Mukhriz to the rescue!

 

Image result for MAHATHIR MUKHRIZ MUHYIDDIN


Bila kata Mahathir master of puppets dalam PN, ada yang tak percaya. Bila kata Pejuang ditubuhkan untuk selamatkan Muhyiddin dan nafikan DS Anwar, ada yang tak nak terima.

Tapi inilah hakikatnya. Bila sudah lebih separuh daripada ahli parlimen hantar surat kepada YDP Agong, bila rakyat yakin yang Muhyiddin dah hilang sokongan, Mukhriz keluarkan statement begini.

Untuk apa? Sekadar untuk yakinkan segelintir rakyat yang Muhyiddin masih ada majoriti. Dia sebut nama Pejuang walaupun ia parti yang tak wujud sebab nak bagi nampak macam ramai.

Padahal, kalau berjaya ditubuhkan pun, Pejuang cuma ada 4 MP je. Itu pun, selain Mahathir yang selalu perang dengan Najib, tak nampak apa-apa kerja yang dibuat oleh 4 orang ini.

Bukan soal Pejuang tak bersedia nak hadapi PRU yang buat dia sokong darurat. Tapi sebab dia belum dapat pecahkan PH. Tambah lagi bila nampaknya MP PH semakin padu menyokong DS Anwar.

(By the way, Keadilan dan Amanah pun ada masalah untuk daftar dahulu. Tapi dua parti ini telah ambil alih parti lain. Kenapa Pejuang tak buat begitu? Atau memang tak mahu didaftarkan?)

Mood rakyat masa ini memang mahu tolak PN dan Muhyiddin. Dan kalau itu berlaku, maka DS Anwar adalah calon PM seterusnya. Dah macam itu, mana boleh batalkan darurat! Nanti DS Anwar jadi PM pulak!

Aku tak tahu nak beri bukti macamana lagi kepada pemimpin PH yang masih bergayut di side burn Mahathir. Kenapalah masih tak nampak lagi rancangan mereka nak musnahkan PH?

Kalau semua komponen dalam PH buat kenyataan bersama yang mereka takkan terima lagi Mahathir dalam koalisi itu, aku yakin Mahathir akan cabut topeng dan jelmakan wajah sebenarnya.

Selagi ada yang acah-acah sokong DS Anwar tapi jiwanya telah diserahkan untuk dikhadamkan oleh Mahathir, maka selagi itu Mahathir akan berlakon seakan dimangsai oleh Muhyiddin.

Wahai orang besar PH. Jengahlah di media sosial. Rakyat sudah suarakan kehendak mereka. Ikutilah. Jangan sombong dan berlagak konon hanya kamu yang pandai berpolitik.

Sejarah telah membuktikan bahawa penyokong terlebih dahulu mengesan kecurangan Mahathir, lama sebelum kamu sendiri. Bukanlah kamu bodoh tetapi kerana egomu yang tidak mahu mendengar suara kami, buatkan kamu kelihatan dungu.

Buang Mahathir. Buang Pejuang. Buang sejauh jauhnya. Kemudian PH bergerak sebagai satu unit. InsyaAllah, kemenangan akan berada di pihak PH. Jangan siakan harapan rakyat.

Raja Gelap