Bolehkah Presiden UMNO, Ahmad
Zahid Hamidi, memberikan satu contoh di mana kes SRC International Najib
dipetik sebagai satu contoh perbicaraan tidak adil dalam mana-mana negara
Komanwel selepas seminggu Najib ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12
tahunnya?
Zahid mengatakan perkara ini
dalam taklimat khasnya untuk UMNO pada minggu lepas.
Agak mengejutkan apabila berita
Najib dipenjarakan selepas rayuannya ditolak di Mahkamah Persekutuan —
keputusan yang dikekalkan oleh sembilan orang hakim di ketiga-ketiga peringkat
mahkamah — ini dilaporkan di akhbar di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang
melaporkan perbicaraan ini sebagai tidak adil.
Majalah The Economist melaporkan
perbicaraan Najib ini bukan sahaja melibatkan nasib seorang individu, tetapi
melibatkan hala tuju yang bakal diambil oleh Malaysia sebagai sebuah negara.
Bagaimanapun, Zahid masih belum
menjawab persoalan saya semalam mengenai mengapa dia tidak menjadi saksi dalam
perbicaraan SRC Najib, memandangkan dia telah mengatakan yang dia telah
berjumpa dengan keluarga kaya dari Arab yang dikatakan mendermakan dana ini
kepada akaun peribadi Najib.
Saya masih menunggu jawapan Zahid
mengenai perkara ini.
LIM KIT SIANG
Ahli Parlimen Iskandar Puteri,
Johor.