ABAHCOW BONGKAR KEBODOHAN DIRI! KEBIADAPANNYA TERHADAP KUASA ISTANA DAN ...



Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Muyiddin Yassin berhubung dakwaannya bahawa dia tidak dilantik menjadi perdana menteri meski sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15. Ini berlaku selepas video TikTok tular yang menunjukkan Muhyiddin seolah-olah mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk melantik Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas PRU ke-15. Dalam salinan laporan yang dilihat Malaysiakini, Rayer menyatakan kepercayaan bahawa ucapan Muhyiddin mungkin mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja. “Pada 16 Ogos, semasa saya berada di pejabat saya di Jalan Zainal Abidi, Pulau Pinang, saya telah menonton satu (klip) TikTok di mana dalam TikTok tersebut Muhyiddin iaitu bekas perdana menteri dan juga presiden Bersatu telahpun membuat satu ucapan yang saya percaya telah dibuat dalam satu sesi ceramah kempen pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan. "..Saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat Muhyiddin ini di sisi undang-undang jenayah negara Malaysia berunsur satu penghasutan dan penghinaan kepada institusi diraja yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat terhadap institusi diraja," kata Rayer dalam laporan itu. Dia juga mendakwa dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Timur Laut, Georgetown bahawa kata-kata Muhyiddin adalah satu penghinaan terhadap peribadi Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang sedang berkhidmat sebagai Agong ketika PRU15. Dalam video tular, antara minit 49 dan 52, Muhyiddin, ketika berkempen untuk PRK Nenggiri, dilihat mendakwa dia mendapat sokongan 115 ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas PRU pada 2022. Dia mendakwa meski mendapat sokongan yang cukup untuk menjadi perdana menteri, dia tidak dijemput Sultan Abdullah ke istana untuk mengangkat sumpah. Untuk rekod, Sultan Abdullah telah menawarkan peluang kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar, namun Ahli Parlimen Pagoh itu menolak.





No comments: