Pengguna akaun FB Prem Esaan rupanya banyak kali hina Islam, Nabi

 


Orang ramai melahirkan rasa tidak puas hati dengan satu hantaran oleh pengguna akaun Facebook, Prem Esaan yang terang-terang menghina Islam, ayat al-Quran dan Nabi Muhammad SAW.

Tangkap layar bagi hantaran provokasi yang secara terbuka menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) itu kemudiannya tular di media sosial.


Warganet berharap pihak polis menangkap individu terbabit sebelum mengundang konflik kaum dan agama.


Difahamkan, pengguna Facebook berkenaan sebelum ini aktif memprovokasi malah secara biadab berbalas komen dengan netizen.

Dia juga dikatakan warganegara Malaysia tetapi tinggal atau bekerja di Singapura.


Sehubungan itu, pengguna Facebook Ummah Abdullah menyarankan agar orang ramai membuat laporan polis terhadap penghina Islam berkenaan.


Beliau turut berkongsikan butiran dalam laporan itu dan memaklumkan bahawa pegawai polis bertugas di IPD Ipoh akan membuka kes tersebut untuk siasatan.


“Saya sedang melayari Facebook ada melihat satu status atas nama Facebook Prem Esaan yang menulis kata-kata hinaan dengan mempersendakan ayat-ayat al-Quran, agama Islam, Allah dan Nabi Muhammmad SAW.


“Contoh-contoh ayat hinaan seperti berikut; Allah Maha Penipu (Quran 4:157), Nabi Muhammad seorang pedofilia dan takbir Israel Akbar.


“Saya telah buka Facebook beliau dan dapati banyak status beliau bersifat terus menghina kepada agama Islam dan boleh membawa kepada kemarahan orang Islam.


“Beliau juga mengeluarkan kenyataan yang sama berulang kali dengan bertujuan membangkitkan kemarahan kepada pembaca Islam,” demikian antara keterangan dalam laporan polis yang dikongsikan Ummah Abdullah.






No comments: