BOB KELANANG
Oleh kerana Muhyiddin sahih hanya tinggal 109 sokongan setakat
hari ini, ertinya Muhyiddin tidak lagi layak jadi PM. Apabila darurat diistiharkan,
maka Umno desak agar PM interim dilantik sehingga ada PM baru yang punyai
majoriti diangkat sebagai PM baru atau diadakan PRU15.
Siapa paling layak untuk diangkat sebagai PM interim?
Jawapannya, adalah Anwar Ibrahim.
Kenapa?
Pertamanya, Anwar adalah Pengerusi PH dan PH adalah pilihan
rakyat pada PRU14 yang lalu sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik.
Kedua, Anwar telah mengemukakan surat kepada Istana untuk
mengadap ke bawah Duli Tuanku bagi membuktikan beliau punyai sokongan majoriti,
tetapi proses masih tertangguh. Tindakan Anwar ini meyakinkan kita bahawa Anwar
memang punyai sokongan majoriti apatah lagi dengan pengesahan Anuar Musa
tentang 'ketulenan' surat dari Presiden Umno.
Sehubungan itu, wajarlah Anwar diangkat sebagai PM interim jika
tindakan ini perlu dilakukan walaupun kita masih berharap ada proses yang lebih
baik dan berkesan sepertimana Sultan Perak menangani krisis MB Perak baru-baru
ini. Tindakan bijak Sultan Perak itu mendapat pujian ramai.
Apa yang penting, kita tidak boleh berterusan dengan keadaan PKP
serta darurat dengan situasi ekonomi yang sedang kritikal terus berada di bawah
seorang PM yang ternyata gagal DAN tiada majoriti.