LAGI KUTUK PENTADBIRAN KHALID

Pua: Gangguan air tanda kurang cekap

Anggota Parlimen Petaling jaya Utara Tony Pua berkata, gangguan terbaru bekalan air di Selangor tidak boleh dimaafkan dan menyalahkan ketidakcekapan kerajaan negeri.

Katanya, dengan musim kering sudah lama diramal, tiada lagi alasan boleh diterima atas kurangnya persediaan atau rancangan luar jangka bagi berdepan cabaran bekalan air tidak cukup.

Beliau juga mengingatkan janji menteri besar dan exco bertanggungjawab pada 11 dan 17 Jun lalu bahawa tiada keperluan untuk mencatu lagi bekalan air.

“Hakikatnya gangguan bekalan air yang serius berlaku sepanjang minggu lalu, tidak lama selepas 'jaminan' kerajaan negeri, ia hanya mendedahkan sikap kurang serius dalam menyelesaikan isu itu dan kurang kecekapan pihak berkuasa relevan.



Dalam kenyataannya hari ini, Pua berkata, ia tidak boleh diterima kerana ia memalukan menteri besar dan kerajaan negeri serta merosakkan kewibawaan Pakatan Rakyat.