA nih. Pemerintah No. 1 Tentera adalah Ke Bawah DYMM SPB YDPA. Depa ingat guna Tentera BERSENJATA rampas kuasa Kerajaan sekadar jatuhkan PMX? Bongok. Itu bermakna melakukan PNgkhianatan yakni MELANCARKAN PERANG TERHADAP YDPA.
Hukumannya ialah hukuman BUNUH atau penjara seumur hidup mcm.kes Al Maunah dulu. Buddus punya walaun. Walaun yg menghasut buat kerja mcmni boleh ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut atau Seksyen 128c KK kerana persediaan menjejaskan atau memudharatkan Demokrasi.
PA$ PPBM PNyakau dah tinggal 68 MP jer kot? Akan ada yg menyusul.
InsyaAllah
- Zus Din
24012024
Mesyuarat ini merupakan jawatankuasa khusus bagi menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan demi memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Dengan merancakkan semula industri ini, sektor pelancongan turut berupaya menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan mewujudkan kesan limpahan kepada sektor-sektor ekonomi lain yang berkaitan.
Ini termasuklah meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar hatta Kerajaan perlu cepat membangun produk dan infrastruktur pelancongan dengan kebersamaan pemain sektor swasta.
Saya turut singgung pentingnya mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang.
Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran VM2026.
#MalaysiaMADANI
kan dah cakap 2 Jan hari tu... hihih
Iswardy Morny
Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan perdana menteri kesepuluh adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjoong Karang," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Che Ibrahim
Sesama melayu berbalah kerana berlainan parti.
Sesama parti berbalah kerana berlainan puak.
Sesama Islam berbalah kerana berlainan mazhab.
Sesama mazhab berbalah kerana berlainan aliran pengajian.
Sesama warganegara berbalah kerana berlainan agama dan kaum.
Last sekali dengan buah limau pun berbalah!!!!
Berita Terkini: Ahli Parlimen Tanjong Karang, YB Kapten (B) Dato' Dr Zulkafperi Hj Hanapi isytihar beri sokongan kepada PMX.
#KekalTenang
#dahcukupjumlah
Iswardy Morny
SPRM telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin di mahkamah di bawah Akta SPRM sejak minggu lalu, menurut Azam Baki.
Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM berkata mereka masih belum dapat meneruskan pendakwaan kerana Daim berada di hospital atas sebab kesihatan yang tidak dinyatakan.
Sudah tiba masanya tindakan tegas harus diambil kepada mereka. Mereka sudah semakin melampau dan menggila.
Peradaban baharu kata dia. Tapi puak dia ada adab ke? Cakap semberono, memfitnah, menipu, biadab.
Negara baharu pulak? Baguslah. Negara baharu tu maknanya bukan Malaysia. Pergi buat negara sendiri. Malaysia tak perlukan manusia biadab macam korang.
Negara beriman ni paling kelakar. Orang beriman tak akan menipu, takkan memfitnah, takkan mencuri dan takkan merosakkan keamanan dan kestabilan negara.
Penuh teladan? Apa yang nak diteladani? Fitnah atau sakau? Atau memperdagang agama dan kaum?
Ringkas je posting dia tapi penuh dengan kepalsuan. Begitulah kalau dah biasa menipu. Setiap ayat yang dipertuturkan akan sentiasa diselang-selikan dengan penipuan juga. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Hanya kira-kira seminggu lagi sebelum Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selaku Yang Dipertuan Agong, suatu himpunan dengan tema “Selamatkan Tanah Air Kita, Suara Rakyat Ke Istana Negara” diadakan pagi tadi di depan Istana Negara.
Himpunan yang dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara kepada Yang Dipertuan Agong.
Dipercayai, antara tuntutan yang dikemukakan ialah untuk menukar kerajaan dengan gambaran Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah gagal mentadbir negara dengan pelbagai isu kos sara hidup dikatakan masih berlarutan serta meletakkan kedudukan Islam dan Melayu kian terancam.
Memorandum tersebut juga menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu telah dihina berikutan dakwaan pembangkang cuba merasuah Agong untuk merekayasa rampasan kuasa, sekaligus menjatuhkan kerajaan.
Selain itu, peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua hal ehwal Islam di negeri masing-masing juga didakwa telah diceroboh melalui cubaan menggunakan kuasa mahkamah.
Dilaporkan hampir 1,000 orang hadir dalam himpunan tersebut dengan individu dikenali ramai yang dilihat bersama hanyalah Tun Mahathir Mohamad seorang saja.
Tiada pemimpin pembangkang yang lain kelihatan hadir dalam himpunan tersebut.
Senang cerita, berikutan beberapa usaha dan langkah sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan telah menemui kegagalan, himpunan ini adalah cubaan terakhir dengan harapan supaya Agong dapat menilai semula kepimpinan negara sedia ada dan melakukan pertukaran Perdana Menteri.
Kononnya hanya kuasa Agong yang boleh menukar kerajaan ketika ini dan menterbalikkan kedudukan Anwar daripada Perdana Menteri menjadi rakyat biasa semula.
Gila betul mereka ini, kenapa hendak menyusah dan membebankan Agong di saat akhir tempoh pemerintahan baginda akan berakhir?
Bukankah Agong sudah bertitah sebelum ini bahawa baginda tidak masuk campur urusan politik?
Kenapa masih tak faham-faham lagi?
Kalau bersungguh benar nak jatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri, tunjukkanlah berapa sokongan Ahli Parlimen yang dimiliki sebagai bukti dan hebahkannya kepada seluruh dunia.
Kemudian, pada sidang Parlimen 26 Februari depan, kemukakanlah usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Setakat sembang saja nak jatuhkan kerajaan dan meratib Anwar gagal, seterusnya acah-acah berhimpunan konon rakyat bersama mereka, tetapi, ini hanya kerja buang masa.
Yang penting, tunjukkan bukti yang nyata.
Tambahan lagi, benarkah majoriti rakyat ketika ini tidak selesa, tidak bersama dan menolak kerajaan pimpinan Anwar?
Atau hanya keluarga Tun Mahathir dan Tun Daim saja yang ada rasa sedemikian rupa?
Sekali lagi ditekankan, semua ini kerja buang masa dan tiada keperluan untuk Agong melayan apa jua tuntutan melalui himpunan seperti ini yang pada hakikatnya hanya untuk memenuhi kehendak kelompok tertentu semata-mata.
Kita sebagai rakyat pula tak usahlah benarkan diri kita terpedaya dengan drama seperti ini. – ShahbudinHusin 23/01/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/01/23/berhimpun-di-depan-istana-untuk-rebut-kuasa-hanya-kerja-buang-masa.html
Patut Tun kata ada orang bunuh diri sebab tekanan...
https://www.facebook.com/share/93kHhBJ4DpD2BAHH/?mibextid=xfxF2i
Banduan dan bekas banduan tak jadi masalah. Sebab mungkin dia dah bertaubat. Dan insaf. Pintu taubat masih terbuka.
Yang jadi masalahnya kalau sanjung bakal banduan. Sebab dia masih salah dan belum terhukum. Taubat? Entahlah.
Lebih pelik bila pemfitnah juga disanjung bahkan ada yang dianggap wali pula. Yang itu jelas menyalahi sifat Islam. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Dah kata orang tua ni nyanyuk! Mahathir sebut rakyat tengah susah, hidup tertekan sampai terdapat kes orang Melayu bunuh diri (nampak tak dia sengaja je guna perkataan Melayu?)
Aku kata nyanyuk, sebab tak banyak pun cerita bunuh diri masa ni. Tak kira lah kaum mana pun. Kalau ada pun tak sebanyak masa 33 bulan PN dalam kerajaan dulu. Masa tu betul susah.
Barang makan naik mahal melambung. Lebih sekali ganda harga sekarang. Perniagaan orang Melayu pun banyak tutup. Ramai orang Melayu kena buang kerja. Meniaga burger pun kena saman! Pergi solat jemaah di surau pun kena saman!
Mahathir nyanyuk. Benda tu berlaku 2020 - 2022. Tapi dia rasa macam baru berlaku sekarang. Itulah petanda yang dia punya nyanyuk tu dah sampai tahap hilang ingatan dah. Teruk sangat.
Hari ni, bukan saja harga makin stabil, malahan ramai orang Melayu B40 yang telah dibantu untuk mulakan perniagaan. Bukan macam masa Mahathir dulu, hanya kroni yang dapat berniaga.
Korang pun... Kesian la kat orang tu nyanyuk ni. Tak payah la seret dia lagi dalam isu politik lagi. Cukup la buli dia. Biar dia habiskan sisa usia dengan bertaubat dan dekatkan diri dengan Allah. Jangan seret dia lagi.
Tapi... Er... Ke dia yang seret orang lain untuk agenda dia eh? Entah la... Guane boh?
Raja Gelap II
.
Shazlee Zainordin
Anak Tun Mahathir di suruh SPRM istyihar harta, Tun Mahathir pula yang buat sidang media seterusnya buat himpunan kononnya selamatkan rakyat.Himpunan selamatkan rakyat kah selamatkan anak Tun Mahathir?
Yang kena siasat Mirzan.
Yang kaya berbillion itu kroni anak branak daim- mahathir.
Yang berpanas bersusah payah walaun PAS😂😂
W. Faudzin
Orang lain yang dok kat pagar Istana, konon-konon Agong nak jumpa, tapi orang lain yang masuk dalam Istana. Korang layak masuk Istana Rajapetra je....hahaha.
Mohd Farul Al Qasas
Jika benar dia cintakan ulama, pasti dia akan cintakan Nabi s.a.w, kerana ulama adalah pewaris Nabi.
Dan Nabi itu membawa risalah al-Quran.
Dan al-Quran melarang Qazaf dan sangkaan jahat.
Walaun tersakiti ini tidak boleh menahan diri dari kesakitan nya, sehingga gambar wanita soleh membaca al-Quran pun dia nak maki.
Walaun tersakiti menggunakan profil palsu, adakah dia fikir Malaikat tidak mengenali nya?
Begitulah kisah walaun tersakiti. Hatinya penuh amarah... namun statusnya #kekaltenang hidupnya menunggu ringgit jatuh dan harga barang naik, namun kesian, tarif air negeri sendiri pun turut naik walaupun perkhidmatan parah.
Itulah walaun yang tersakiti...
Kesian...
Sekian...
Apa dah jadi ni Madani? Naik sewa punya tinggi. Dari RM90 sebulan kepada RM550 hingga RM700 sebulan. Dah tu kena deposit RM2,000 pulak. Memang betul la Melayu terancam macam ni.
Eh tapi jap. Kat mana ni? Alor Setar? Medan Selera tu bawah Majlis Bandaraya Alor Setar eh? So ni bukan salah Madani la ni eh? Bawah MB sempoi eh? Kalau macam tu, elok la naik harga.
Peniaga ni pun! Nak macamana lagi? Tempat tu dah dinaik taraf. Bayar la lebih sikit. Itu pun nak berkira ke? Patut bersyukur dah ada tempat meniaga yang lebih sempurna. Adeh... Guane boh?
Raja Gelap II
.