Cuba fikir sejenak, layakkah orang yang selalu berkongsikan gambar-gambar kemewahan dalam Facebook diangkat menjadi pemimpin anak muda?
Golongan sebegini hanya mahu jadi freeloader dalam politik dengan menumpang populariti individu lain untuk laba peribadi.
Mereka kebiasaannya tiada idea progresif dan tiada usaha untuk tonjolkan diri sebagai pemimpin membantu rakan-rakan ahli bawahan serta masyarakat setempat.
Kita yang marhaen hanya didekati dengan kata-kata harapan manis apabila tiba musim pemilihan parti dan pilihanraya.
Selepas menang, merekalah paling untung besar dengan jawatan dan projek tetapi yang menyokong mereka tetap hidup seperti biasa.
Mentaliti hamba bertuan seperti zaman feudal raja-raja dahulu masih kuat dalam kepercayaan masyarakat Melayu.
Oleh sebab itu, generasi pengundi muda wajar dididik untuk mengangkat pemimpin yang bekerja dan berkorban meringankan kesusahan masyarakat dengan mengatasi kepentingan peribadi.
Ubahlah legasi ‘political warlord’ kepada merakyatkan politik Malaysia.