BILA TUA KENA TERIMA HAKIKAT DAH NYANYUK

 



Ada setengah orang bila dah tua jadi nyanyuk. Jadi tak ingat atau mudah lupa apa pernah dia kata dulu.


Kadang-kadang tak nyanyuk, bukan lupa tapi sebab hati memang dah hitam, jadi tak malu nak bercakap perkara yang berbeza dengan apa dia cakap dulu.


Sebab nyanyuk atau sebab hati hitam, bukanlah ia sesuatu yang menghairankan. Tapi yang peliknya bila ada orang waras yang masih mempercayainya.


Orang yang berani buat apa yang dia pernah kutuk satu masa dahulu, bukan sebarangan orang. Cuma yang kulit setebal 18 inci saja sanggup buat begitu.


Biarlah. Itu soal peribadi. Soalnya kita ni. Sanggup ke nak percaya dan berketuakan orang demikian? Fikirkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SEBELUM JADI MP JASIN

 

MIQDAD ZAKARIA.


Sebelum jadi MP Jasin:



"Perlulah difahami dengan sejelas-jelasnya supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat dan terhindar pula dari kecelakaan dunia dan akhirat bahawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEKULAR INI ADALAH HARAM DIIKUTI DAN HARAM DITERIMA SEBAGAI PANDUAN BERNEGARA BAGI UMAT ISLAM DI MANA JUA MEREKA BERADA. Islam sebagai ajaran yang lengkap dan sempurna telah pun menyediakan panduan yang jelas kepada manusia tentang cara-cara pemerintahan dan bernegara yang selaras dengan sifat-sifat kehambaan manusia kepada Allah SWT. Mematuhi dan mengikuti Perlembagaan tersebut yang merupakan undang-undang ciptaan manusia sebagai ganti dari undang-undang dan peraturan yang Allah SWT. mewajibkan kita mematuhinya adalah dari perbuatan-perbuatan syirik yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah."


Petikan Ancaman Bahaya Sekularisma


Karya Ust Zulkifli Ismail 


Halaman: 291


Selepas jadi MP, semua jadi halal. Siap bersumpah menjunjung perlembagaan sekular lagi.


Ek elehh..


🥴🥴


Miqdad Zakaria



SANUSI PUNYA HEBAT...DARI NO 3 MISKIN, SEKARANG KEDAH JATUH NO 2 MISKIN DI MALAYSIA.

 



Akhirnya aku akui kehebatan Sanusi. Dalam tiga tahun Sanusi jadi MB Kedah, dia berjaya perbaiki kedudukan Kedah dalam senarai negeri termiskin.


Kalau dulu Kedah di tempat ketiga, sekarang Sanusi dah berjaya membawa Kedah menjadi negeri kedua termiskin. Peningkatan satu anak tangga. Hebat!


Bukan senang nak buat tu. Hanya seseorang yang berkaliber seperti Sanusi je mampu. Tahniah rakyat Kedah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


EEHHH....MOKHTAR SCUD DENGAN MOTTO BANGSA ,AGAMA DAN NEGARA......

 


NORSHIDAH MOHD DAUD



Ehhhhh Bangsa dulu la korankkkkk

Bangsa, Agama & Negara

Lain maciam sekarang

Ahaksss.....


May be an image of 1 person, slow loris and text that says "Mokhtar Dup 1h Ptg ahad lepas saya melangkah ke Riau. Pagi semalam saya balik sebentar ke Putrajaya. Ptg semalam saya patah balik semula ke Riau. Ketika mepangkah ke Riau itu demi ilmu dan agama. Ketika pulang sebentar ke Putrajaya itu kerana ingin bersama dlm mempertahankan BANGSA,AGAMA dan NEGARA. Menyumbang sekadar yg termampu. UMS Pejabat Konsulat Malaysia Pekanbaru."
All reactions:
105


RUMAH DISERBU.



Rumah Hamzah di Damansara diserbu LHDN

Menurut sumber beberapa dokumen dirampas dari rumah pemimpin pembangkang itu.

Berita berkenaan:

https://www.freemalaysiatoday.com/.../rumah-hamzah-di.../

 

MENANG 112 KERUSI DULU JIKA UMNO MAHU NAJIB DIBEBASKAN MELALUI KUASA POLITIK

 

Berikutan ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada PAU2023 baru-baru ini berkenaan penegasan untuk terus membela serta memperjuangkan pembebasan Najib Razak, kemudian disusuli ucapan beberapa perwakilan, seterusnya diikuti tweet terbaru Zaid Ibrahim yang meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim segera membebaskan bekas Perdana Menteri itu, ternampak bahawa perkara ini akan terus menjadi agenda yang berpanjangan.

Di mana-mana saja ketika ada peluang dan kesempatan, UMNO dipercayai akan terus menuntut agar Najib segera dibebaskan.

Zaid yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal undang-undang dan pernah menjadi peguambela Najib dalam tweetnya berkata, membebaskan Najib adalah “demi rakyat”.

“Ke hadapan Perdana Menteri, anda perlu ubah fikiran tentang Najib – demi rakyat. Biarkan dia bebas.

“Dalam PRN akan datang ini, (kerajaan) Madani perlu menang dan anda perlu jadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun lagi,” kata Zaid lagi dalam tweetnya itu.

Tambah beliau, jumlah RM42 juta, iaitu nilai dalam kes rasuah SRC International yang Najib disabitkan bersalah hanyalah angka yang kecil, berbanding kes-kes rasuah lain dalam negara ini.

Zaid seterusnya berkata, UMNO kini dalam keadaan lemah dan hanya Najib yang mampu membantu parti itu menang dalam PRN yang akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Memahami gesaan itu, adalah jelas ia bermaksud Zaid mahu Anwar menggunakan kuasa politiknya sebagai Perdana Menteri untuk membebaskan Najib sebagaimana Presiden PKR itu dibebaskan daripada penjara sebaik saja PH memenangi PRU 2018 lalu.

Meskipun kuasa pengampunan adalah atas budi bicara Agong, tetapi usul berkenaan boleh dibawa oleh kerajaan melalui Perdana Menteri, selain seketariat kepada Lembaga Pengampunan adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Anwar selaku Perdana Menteri dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Wilayah Persekutuan atau Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini, turut juga menganggotai Lembaga Pengampunan.

Ertinya, melalui kuasa dan kedudukan Anwar itulah yang diharapkan Zaid dapat digunakan oleh Perdana Menteri untuk membebaskan Najib.

Soalnya, logikkah Najib dibebaskan sekarang?

Sebagaimana ditekankan dalam beberapa tulisan sebelum ini, keadaan Najib adalah berbeza dengan Anwar dan langsung tidak kena untuk diusulkan pembebasannya dalam waktu terdekat ini.

Ini kerana beliau belum sampai setahun lagi menjalani hukuman 12 tahun penjara yang telah dijatuhkan keatasnya, berbeza dengan Anwar yang telah menjalani penjara lebih tiga tahun daripada hukuman lima tahun ketika dipohon pembebasannya pada 2018 lalu.

Anwar akan menjadi gelak ketawa serta pertikaian dunia jika mengusulkan pembebasan Najib, bahkan amat bertentangan dengan komitmen beliau memerangi rasuah yang kerap diulang-ulangnya dalam banyak ucapan terbuka sejak memegang kuasa.

Memerangi rasuah mestilah turut disertai dengan ketegasan enggan bertolak ansur terhadap pesalah rasuah yang telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Anggapan bahawa hanya Najib mampu memainkan peranan memastikan UMNO, seterusnya gabungan parti kerajaan perpaduan memenangi PRN tidak lebih sekadar andaian tanpa fakta semata-mata.

Najib, ketika mengetuai BN pada PRU13, pencapaiannya adalah lebih buruk iaitu hanya menang 133 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi Parlimen pada PRU12 yang ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi.

Selanjutnya, pada PRU14 tahun 2018, BN di bawah pimpinan Najib buat pertama kali pula telah hilang kuasa mentadbir negara yang dimulai sejak merdeka lagi.

Lalu, di mana logik dan munasabahnya Najib didakwa mampu mencipta kejayaan?

Untuk menang, baik dalam PRN atau PRU16 akan datang, Anwar yang mengetuai kerajaan perpaduan mesti tampil dengan perkara-perkara yang baik yang boleh menggembirakan hati rakyat melalui kesepaduan seluruh jentera dan anggota pentadbiran kerajaan, bukan bergantung kepada personaliti mana-mana individu.

Bagaimana jika setelah Najib dibebaskan, tapi akhirnya UMNO dan parti kerajaan perpaduan kalah juga dalam PRN, adakah beliau perlu dimasukkan ke dalam penjara semula?

Tetapi, yang penting sekali, jika ingin mengharapkan Najib dibebaskan melalui pengaruh politik sebagaimana berlaku kepada Anwar sebelum ini dan itulah keinginan Zaid, UMNO kenalah menang terlebih dahulu pada PRU16 akan datang.

Dengan UMNO hanya menang 26 kerusi dan melalui BN 30 kerusi, kemudian cuba mendesak Anwar membebaskan Najib, itu sudah dikira terkeluar daripada norma kewajaran.

Parti-parti yang ada dalam kerajaan perpaduan sekarang tidak pernah sama sekali menjadikan pembebasan Najib sebagai agenda mereka pada PRU15 lalu.

Malah, jika UMNO dan BN dikira memperjuangkan nasib Najib, perkara itu dikira telah ditolak rakyat berdasarkan hanya kemenangan 30 kerusi Parlimen diperolehi pada PRU15 lalu.

Senang cerita, sekadar UMNO berada dalam kerajaan melalui kaedah menumpang kasih – meminjam ayat Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO – tidak memberi apa-apa justifikasi untuk parti itu memasukkan agenda membebaskan Najib sebagai sebahagian daripada keutamaan.

Jika mahu mengulangi sejarah bagaimana Anwar dibebaskan sebelum ini, UMNO dan BN tiada pilihan lain melainkan mesti menang setidak-tidaknya 112 kerusi Parlimen pada tahun 2027 akan datang, sebagaimana PH berjaya menjadi kerajaan pada PRU14 dahulu.

UMNO dengan 30 kerusi Parlimen sedia ada ini sepatutnya berhenti dan ada sedikit rasa malu untuk berteruan serta tidak henti-henti menuntut Najib dibebaskan.

Biar PRU16 akan datang menjadi saksi dan referendum sama ada rakyat mahu Najib dibebaskan atau kekal dipenjarakan.

Rakyat pasti akan memberikan BN kemenangan sekurang-kurangnya 113 kerusi jika mereka benar-benar mahu Najib dibebaskan.

Lagi pula, dengan Najib dipenjarakan, sudah ada tiga anaknya muncul di persada politik negara dan membiarkan karier mereka berkembang sebagai pewaris perjuangan adalah lebih baik bagi UMNO daripada terus berharap serta bergantung kepada pokok lama yang entah mampu berbuah lagi atau sebaliknya. – ShahbudinHusin 15/06/2023.

 


TEMURAMAH ANWAR BERSAMA TV AL JAZEERA : 'The most corrupt forces are ganging up': Malaysia's PM Anwar Ibrahim sp...


Jun 15, 2023 #Anwar #Malaysia #Interview

After a divisive election led to Malaysia’s first hung parliament, Anwar Ibrahim has secured the nation’s top job. But at what cost? With uneasy alliances, racial and religious tensions and political rivals waiting in the wings, Malaysia’s new prime minister faces challenges on multiple fronts as he promises to crack down on corruption and unite the nation. He’s overcome obstacles before on a tumultuous political journey, in which he's twice been imprisoned on controversial sodomy charges. Well-known for his reform agenda, can he deliver the change he says Malaysia needs? Anwar Ibrahim speaks to 101 East.


[bongkar] MAKLUMAT DIBONGKAR NETIZEN! SIAPA SEBENARNYA MP JASIN DARI PAS!



Zulkifli dalam ceramahnya yang tidak dapat dipastikan tarikh sebenar, mengatakan bahawa hanya orang-orang di dalam Pas merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Zulkifli berpendapat bahawa mereka yang mengikuti ajaran aliran ASWJ sepatutnya menyertai parti Islam itu. “Oleh sebab itu, kalau kita betul-betul Ahli Sunnah Wal Jamaah maka kena jadi (sertai parti) Pas lah. Itu sebenarnya. Orang Pas itu sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Kerana dia mengambil pendirian yang betul di dalam menolak pengaruh falsafah dalam kehidupan manusia,” katanya dalam ceramah yang pernah tular pada Februari tahun ini. Zulkifli menganggap ASWJ menolak pengaruh falsafah dalam menjalani kehidupan yang menurutnya sejajar dengan pegangan parti.




WALAUN TAHU PEMIMPIN MEREKA LEMAH

 

Toksah tipu la. Sebenarnya majoriti penyokong PAS sedar yang parti mereka semakin hanyut. Mereka sendiri menjadi saksi hidup yang pemimpin mereka kerap berdolak-dalik dan acapkali keluarkan fatwa songsang.

Tapi kenapa masih jadi walaun?

Pertamanya, kerana doktrin 'hanya PAS Islam' yang telah begitu sebati dalam jiwa mereka. Mereka jadi takut untuk tinggalkan PAS kerana takut seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam.

Untuk atasi doktrin ini, kerajaan perlu kumpulkan segala ilmuwan Islam yang hakiki dan neutral atau non-partisan dan gunakan semua saluran media yang ada untuk bangkitkan kesedaran.

Kedua, kerana ego. Senang cerita, terlajak kata. Dah bertahun memuji PAS, sejak dari zaman Almarhum TG Nik Aziz. Dan dah puas kafirkan orang lain. Nak mengaku tersilap bererti pecahkan ego sendiri. Ini yang mereka tak sanggup.

Yang ini, takkan bertahan lama. Jika kerajaan terus pamerkan prestasi cemerlang, mereka pasti akan bertukar arah. Yang penting, kerajaan perlu umum setiap perkara baik yang dilaksanakan agar terbuka mata mereka seluas-luasnya.

Dan ketiga, kerana kaedah menyerang yang diguna pakai oleh parti kerajaan. Bila kita menyerang, maka mereka on defensive mode. Dalam mode ini, tidak ada apa penjelasan yang boleh akal mereka terima. Semuanya akan mereka pusingkan.

Cara ofensif ini perlu. Tapi untuk penyokong mereka yang tinggal di negeri tersebut. Sebab mereka ini puak yang alami sendiri segala derita dan sengsara kesan kelemahan pentadbiran, kemandulan idea dan kebobrokan kerajaan negeri.

Tapi bagi pengundi yang berada di luar, mereka tak rasa kesemua itu. Jadi segala cerita yang tersebar akan dianggap berniat jahat. Mereka akan rekayasa bermacam alasan untuk pertahankan PAS walau mereka sendiri rasa sangsi.

Untuk golongan ini, mereka perlu dihampiri secara baik. Perlu ajak mereka fikir. Jangan layan mereka seperti musuh tapi seperti sahabat yang ingin kita selamatkan dari lembah kehancuran.

Sebab itu PH dan BN perlu pelbagaikan cara untuk memenangi hati penyokong PAS. Tak boleh dengan aatu cara saja. Perlu bentuk pelbagai kumpulan dan dilatih dengan pelbagai kepakaran. Kalau guna satu kaedah saja, susah nak berjaya.

Paling penting, kena gunakan segala saluran media yang ada. Dari media arus perdana hingga ke media sosial. Jangan biarkan pembangkang manipulasi media hingga fitnah mereka terlibat seperti benar. Kena mulakan dari sekarang. Guane boh?

Raja Gelap

 

SAT SAJA DIA BAGI KONTRAK PADA ANAK DIA




 

Cerita tahun 2018. Lepas PRU14. Masa tu PH yang memerintah tapi Mahathir sebagai PM. Sekejapan masa Mahathir dah berjaya beri kontrak kepada anak-anaknya.

Sebab itu Mahathir tak betah dalam PH. Sebab tak mudah nak buat seperti ini. Sebab itu Mahathir nak jadi PM lagi dan tak mahu mengalah kepada DS Anwar.

Tapi yang peliknya, PAS boleh suka orang perangai sebegini. Ini bukan akhlak Islam tapi ini yang PAS pilih jadi kawan. Jujurkah pimpinan PAS? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

MERASMIKAN TILAWAH AL QURAN PADA 12 JUN 2023








Alhamdulillah, dapat hadir merasmikan Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Butterworth Arena.

Pastinya majlis ini ruang kesempatan untuk terus meningkatkan kefahaman Al Quran.

Kitab suci ini seharusnya dimanfaatkan dengan membaca, menggali muhazab dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Di kesempatan ini juga saya telah meminta rakyat agar memberikan ruang kepada kerajaan dalam melakar kerangka dasar pembangunan negara berdasarkan teras Malaysia MADANI.

Apa sahaja gagasan dilontarkan atau prinsip dibicarakan seperti rahmah dan amanah, ia boleh diterima bukan sahaja kepada masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam.

Malah, saya juga telah mengarahkan JAKIM untuk lebih memainkan peranan agar selari dengan pembangunan dan pentadbiran negara demi kemaslahatan umat.

#MalaysiaMADANI

 

SIAPA NAK PERCAYA LEBAI?




Dulu, sewaktu jadi Pembangkang dia bising pasal.judi, suruh tutup kedai judi. Ditakdirkan lebai jadi kerajaan 33 bulan melalui tebuk atap, cabutan judi yang kjaan PH kurangkan dari 22 kali kepada 8 kali saja, telah ditambah oleh kjaan lebai kembali kepada 22 kali. Bukan hapus, bukan kurang tetapi ditambah. Itulah lebai setan bisu.

Sewaktu PH jadi kerajaan, parti lebai jadi Pembangkang, dia bising dalam parlimen tentang pramugari yang tidak menutup aurat. Bila lebai jadi kerajaan 33 bulan, mereka tidak ambil tahu langsung tentang pakaian pramugari. Kekal biasa. Itulah lebai setan bisu.

Nah, hari ini kerajaan perpaduan memerintah. Di parlimen hari ini lebai timbulkan isu pakaian jururawat pula. Ketat sangat katanya meskipun telah menutup aurat. Mata lebai2 ni asyik pandang pramugari dengan jururawat je kah?

Peliknya, bila dia jadi kerajaan 33 bulan dulu, satu benda pun dia tak usik. Pakaian jururawat tu kekal waktu dia jadi kerajaan hingga kini.

Nak percaya lagi kat lebai?

WFAUZDIN NS

 

DIA INGAT JURURAWAT MALAYSIA NI DUDUK SAJA KE ? KO TAK PERNAH PERGI LAWAT HOSPITAL BESAR KUANTAN KO ?

 






Jururawat ni kena tangkas. Kena cepat bergerak. Kalau longgar sangat, susah nak buat kerja pula. Jururawat bukan macam duta khas tu, makan gaji buta. Kerja mereka banyak pergerakan.

Aku pernah juga masuk wad. Seminggu jugalah. Tiap hari ada jururawat datang ambil darah, beri ubat dan macam-macam lagilah. Habis dia tebuk tangan dan jari aku. Kanan kiri kena.

Tapi masa tu tak ada pula terangsang aku tengok jururawat tu. Tak terfikir yang kotor pula. Lagipun kebanyakannya bertudung. Baju pun berlengan panjang ataupun pakai arm glove.

Jadi aku pelik juga kalau ada yang jadikan pakaian jururawat tu sebagai isu. Nak kata jenis cepat terangsang, yang bising tu lebai. Adakah memang lebai selalu berfikiran kotor ke?

Kalau dah memang fikiran tu jahat, pakai jubah pun, bertudung labuh pun, akan nampak seksi jugalah. Pokok pangkalnya iman. Cuma pelik yang berjubah ni lagi nipis imannya. Guane boh?

Raja Gelap