Asyraf Jeffry
Talian hayat baru untuk McD di Malaysia. Ramai yang tidak ingin memboikot McD kerana mereka tiada bukti yang wang pembelian McD Malaysia disalurkan kepada Israel. Namun, disebabkan McD Israel terlampau 'menganjing', sponsor makanan tentera mereka secara terang-terangan, emosi terganggu dan boikot diteruskan.
.
Dengan pembelian semula semua franchise McD di Israel,hal ini membolehkan McD HQ menentukan secara mutlak wang sumbangan disalurkan ke mana.
.
Maka selepas ini,tentera Israel tidak lagi dapat makan McD secara percuma. Saya yakin McD HQ akan bertindak professional, neutral,tidak berpihak ke mana-mana pihak.
.
Kepada kawan-kawan yang ingin memboikot,teruskan, saya menghormati anda. Tetapi usahlah pandang pekerja McD sebagai seorang pendosa. Mereka hanya cari rezeki yang halal.
.