Golongan peminjam yang terpaksa menjual hartanah mereka selepas kesukaran membayar balik pinjaman atau pembiayaan boleh menyaman semula pihak bank jika merasakan diri telah dianiaya.
Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr. Munsyi Muslim Yacob berkata, saman boleh difailkan jika berpendapat hartanah mereka telah dijual di bawah harga pasaran oleh pihak bank.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak tujuh kes bekas peminjam telah menyaman semula bank daripada 500 kes yang dikendalikan pihaknya sejak lima tahun lalu.
“Kami telah mencadangkan agar pengadu yang datang ke sini agar menyaman semula pihak bank jika mereka merasakan telah dianiaya.
“Kami akan tunjuk ajar macam mana hendak lawan pihak bank yang jual rumah di bawah harga pasaran.