Abbe Hae
Tentu ramai masih ingat tentang kisah dan gambar sebelah kiri yang abbe siarkan beberapa bulan lepas tentang kawan abbe bernama Along ni..Along pernah jadi kontraktor pembalakan abbe dan kami bersahabat baik..
Gambar ni masa tahun 2004 dan dalam hutan Ulu Balah Jeli Kelantan..Along terpaksa berhenti jadi kontraktor abbe sebab pekerja pekerja orang asli Along terjumpa tapak mawas dan pekerja Along ketakutan dan minta tauke mereka iaitu Along untuk keluar dan tidak lagi bekerja dalam hutan Ulu Balah..Semenjak itu abbe terputus hubungan dengan Along..
Setelah posting abbe yang dulu tu tular ada seorang rakan FB abbe yang bernama Rahman Sawa juga sahabat Along di Lenggong Perak menghubungi abbe dan memaklumkan yang beliau juga sahabat Along dan Along pernah menceritakan kisah yang sama seperti tulisan dalam FB abbe..Rahmanlah yang temukan abbe dan Along semula..Along ni memang takde media social..
Hari Sabtu 10 Jan 2026 kami bertemu semula setelah hampir 22 tahun tidak bertemu. Lokasi kami bertemu adalah di kampung Along iaitu di Lenggong Perak..Along dan isterinya serta Rahman dah menanti ketibaan abbe..Sampai saja Along terus peluk abbe erat erat dan wajahnya sangat gembira..Pekerja orang asli Along dulu dah pun ada yang jadi Tok Batin..
Along dah pun berhenti jadi kontraktor balak dan menumpukan pada kerja kerja pertanian di kampung termasuk memanjat pokok petai..Along ni memang tipikal kampung dan tak boleh hidup dibandar..
Pernah sekali Along pergi KL dan duduk rumah kawan dia di apartment tingkat 25 dan satu malam Along tak boleh tidur takut bangunan tu runtuh..Esok Along terus blah dari rumah kawannya..
Abbe terkejut bila dia cakap dia panjat pokok petai sendiri untuk ambil hasil hasil petainya dan dijual pada pemborong tanpa upah orang atau upah orang yang ada beruk..Abbe tanya kenapa tak upah orang yang ada beruk..Jawab Along pada abbe " Aku sendiri sudah macam beruk jadi tak perlulah upah beruk "..🤣🤣🤣🤣🤣🤣.
Along ada 50 pokok petai yang besar besar dan beberapa puluh pokok durian kampung..Setiap kali naik pokok petai Along akan turunkan 4000 tangkai buah petai untuk dijual pada pemborong..Fuhh satu jumlah yang banyak juga tu untuk orang yang seumur Along..
Kebun durian Along yang ada tu dia beli dari seorang pakcik melayu yang dah lama dia kenal dan pak cik tu dah tak mampu lagi untuk jaga kebun sebab umur pakcik tu dah pun 80 tahun..
Apa yang bagus tentang Along ni walaupun kebun tu telah Along beli tapi anak anak cucu pak cik tu dibenarkan untuk ambik dan makan seberapa banyak pun durian dari kebun durian tersebut..Pada Along tak luak pun buah buah durian tu kalau dimakan oleh anak anak cucu orang tu malah rezeki kebun kebun Along lagi bertambah..
Selain dari berkebun Along juga pemborong ikan ikan sungai dari pencari pencari ikan sekitar Lenggong..Hampir 3 jam kami bertemu dan abbe minta diri dari Along untuk bergerak balik ke Kuala Lumpur..Bulan 7 nanti Along minta abbe datang balik untuk masuk dusun durian Along dan makan durian puas puas..
MASIH GANTENG LAGIKAN WALAUPUN DAH BERUMUR..


No comments:
Post a Comment