Jangan undi calon lupa rakyat, undi calon KEADILAN - Dr Wan Azizah



Malaysia DPM Wan Azizah saddened by resignation of King who pardoned her  husband Anwar Ibrahim, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times



Pengundi Sarawak dinasihatkan agar mengundi calon yang tidak lupa kepada rakyat yang melantik mereka.

Menurut Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, wakil rakyat sepatutnya mengambil berat isu pengundi selepas dilantik. Namun, katanya wakil rakyat kerajaan sering kali tidak memperdulikan kebajikan rakyat selepas menang.

Dr wan Azizah memperkenalkan calon

"Ramai yang naik, bagi jawatan, bagi pangkat, bagi semua nikmat, dia lupa pada rakyat. Kita tak mahu. Dah lama (di bawah GPS), jangan buat kesilapan.

"Inilah kali kita ada peluang untuk tukar calon, undilah Hapeni Fadil, calon no 2," katanya ketika berkempen di DUN Simunjan semalam.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata tidak mengapa sekiranya ada parti kerajaan yang memberi hadiah dan sebagainya. Tetapi undi adalah rahsia dan perlu diberi kepada pihak yang pandai menjaga amanah.

"Kita mahu wakil rakyat anak tempatan.

"Mereka akan bagi macam macam, duit, harta. Itu bukan wang dia, itu wang rakyat. Ambil tetapi jangan undi lain selain calon PKR, calon lambang mata, calon KEADILAN. Itu kita mahu," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, pengundi perlu keluar awal dan jangan seorang pun tidak mengundi kerana undi seorang berharga untuk memastikan kemenangan.