HANG BUAT KERJA ELOK ELOK. SELAMA NI PROBONO BANYAK MELAWAN SEGALA FITNAH PEMBANGKANG.




 Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi memaklumkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini di bawah seliannya.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan rombakan Kabinet dan perubahan fungsi beberapa kementerian.


"Selain itu, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures dikekalkan di bawah Kementerian Komunikasi," katanya menerusi sidang media, hari ini.


Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan agensi-agensi berkaitan lain Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan MYNIC Berhad telah dipindahkan ke Kementerian Digital iaitu di bawah Gobind Singh Deo.


Sementara itu, mengenai status Digital Nasional Berhad, Fahmi menjelaskan perkara itu masih belum diputuskan dan dibincangkan nanti.


"Digital Nasional Berhad masih dalam perbincangan dan akan diputuskan kemudian," ujarnya.


Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyusunan semula kementerian dan lantikan menteri baharu.


Antara kementerian yang dirombak ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.


Selain itu, pengumunan tersebut turut menampilkan lima menteri serta timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan kemunculan semula lima bekas menteri dalam kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.


Setakat ini, jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang, manakala timbalan menteri pula meningkat daripada 27 kepada 29 orang, dengan jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini mencecah 60 orang.

No comments: