Sarawak buat PPSMI, tolak jawi PN diam saja?
Ipohmali
Kerajaan Sarawak tegaskan…Mereka bukan saja akan teruskan pengiktirafan terhadap sijil UEC.. Tapi terus laksanakan PPSMI… sebelum ini Sarawak juga menolak Jawi dijadikan pelajaran wajib dalam matapelajaran BM..
Sebelum ini zaman BN, bila jadi Kontroversi pasal Bible dalam bahasa Melayu yg menggunakan Kalimah Allah.. Sarawak terus dibenarkan gunakan cetakan Bible dalam Bahasa Melayu dan meletakkan kalimah Allah dalam kitab mereka.. Dan hari ini masih sama…
Malah secara tegas sebelum ini, Semua pemimpin blok Parti Di Sarawak menolak RUU 355 dan Hudud..Kita faham urusan dan Waqi’ di Sarawak..Sudah pasti berbeza dengan semenanjung.. Tapi kita nak mana pergi suara Pejuang Melayu Islam ?
Wah kat semenanjung dia punya main sentimen Kaum dan Agama.. seolah olah DAP tak boleh berbeza langsung pendirian hatta dalam RUU 355.. Sampai habis depa Kapirkan sana sini.. Tuduh agenda Komunis bagai.. tapi apa reaksi depa pada pemimpin sarawak ?
Kenapa depa senyap sunyi.. mana suara Haji Hadi.. Mana Suara ISMA dan Mufti Utara ? Sebab Nyawa,Kuasa,Jawatan dan elaun yang depa dok makan hari ini jasa dari sokongan sarawak kan..? Bukan saja depa tak marahkan MP Sarawak dengan tuduhan anti Islam, katakan agenda Komunis.. malah siap UMNO dan PAS nak bagi laluan kepada parti Sarawak.. Sanggup PAS gugurkan hasrat nak bentang RUU 355 walaupun MP nya adalah Menteri Undang2..
Jadi nampakkan..Biarpun besarnya Serban,,Panjangnya Janggut.. Labuhnya Jubah.. yang depa kejar bukan Redha Allah.. bukan mahu menegakkan agama Allah..semata mata kerana Kuasa, Politik ,Jawatan dan elaun…
Kalau lihat semua ini.. Mufti Utara mesti faham.. Inilah Taqdir Allah, Allah zahirkan dan memperlihatkan wajah kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah..