#KerajaanGagal koyak lagi. Kita baraikan satu per satu.

 



MOHD IZWAN

U-Turn tentang kelulusan beroperasi di kala "lockdown" diumumkan pada 6:50pm di media massa. Sebelum ini kilang minuman keras perlu mendapatkan kelulusan daripada KPDNHEP (lihat surat kelulusan kilang Heineken tahun lepas). Bila U-Turn, kelulusan semua sektor ekonomi perlu diperolehi daripada MITI.

Hari ini, pengunguman tentang tidak membenarkan semua kilang arak beroperasi diumumkan pada 6:25pm di media massa. Dalam laporan pihak media juga menyebut kesahihan surat kelulusan daripada MITI (CIMS) tidak dapat disahkan benar atau tidak. TETAPI MENTERI Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan menyatakan "Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan".

JADI IKUT KENYATAAN MENTERI, SURAT ITU BETUL DAN KELULUSAN TELAH DIKELUARKAN.

SOALAN AKU.

Pengunguman tentang U-Turn semua kelulusan beroperasi sektor ekonomi perlu dimohon ke MITI dibuat selepas waktu pejabat. JADI SIAPA YANG MELULUSKAN PERMOHONAN KILANG CARLSBERG UNTUK BEROPERASI DI LUAR WAKTU PEJABAT? Jika waktu pejabat pun, pengalaman aku menelefon jabatan-jabatan KERAjaan ini, punya lah payah nak angkat telefon. Ini dapat kelulusan diluar waktu pejabat.

ATAU

CIMS (Covid-19 Intelligent Management System) sebenarnya tidak memerlukan pihak Kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan, tetapi ianya dikeluarkan secara automatik? Jika ya, bijak sungguh sistem ini. Berapa juta pula dibelanjakan untuk membangunkan sistem ini dari tahun lepas?

#DoneKoyak