KENALI KAWAN MELALUI POLITIK . KEMUDIAN ANDA JUGA MUNGKIN BERMUSUH KERANA POLITIK YANG BERBEZA.

 

IBRAHIM MAT ISA


Di dalam politik ini, aku belajar banyak perkara, terutama dalam berkawan. Di suatu masa, orang politik boleh berkawan dengan cukup baik, tapi bila berlaku sesuatu, kebaikan semua akan hilang dan kebencian mengambil tempat.

Semua orang bercakap soal prinsip, namun harus diingat bahawa prinsip boleh sahaja berubah jika ada unsur lain yang mendesak.

Terutamanya soal duit dan kemewahan.

Justeru, apa perlunya bercakap soal prinsip sedangkan ia jadi mainan belaka!

Di gambar ini, ramai juga sahabat dan kenalan rapat, ada yang dah meninggal dunia pun. Kepada mereka aku doakan Allah ampuni segala dosa..

Dan kepada yang masih hidup dan kekal memperjuangkan keadilan, aku ucapkan syabas. Teruskan perjuangan kerana ia percuma dan menghasilkan pahala.

Dan kepada yang mengambil keputusan untuk menjadi lidah bercabang, aku ucapkan selamat menjadi biawak hidup!

Yang mahu terus berseteru, aku ucapkan selamat pergi mampos dengan korang..

Sekian ucapan ala² melodrama .

Selamat beristerirehat