NAJIB BOSSKU KENA CUKAI BILLION

RINA HAMZAH




Alhamdulillah.. akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas PM Najib perlu bayar RM1.69 bilion cukai LHDN.

Kalau cukai income Najib saja dah RM1.69 bilion, berapa pendapatan sebenar Najib !!!

RINA HAMZAH

Dari mana dia dapat 'income' sebanyak itu ??!.. dari sumber halal atau haram ??!.. Kalau dari sumber halal kenapa takut sgt nak bayar cukai, ke dari sumber haram..

SEBAB ITULAH, kenapa pemimpin² UMNO & PAS dalam PN sehingga kini tak berani nak isytiharkan aset mereka..

"Penyamun & penyangak mana boleh isytihar harta. Kalau isytihar harta, maka keselamatan mereka akan terjejas" - WALAUN

Sumber:
https://twitter.com/bernamadotcom/status/1285842381690925056

BOSSKU...HAH TERSUNGKUR LAYU


NIZAM AKA
✓ Najib pernah terkejut..Rosmah pun pernah terkejut..Walaun-walaun Pasmno bila pula nak rasa terkejut?..
✓ Mungkin tak akan terkejut kot sebab orang yang tak ada otak tak mungkin ada perasaan terkejut..
✓ Berapa kerap rakyat Malaysia yang Super Kaya Raya secara individu hingga cukai pendapatan sahaja berjumlah berbillion ringgit?Rasa-rasanya Najib seorang sahaja..
✓ Berapa ramai PM dan Jemaah Menteri Malaysia yang memiliki pendapatan beratus juta ringgit setahun sejak Pm 1 hingga Pm 8? Jawabnya hanya Najib seorang..
✓ Berapa ramai individu dalam Malaysia yang mendapat pendapatan sebanyak RM891,573,465.46 Setahun? Rasa-rasanya hanya Najib seorang sahaja sejak lebih 60 tauhn lalu..
✓ Yang tentu geng-geng penjilat tegar tentu bangga tahap kembang lubang hidung setiap kali mnyambut kedatangan bossku..
✓ On the way balik program,walaun-walaun pasmno singgah ekdai hardware nak beli zink 5 keping nak baiki atap yang dah bertahun-tahun bocor..Itu aje lah standard walaun-walaun..



KERAJAAN WARISAN SABAH TERGUGAT DENGAN PEMBEBASAN MUSA AMAN ?



KENYATAAN MEDIA YB BEN CHONG CHEN BIN ADUN N2 TANJUNG KAPOR

Imej mungkin mengandungi: Ben Chong

KUDAT : Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor, Ben Chong hari ini sekali lagi menyatakan pendirian beliau akan terus kekal bersama Parti Warisan Sabah.

Kenyataan ini sekaligus menafikan khabar angin yang berlegar sejak petang kelmarin bahawa Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri Sabah itu sudah menandatangi Statutory Declaration (SD) untuk menyokong Tan Sri Musa Aman.

Bulan Mei lepas, Ben telah menyatakan pendirian beliau untuk kekal menghormati mandat rakyat Tanjung Kapor yang mengundi beliau atas tiket Parti Warisan Sabah.

“Tiada sebab kenapa saya perlu mengkhianati rakyat di kawasan saya walaupun, saya dikatakan bakal dilantik Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah dalam pentadbiran kerajaan baharu yang kononnya dipimpin oleh Musa sebagai Ketua Menteri.

“Saya juga sama sekali tidak akan membelot Presiden saya (Datuk Seri Shafie Apdal) yang juga Ketua Menteri Sabah serta rakan-rakan barisan kepimpinan Warisan.” tegas beliau.

Ben yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Warisan dan Naib Ketua Bahagian Warisan Kudat terkejut apabila mendapat tahu beliau berada dalam kabinet Musa dengan memegang jawatan menteri penuh.

Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sengaja mereka cipta propaganda tersebut kerana memandang tinggi kedudukan beliau namun menasihati mereka agar jangan buat kerja sia-sia macam tu kerana tiada yang berubah.

“Ben Chong IS NOT FOR SALE and it’s final. Sudah-sudahlah pihak sebelah menghantar agen mereka untuk melobi saya melalui kawan-kawan rapat saya.

“Rakyat Tanjung Kapor undi saya untuk perjuangkan mereka melalui Parti Warisan Sabah. Kenapa saya perlu membelot kepercayaan yang mereka berikan pada saya hanya semata kerana tawaran Wang Ringgit yang lumayan, nilai projek beratus juta dan jawatan Menteri?”soal Ben.

Ben jelaskan, apa yang penting sekarang ialah bekerja untuk rakyat dengan seikhlas hati kerana itu adalah tanggungjawap beliau sebagai Wakil Rakyat bukan mengejar kekayaan dan jawatan.

“Saya harap kenyataan media ini dapat memberi mesej jelas kepada semua terutama sekali mereka yang berminat dengan saya yang kecil ini.” ujar Ben mengakhiri kenyataan beliau.

#TatapWarisan
#kekalberprinsip

UNTUNG PAS ADA DALAM KERAJAAN. AKHIRNYA ISLAM BERJAYA DI DAULATKAN


Kempen Sayangi Minyak Sawitku yang dimulakan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kini sudah dijenamakan semula dengan nama baru – Sawit Anugerah Tuhan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali di Dewan Rakyat hari ini dengan menyifatkan nama baru itu adalah “lebih baik” berbanding sebelumnya.
Mohd Khairuddin (PAS- Kuala Nerus) menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR- Hang Tuah Jaya) yang bertanya sama ada kempen Sayangi Minyak Sawitku akan diteruskan di bawah kerajaan sekarang atau tidak.
“Saya telah bergerak untuk mengubah kempen itu kepada yang lebih baik, Insya-Allah, namanya iaitu Sawit Anugerah Tuhan.
“Itu pendekatan saya sepanjang saya menjadi menteri,” katanya.
Kempen Sayangi Minyak Sawitku dilancarkan Januari tahun lalu oleh mantan Menter Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) bagi memerangi kempen antisawit dari negara-negara luar.
Ini termasuklah saranan meminum sesudu minyak sawit merah setiap hari.
Kok bagaimanapun menjadi bahan sendaan, ejekan dan kecaman atas usaha tersebut.
Bagaimanapun pada 9 Julai lalu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menegaskan amalan meminum minyak sawit merah memang digalakkan kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi, termasuklah vitamin A dan E yang baik untuk jantung, kesihatan mental, untuk diabetes dan sebagainya.


TUN M MASUK WARISAN PENINGKAN KEPALA SHAFIE APDAL?

INILAH YANG DINAMAKAN JUAL AGAMA



Bila bermusuh dengan UMNO,
Pertahan HUDUD kerana nyawa PAS..
Bila kawen dgn UMNO & MCA, dapat kuasa,
Mustahil HUDUD dilaksanakan, atas alasan masyarakat majmuk..
Selepas 62 tahun merdeka, BARU NAK KELUAR DALIL BARU sekarang Malaysia sebuah negara majmuk yang berbilang kaum dan agama ka.. ??!
Yabedabedoo !!! Kami (UMNO) dah tak kapiaq lagi.
Hebat penangan MCA walaupun hanya 2 kerusi Parlimen sahaja dah boleh tutup mulut LEBAI PAS..

TAKDIRRR BOSSKU....HAMBIK...

RINA HAMZAH

Alhamdulillah.. akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas PM Najib perlu bayar RM1.69 bilion cukai LHDN.
Kalau cukai income Najib saja dah RM1.69 bilion, berapa pendapatan sebenar Najib !!!
Dari mana dia dapat 'income' sebanyak itu ??!.. dari sumber halal atau haram ??!.. Kalau dari sumber halal kenapa takut sgt nak bayar cukai, ke dari sumber haram..
SEBAB ITULAH, kenapa pemimpin² UMNO & PAS dalam PN sehingga kini tak berani nak isytiharkan aset mereka..
"Penyamun & penyangak mana boleh isytihar harta. Kalau isytihar harta, maka keselamatan mereka akan terjejas" - WALAUN

7 OGOS: TUN M SERTAI WARISAN ATAU BENTUK PARTI BAHARU?

SELEPAS SETAHUN BERSAMA UMNO, PAS PRO-LIBERAL, KLEPTOKRAT

Warisan boleh hancur jika Mahathir sertainya, MT Umno beri amaran

Warisan boleh hancur jika Mahathir sertainya, MT Umno beri amaran

Golongan muda perlukan lanjutan moratorium


Oleh Edry Faizal Eddy Yusof
(Adun Dusun Tua dan Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan)
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan memanjangkan tempoh moratarium pembayaran pinjaman bank selepas September. Ini adalah sangat membimbangkan kerana banyak pihak termasuk persatuan perniagaan dan kesatuan pekerja telah memohon agar tempoh moratarium ini dipanjangkan selama 6 bulan lagi.
Alasan yang diberikan adalah kerana kebanyakan perniagaan dan perusahaan sudah mula beroperasi dan kebanyakan peminjam, baik syarikat atau individu, sudah mampu untuk membayar pinjaman mereka. Mereka yang masih memerlukan bantuan untuk membayar pinjaman mereka telah disarankan untuk berbincang sendiri dengan pihak bank.
Saya ingin menarik perhatian Menteri Kewangan terhadap situasi sebenar keadaan di bawah. Walaupun sudah banyak perniagaan dan perusahaan mula beroperasi, keadaan ekonomi yang lemah mengakibatkan aliran tunai mereka masih belum stabil untuk membolehkan mereka dapat membayar pinjaman bank seperti biasa. Sektor-sektor seperti perkhidmatan, penerbangan, pelancongan dan hospitaliti masih teruk terkesan akibat krisis Covid-19.
Sebagaiman dilaporkan, kadar pengangguran semakin meningkat naik. Ini bukan sahaja menunjukkan perniagaan dan perusahaan tidak kembali pulih seperti sediakala namun terpaksa mengecilkan perniagaan dan mengurangkan kos dengan memberhentikan pekerja.
Golongan muda paling terjejas
Golongan yang mendapat perhatian saya adalah golongan muda yang berkeluarga. Mereka yang baru mula berkeluarga, tinggal di bandar, mempunyai tanggungan kewangan yang tinggi berbanding pendapatan tetapi telah hilang pendapatan dan pekerjaan disebabkan krisis ekonomi Covid-19.
Golongan muda adalah golongan yang paling berdedah kepada pengangguran. Ini terbukti di mana pada bulan April apabila kadar pengangguran kebangsaan meningkat kepada 5.0 peratus daripada 3.9 peratus dalam bulan Mac, kadar untuk golongan muda berumur dari 15 ke 30 tahun 7.8 peratus kepada 9.0 peratus.
Data daripada Employment Insurance System oleh PERKESO juga menyebutkan bahawa sememangnya yang paling terjejas adalah golongan muda, dengan 6 peratus kehilangan pekerjaan adalah dari kalangan pekerja berusia 40 tahun ke bawah. Daripada kumpulan itu, 29 peratus darinya adalah berusia 30 tahun ke bawah.
Apabila moratarium pembayaran pinjaman bank diperkenalkan, perbelanjaan bulanan isi rumah berkurangan sehingga 50 peratus. Walaupun ada golongan muda yang tidak terkesan daripada segi pekerjaan dan pendapatan dalam tempoh PKP, mereka turut mengambil moratarium ini supaya sebarang penjimatan perbelanjaan dapat disimpan untuk tabung kecemasan seandainya keadaan ekonomi semakin buruk atau sekiranya mereka hilang sumber pendapatan pada masa hadapan.
Kepada golongan muda yang hilang pekerjaan dan hilang pendapatan, moratorium ini tentulah sangat membantu mereka. Dengan keadaan ekonomi yang masih mencabar dan peningkatan jumlah mereka yang menganggur dan hilang pekerjaan, 800,000 orang yang menganggur, yang majoritinya sudah tentulah daripada golongan muda pastinya tidak dapat kembali bekerja seawal September ini.
Jangan mangsakan golongan muda
Saya menyarankan agar kerajaan jika tidak dapat memanjangkan moratarium ini secara keseluruhan seperti sebelum ini, dapat menjadi pengurus dan orang tengah untuk satu program moratarium bersama pihak bank khususnya demi manfaat golongan yang masih memerlukan seperti golongan muda berkeluarga yang hilang pendapatan dan pekerjaan.
Membiarkan golongan yang memerlukan pemanjangan moratarium selepas September untuk berurusan sendiri dengan pihak bank tentulah akan melibatkan lebih banyak syarat dan sekatan yang akan dikenakan oleh pihak bank. Sudah tentu kesan terus adalah berlakunya kejadian seperti kereta dan rumah mereka ditarik dan disita pihak bank. Apa yang lebih merisaukan adalah kesan sosial terhadap golongan ini dan keluarga mereka apabila berlakunya kesempitan kewangan dan kehidupan.

Tayang gaya hidup mewah boleh diharap perjuang nasib rakyat?

Tayang gaya hidup mewah boleh diharap perjuang nasib rakyat?

Cuba fikir sejenak, layakkah orang yang selalu berkongsikan gambar-gambar kemewahan dalam Facebook diangkat menjadi pemimpin anak muda?
Golongan sebegini hanya mahu jadi freeloader dalam politik dengan menumpang populariti individu lain untuk laba peribadi.
Mereka kebiasaannya tiada idea progresif dan tiada usaha untuk tonjolkan diri sebagai pemimpin membantu rakan-rakan ahli bawahan serta masyarakat setempat.
Kita yang marhaen hanya didekati dengan kata-kata harapan manis apabila tiba musim pemilihan parti dan pilihanraya.
Selepas menang, merekalah paling untung besar dengan jawatan dan projek tetapi yang menyokong mereka tetap hidup seperti biasa.
Mentaliti hamba bertuan seperti zaman feudal raja-raja dahulu masih kuat dalam kepercayaan masyarakat Melayu.
Oleh sebab itu, generasi pengundi muda wajar dididik untuk mengangkat pemimpin yang bekerja dan berkorban meringankan kesusahan masyarakat dengan mengatasi kepentingan peribadi.
Ubahlah legasi ‘political warlord’ kepada merakyatkan politik Malaysia.
Terdapat calon bertanding untuk pemilihan Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) kerap berkongsikan gaya hidup mewah di media sosial – Gambar hiasan


DULU KATA PH SEMBUNYIKAN PEMBUNUH ADIB?

PRU 15 MUNGKIN HUJUNG TAHUN, MUKTAMADKAN SEGERA ANWAR PM KE 9