SENGAJA DIA PERLI BERSATU. ADA BUNGA BUNGA NAK PECAH PULAK.


MSO


 TERKHILAF ATAU SENGAJA



Mungkin saya terkhilaf tetapi ia sangat jelas, dalam ucapan di kempen finale calon PN malam tadi Tok Dor ada memberi nasihat kepada pengundi agar tidak memilih parti yang laksana sarang laba-laba, ertinya parti yang tidak kuat, atau parti yang menumpang parti lain. 


Katanya pengundi patut mengundi parti yang kuat dan ada asas penubuuhannya. Kepada siapa dan pihak manakah Tok Dor tujukan nasihat itu. Parti manakah dalam konteks hari ini seperti sarang laba-laba, yang rapuh dan tidak kuat?


Jika ditilik dan dianalisa, jelas parti yang dimaksudkan Tok Dor itu ialah parti Bersatu. Bersatu adalah serpihan daripada Umno dan ia tidak ada asas fundamental, dalam pilihan raya lalu ia menumpang pengaruh Pas.


Dan Pas pula mengizinkan dirinya diperalatkan kerana terpesona dengan sedikit bayaran.


Manakala kebersihasilan presidennya Mahiaddin jadi PM dahulu adalah hasil dari pengkhianatan terhadap PH. Jika tanpa pengkhianatan itu Bersatu tidak mampu berbuat apa-apa, ia hanya parti melukut di hujung gantang sahaja. Kemenangan bergaya calonnya dalam pilihan raya lalu disebabkan bantuan Pas. Tanpa bantuan Pas ia sudah mendarat ke pantak laut.


Ketika itu parti sarang laba-laba itu telah mengait (memerangkap) Pas, mempengaruhi Pas kononnya mereka akan dapat tubuh kerajaan. Kerana janji itulah Tok Dor percaya mati-mati PN boleh tubuh kerajaan sebaliknya tertipu hidu-hidup, berkelip “mata pah pah” dengan Mahiaddin. Tok Dor terjongkit sampai melaung ,"dah cukup jomelah.. dah cukup." 


Apabila semalam Tok Dor menasihati agar pengundi tidak memilih parti sarang laba-laba, seperti Tok Dor mahu hantar mesej jelas. Apakah ura-ura Pas akan meninggalkan Bersatu sebagai persiapan balas sebelum Bersatu meninggal mereka menyebabkan Tok Dor jadi tersasau begitu?


Sebelum ini telinga saya sudah dihembus angin sepoi sepoi bahasa bahawa antara Pas dan Bersatu menunggu masa sahaja untuk khianati di antara satu sama. Mereka menunjuk “cerlek molek” untuk bermaufakat dengan kerajaan Madani. 


Bersatu dan Pas kini sedang bermain Russian Roulette. Trims.



No comments: