Ramai kalangan penyokong PN terpesona dengan potongan Gaji barisan Kabinet terbesar Negara itu selama 3 Bulan.. Hakikatnya Kerajaan PN itu sendiri adalah satu Pembaziran, Kerajaan yang ada hari ini bukanlah atas jalan yang Hak..
Apalagi dengan jumlah Menteri dan timbalan Menteri lebih 70 orang Berbanding 55 orang zaman PH..Malangnya hampir semua takda kemampuan bekerja..atas prinsip itupun menepati takrif dari Imam Syafie tentang sifat Tabzir(membazir)… Kata Imam Syafie…
التبذير إنفاق المال في غير حقِّه
At Tabzir maksudnya membelanjakan harta tidak sesuai dengan yg hak (peruntukan) harta tersebut
(Al Jami’ Ahkam Al Qur’an)
Ramai yang tidak tahu, Tun Mahathir ketika mengetuai Kerajaan PH, Tanpa ada Pandemik, tanpa ada kemelesetan Ekonomi , tanpa ada rakyat dibuang kerja sudahpun memotong Gaji semua Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10%.. Dan itulah juga dilakukan Tun Mahathir ketika mula menjadi PM pada tahun 1981..
Apa yang dibanggakan dengan penjimatan RM 30 Juta dicampur dengan potongan elaun pegawai tinggi keseluruhan Kakitangan awam, Berbanding penjimatan RM 3 Billion zaman PH.. Untuk Pengetahuan.. Kos untuk JPM ini dianggarkan bertambah RM 11.1 bilion berbanding RM 7.9 bilion berdasarkan belanjawan 2020, pertambahan sebanyak RM 3.2 bilion atau 28.8 %..
Kenapa kos bertambah ? Bukan hanya kerana pertambahan Menteri dan Timbalan Menteri, Malah bertambah agensi dan Jabatan dalam Kerajaan..Dianggarkan sebanyak 65 Jabatan dan Agensi dalam JPM hari ini jika dibandingkan 56 agensi dibawah kerajaan PH, 92 zaman BN..
Contoh mudah zaman PH, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dizaman PH, menterinya seorang wanita muda iaitu Yeo Bee Yin.. Menteri muda ini yang jaga kementerian melibatkan 3 Menteri, 2 lelaki tua dan seorang pemuda hari ini, antaranya Kementerian MEWA Tuan Ibrahim, Menteri sains Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga Shamsul Anuar..
Kenapa kos JPM bertambah sebanyak RM 3 Billion, Sudah tentu bertambah, tambah seorang Menteri dan Timbalan Menteri, Maka bertambah lah KSU, SU Akhbar, Su Sulit Pembantu Menteri, pegawai Kementerian sampai kepada Driver Menteri.. Hatta Kos penyelenggaraan Pejabat dan Bagunan, Hatta Kenderaan dan Elaun Menteri..
Tapi itulah gaya PM tebuk Atap..Pandai Berlakon.. Hakikatnya Kerajaannya paling teruk, Barisan Menterinya sendiri lebih teruk dari zaman BN.. lantikan politiknya itu sendiri satu pembaziran yang akhirnya merugikan negara atas kelemahan mereka.. kerana mereka terdiri dari kelompok Jahil(Ruwaibidhah)..
Itu belum cerita lantikan Duta bertaraf Menteri yang tak pernah buat kerja… Hanya duduk di kampung Setahun bergaji penuh.. Itu belum kira Mufti yang dilantik Senator, Selepas itu dilantik Menteri Agama, Hampir setahun, Bukan kata nak uruskan Negara, Nak uruskan SOP Masjid pun gagal.. Lebih teruk dari pengurusan Masjid di Singapura..
tapi apa boleh buat.. Inilah Gambaran Kerajaan yang berdiri atas kerja pengkhianatan.. Allah zahirkan kerosakan dari tangan tangan mereka.. Dan inilah PM, Kerajaan yg didoakan seorang ustazah selebiriti kononnya bagi melawan kelompok Munafik dan Kuffar.. Dan disucikan seorang Mufti dari utara sebagai Kerajaan yang mendapat Rahmat Tuhan.. 🙂
Ipohmali