NEGARA DAH TAK ADA MARUAH DI BAWAH KERAJAAN TEBUK ATAP.- KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG

 W.FAUDZIN

Bawah kerajaan tebuk atap ni, negara dah takde maruah nampaknya. Bayangkan pesawat israel selamba je dapat lesen masuk di ruang udara kita. Tak beberapa hari, masuk pulak pesawat dari china. Menteri luar dan menteri pertahanan buat apa? PM usah tanyalah, sibuk nak buat perutusan. Menteri pertahanan sibuk kira jumlah orang kena Covid, menteri luar pulak jenis lembut lemah gemalai. Elok letak azalina lagi, ada juga sikap jantannya, berani juga tegur kerajaan tebuk atap. Lepas ni pesawat negara mana pulak boleh masuk??

May be an image of mapMay be an image of text that says "mk malayslakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm 16 pesawat tentera China 'ceroboh' ruang udara Malaysia Translate Tweet 16 pesawat tentera China ceroboh' ruang udara Malaysia malaysiakini.com 19:10 01 Jun 21 dlvr.it"


KENYATAAN MEDIA

1 Jun 2021

Saya ambil maklum laporan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara negara kita pada 31 Mei yang lalu.

Kejadian seperti ini ternyata amat membimbangkan serta menimbulkan kecurigaan dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara kita.

Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut.

Saya menggesa Menteri Luar untuk segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden ini.

Saya juga ingin meminta penjelasan lanjut dari kerajaan Perikatan Nasional tentang alasan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) baru-baru ini kerana ini jelas suatu bentuk pengkhianatan kepada negara.

ANWAR IBRAHIM