NORMAN RADZUAN
4 helai Warkah Istana, Muhyiddin checkmate
Bila Agong dan PMO berbalas surat...
SATU DUNIA TAHU KISAH MUHYIDDIN
Semalam ketika Parlimen bersidang 'warkah' Istana ( Siaran
Akhbar ) dpt dibaca di laman sosial. Ia menjurus kpd penangguhan sidang
Parlimen apabila kerajaan PN mendapat malu dan dianggap derhaka oleh rakyat
Malaysia kpd Ketua Negara, Yang Di Pertuan Agong.
Warkah itu adalah titah baginda yg sangat dukacita apabila
Pembatalan Darurat tanpa melalui proses perlembagaan atau yg telah
dipersetujui. Akhirnya media seluruh dunia memuatkan berita tersebut sekaligus
memberi impak negatif kpd ekonomi serta pelaburan antarabangsa.
Ptgnya dari PMO pula membalas surat baginda. Dlm warkah tersebut
menyatakan baginda mesti mendengar nasihat jamaah Menteri. Seolah olah surat
tersebut menyatakan Raja hanyalah sekadar 'boneka' yg tugasnya menandatangani
perintah PM dan jamaah menteri. Keberanian surat PMO membalas warkah baginda
sungguh mengejutkan dan dianggap penderhakaan.
Hari ini tersebar di media2 sosial warkah dari Istana membalas
surat PMO tersebut. Dari 2 helai kini menjadi 4 helai dan lebih detail bukan
sahaja utk dibaca oleh jamaah Menteri tetapi rakyat. Jika benarlah warkah itu
dtg dari pihak Istana, Muhyiddin wajar berhenti segera. Manakala Penyandang
Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz
berkata Muhyiddin bersalah...
Muhyiddin, Takiyuddin dan anak Harun skg kena checkmate apabila
muncul warkah terbaru baginda (jika benar keaslian). Angin bertiup kencang dari
dalaman parti Bersatu dan UMNO mahukan Muhyiddin dan Takiyuddin meletakkan
jawatan.
Persoalannya Muhyiddin mengapa perlu pertahankan jawatan anda?
Anda kini dilihat derhaka kpd Raja2 Melayu hingga diminta oleh parti utk
berundur bersama Takiyuddin. Cukup2lah anda Muhyiddin menggunakan darurat,
covid19, speaker dan KKM utk pertahankan kuasa. Berjiwa besarlah Tan Sri demi
utk rakyat.
Jalan songsang yg anda pilih utk menjadi PM ini akn terus
menghantui anda. Anda bukan sahaja membuatkan negara ini dlm krisis
perlembagaan tetapi turut mengundang krisis dgn pihak Istana di saat rakyat
sengsara kegagalan anda menguruskan Pandemik ini.