PENJAWAT AWAM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PMX BAGI BANTUAN KHAS ADILLFITRI!



Penjawat awam boleh menarik nafas lega selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah. Perdana Menteri juga tidak melupakan para pesara kerajaan dan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM250 termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen. Kata beliau, melihat kepada pentadbiran kini yang lebih baik dan usaha keras perkhidmatan awam, beliau bersetuju memberi bonus hari raya yang akan disalurkan bermula minggu depan. “Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada. “Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA hari ini. =============================================================================== Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac ini dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa negara ini bakal mendapat bantuan sehingga RM650 bagi STR Fasa 2. “Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.



No comments: