Calon KEADILAN DUN Asajaya, Mahmud Epah berjanji akan memperbaiki jalan penghubung kawasan itu dan daerah lainnya yang dianggap amat merbahaya serta sering menyebabkan kemalangan.
Katanya, jalan dengan keadaan yang tidak rata begitu menyukarkan penunggang motorsikal malah pemandu kereta pun sering terbabas sekiranya tidak berhati hati.
"Jalan raya bagi saya sangat kritikal, di mana Asajaya tidak mendapat peruntukan sama rata seperti di Kota Samarahan dan Kuching misalnya, walau letak di sebelah sungai sahaja namun tidak mendapat pembangunan
"Dalam perjalanan ke mari pagi tadi saya melihat satu kemalangan, motorsikal dan kereta. Apa yang saya lihat hal ini sering berlaku akibat insfrastruktur tidak dinaiktaraf, di mana jalan tersebut tidak mempunyai lampu.
"Malahan jalan juga tidak dibaiki, tinggi rendah dan membahayakan pengunggang motorsikal, malah kereta pun kadang kala hilang kawalan.
"Sekiranya saya diberi peluang saya akan usahakan untuk dibaiki jalan perhubungan ini," katanya kekita ditemui pemberita pagi tadi.
Menurut Mahmud, pengundi seharusnya memberi sokongan padu kepada KEADILAN dalam pilihan raya kerana pelbagai janji dalam manifesto amat menguntungkan mereka andai Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.
Salah satu, katanya, adalah Selda yang mempunyai konsep hampir sama dengan Felda di Semenanjung, dan akan mengambil para peserta yang tidak bertanah untuk diberi tapak kediaman serta kawasan pertanian.
"Saya akan bina insfrastruktur ekonomi di Asajaya. Di mana dalam manifesto dicadangkan ditubuhkan Selda. Program ini akan membantu rakyat Asajaya.
"Program ini akan memberi impak yang baik kepada peserta penempatan semula terutama rakyat Asajaya (yang terpilih) di samping dapat menjana ekonomi," katanya lagi.