𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗦: 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝


✍️  Ahmad Mursi


1. Saudaraku ahli PAS, aku nasihatkan ini kerana kasihan kepada kalian.


2. Bebaskanlah diri Kalian dari perangkap ilusi Khawarij yang sangka mereka di atas perjuangan jihad, tapi sebenarnya 'mereka terkeluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya'.


3. Ini bukan penyakit yang diada-adakan, Nabi saw dah ingatkan 1,400 tahun dulu bahawa penyakit ini akan berulang hingga kiamat.


4. Segunung kebaikan yang dibuat, tiada guna sedikitpun bila mula kufurkan mukmin lain.


5. Kalian tak kata 'mung kapir' tapi dengan tuduh 'mung liberal sekular terkeluar dari Islam' itulah Takfiri.


6. Setiap kali kalian sebut perkataan Qazaf, kami tidak rasa dihina, tapi kasihan kerana kalian dibrainwash oleh 'Tok Guru' hingga sanggup lakukan dosa besar masuk ke akaun peribadi kalian yang susah untuk dipadam.


7. Tentulah seronok malukan lawan politik tapi soal maruah peribadi tak sama seperti isu kepentingan awam. Itulah had sempadan berpolitik ikut Islam.


8. Saudaraku ahli PAS, jangan tertipu dengan kelompok asatizah yang petah dan dilihat punyai ilmu, kerana begitulah Ibn Muljam guru Al-Quran zaman sahabat pembunuh Saidina Ali. Di belakangnya beribu-ribu Al-Qura' (ahli Al-Quran).


9. Penyakitnya bukan pada ilmunya, tapi Ghuluw dan Takfirinya.


10. Mungkin kalian tak rasa tersesat kerana dari muda ditamrin, diusrah, dididik dan dibiasakan dengan fikrah itu.


11. Kalian dalam 'bubble' fanatik yang sebabkan kalian buta sudut pandang ilmuan lain. Itu kelemahan kita sebagai manusia dan masih belum terlambat.


12. Dulunya saya seperti kalian. Kader dan berjuang dari muda dalam PAS. Alhamdulillah saya terselamat.


13. Saudaraku ahli PAS, cuba kosongkan dan bebaskan minda kalian sejenak dan tanya soalan ini: Adakah aku sebenarnya di atas jalan kebenaran atau kebatilan?


14. Kalian mungkin terikut-ikut cytro2 Upahan yang tidak lalui tarbiyah seperti kalian. Ratu Naga pun mengaku, hal fitnah dan dosa pun mereka sebar kerana dibayar. Tapi kelian tumpang dan gandakan dosanya itu.


15. Walaupun kita tak setuju banyak perkara hal politik, tapi sebagai mukmin, saya sayang kepada kalian. Biarlah  husnul Khatimah pengakhiran kita semua.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/780119497488108