Sembang kedai kopi: Apa yang kita perlukan bagi mengubah Malaysia?


Kita memasang telinga mendengar sekelompok rakyat Malaysia yang kisah berkongsi cerita bagaimana mahu membina Malaysia untuk semua

10 Dec 2021







Sembang kedai kpi - ALFRED/UNSPL

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Anu: Ada yang baca berita ini? Tentang kes dua orang pegawai polis yang khabarnya melihat saja bagaimana orang awam menangkap seorang yang dituduh melakukan jenayah, yang mengakibatkan tertuduh kemudiannnya meninggal? Nampak gaya, macam apa jadi pada George Floyd di Amerikalah.

Mavis: Adakah polis itu bersalah kerana tidak mengambil tindakan atau kecuaian? Tak faham bagaimana semua orang hanya melihat apa yang berlaku.

Saras: Saya rasa hanya yang berani dan yakin saja dapat masuk campur tangan, lagi-lagi bila ada individu dari pihak berkuasa di sekitar. Saya rasa saya boleh faham kenapa ia berlaku.

Mavis: Melihat apa yang jadi, mereka yang melihat ini nampaknya membuat keputusan sendiri ketika membuat tangkapan, sehingga orang yang tertuduh itu meninggal, dan pihak berkuasa serta orang awam yang lain melihat saja.





Parveen: Teruknya. Mengapa anggota polis tak menghentikannya?

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Saras: Bagi orang keliling, mungkin melihat kepada polis sudah ada di sana, jadi semuanya okay. Yang menjadi persoalan… kenapa polis tak hentikannya.

Nak berkongsi sedikit – waktu saya mengajar di sebuah sekolah miskin di pedalaman, saya jalankan soal selidik untuk tahu apa cita-cita pelajar yang mereka ada.

Hampir 90% mahu jadi anggota polis. Mereka tak ada cita-cita lain. Pelajar ini tidak mahu jadi doktor atau peguam atau jurutera atau guru sekalipun. Bagi mereka, menjadi anggota polis adalah apa yang dimahukan mereka.

Bila saya tanya kenapa, jawab mereka kerana anggota polis ada duit dan kuasa. Mereka nakkan hal ini. Pelajar ini merasa perlu untuk ada hal ini bagi mereka untuk keluar dari kemiskinan dan ada kuasa.

Saatnya kita tak merasa kuasa, jadi anggota polis mungkin buka ruang untuk jadi lebih ‘tegas’ atau barangkali, agresif.

Barangkali fenomena sama terjadi pada anak-anak kaum India di Malaysia. Masuk geng mungkin memberi kuasa pada mereka.

Anu: Waktu darjah satu, saya pun nak jadi polis juga. Nak tangkap semua orang jahat. Lagi pun, saya pun suka kereta dengan lampu berkelip-kelip waktu tu!

Harry: Aiyoh, kalau awak teruskan dengan cita-cita, sekarang mungkin dah jadi ketua polis sekarang!

Saras: Tapi ni semua pelajar sekolah menengah.

Anu: Mungkin sebab pengaruh filme juga. Hollywood dan siri televisyen macam Gerak Khas menggambarkan kerja polis sebagai glamor.

READ MORE:  Mengapa tiada pendakwaan dilakukan ke atas polis melakukan jenayah?

 

Harry: Ya, Saras. Tak terkejut ramai yang bercita-cita mahu ada kuasa dan peluang untuk ‘buat duit’.

Saras: Mungkin – ini apa yang terjadi pada masyarakat miskin. Keluarga yang tiada televisyen. Ada juga mereka yang mendakwa ‘diganggu’ oleh pihak polis. Itulah… saya sendiri pun takut dengan polis sebenarnya.

Baru-baru ini, ada ahli akademik yang menyeru agar mereka yang bukan bumiputera untuk sertai pasukan polis dengan harapan ia akan menyumbang kepada pembangunan menyeluruh dengan lebih efektif kepada penguatkuasaan undang-undang.

Setuju. Namun, apa guna kalau seseorang masuk tapi peluang untuk naik pangkat di dalam sistem sebenarnya cukup tipis? Semuanya disebabkan kaum. Hal ini pun patutnya berubah, kan?

Patutnya semua cabang perkhidmatan awam – termasuklah dan terutamanya pendidikan. Ini cabang paling penting untuk kita jangkakan akan beri kesan dan perubahan kepada bagaimana rakyat rasa, berfikir dan bertindak sebenarnya.

Salah ke apa yang dikatakan oleh [Menteri Sumber Manusia M] Saravanan bila beliau katakana bahawa kaum bukan Melayu tak dapat jadi ketua polis? Apa yang ditulis (atau tidak tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan) dan apa yang dibuat seringkali dua perkara berbeza.

Malik: Ya, naik pangkat ini juga merupakan isu bagi bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam.

Saras: Isu sangat serius sebenarnya. Kerana itu ramai mereka yang berketurunan Cina dan India kelas pertengahan tidak cenderung untuk masuk perkhidmatan awam sebenarnya.

Ramai yang merasakan bahawa mereka terpaksa belajar untuk ‘hidup sendiri’ di luar sistem kerajaan dan menjadi terasing di dalam kelompok bahasa mereka sendiri (hidup di dalam sistem yang hanya mendukung bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja). Mereka tak rasa penting untuk belajar BM.

Apa yang ada dalam sistem kita hari ini, semuanya terkait dengan hal ini – kaum!

Kita perlu perhalusi dan tengok semula hal ni dengan mengutamakan isu B40 [berpendapatan rendah] berbanding melihat semua perkara menerusi kaca mata kaum.

Malik: Bila cakap pasal tu, jangan lupa Melayu pun ada yang menjadi mangsa diskriminasi sebegini.

Saras: Boleh terangkan tak, Malik? Saya pun masih belajar. Saya rasa kamu maksudkan ‘Melayu liberal’ ke?

Malik: Melayu bukan Umno – [mereka] yang tak kisah pada kaum dan agama yang dimainkan dalam sistem pendidikan kita, termasuklah dalam universiti kita.

READ MORE:  Wrong to retaliate against those who highlight allegations of police torture

 

Saras: Ya, sistem sebegini pun beri kesan pada semua juga. Saya ada perasan begitu juga. Akhirnya, ada yang hanya senyap dan memilih diam saja.

Saya dari Johor dan membesar dengan orang Melayu. Kawan sekelas saya hanya bersuara waktu bersama dengan kami, dan kebanyakan mereka takut untuk bersuara di luar lingkungan. Kita tak boleh harapkan perubahan kecuali jika mereka pun turut berubah.

Mavis: Ya, di universiti (di mana saya berada) memang cukup banyak. ‘Liberal’ disalah guna dan dipesongkan maknanya, pada pandangan saya. Saya kenal begitu ramai orang Melayu yang ada prinsip dan berani untuk bersuara melawan diskriminasi dan ketidakadilan dan akhirnya menjadi mangsa oleh mereka yang berkuasa, namun mereka tetap bersuara.

Sebab itu saya tak selesa bila orang ‘tangkap muat’ soal diskriminasi agama dan kaum sebenarnya. Cukup banyak faktor yang berselirat dan mempengaruhi satu sama lain sebenarnya.

Saras: Ya. Setuju, Mavis. Tak dinafikan hal itu. Memang ada yang bersuara. Namun barangkali tidak cukup. Kerana itu diskriminasi seakan-akan ditanggapi hanya terjadi kepada sebelah pihak saja.

Namun saya boleh faham. Ramai yang terkesan dengan tekanan dari dalam sistem – oleh Napoleon kecil. Begitu banyak ugutan kata-kata. Semua ini cukup menakutkan dan menggusarkan. Akhirnya, ketakutan jugalah yang merajai kita semua.

Mereka yang ‘lain-lain’ (minoriti etnik) mungkin kurang terkesan dengan tekanan sebegitu. Kerana itu mereka akan bersuara lebih.

Pandangan saya: kita memerlukan lebih ramai pemimpin Melayu yang dinamik bagi memperkukuh dan menguatkan mereka – untuk menunjuk kepada mereka jika mereka tidak menjadi seperti Umno, itu tidak bermaksud mereka menolak agama dan kaum mereka sendiri.

Saya yakin yang hal ini juga akan disambut oleh mereka yang ‘lain-lain’ juga. Saya masih ingat bagaimana Anwar melakukannya ketika 1998 dari bumbung kereta waktu itu. Beliau berani ambil risiko dan sanggup menempuhnya. Kita perlukan mereka yang sedemikian.

Yang ‘lain-lain’ ini tidak melawan kaum (kelompok kaum majoriti) seperti yang dikatakan. Kita perlu lihat ke hadapan untuk semua orang!

Maaflah. Banyak bercakap pula. Terlebih minum kopi!

Ramli: Mungkin, harapnya, dapat tambah dari sudut pandang lain kepada perbincangan ini dan membesarkan pandangan, Mavis. Jika kita letak ke tepi, untuk sementara waktu, sudut pandang etnik keagamaan, situasinya bukan semuanya akibat tekanan.

READ MORE:  Discrimination against non-bumiputera students in public schools must stop now

 

Ada juga idea lain tentang proses sosialisasi. Kedua-dua Melayu dan bukan Melayu dalam pendidikan tinggi, seperti bidang lain juga, turut disosialisasikan untuk menerima segala-galanya seperti apa adanya.

Ada yang menolak sosialisi sebegini, ada yang tidak. Ada sesetengah percaya bahawa sistem ini tidak adil; namun, barangkali – kerana disosialisasikan di dalam pemikiran di mana mereka sepatutnya tidak mengganggu cara sedia ada – mereka hanya menerimanya bulat-bulat sajalah.

Jika bukan begitu, saya rasa sektor pendidikan tinggi di Malaysia pasti ramai revolusionari, namun kita pun tahu ianya bukan begitu.

Dan juga, seringkali ada perbezaan di antara ahli akademik (tidak mengira kaum) di dalam bidang sains atau kejuruteraan serta di dalam sains sosial, di mana mungkin mereka di dalam bidang sains atau kejuruteraan lebih menurut serta konservatif, manakala mereka yang di dalam sains sosial lebih memikirkan tentang masyarakat secara keseluruhannya. Banyak faktor yang berselirat.

Mavis: Saya juga cukup tidak selesa bila mendengar bahawa “Oh, tak cukup ramai orang Melayu bersuara” atau “Orang Melayu perlu berubah”, lebih-lebih lagi oleh bukan Melayu yang mereka sendiri tidak mahu bersuara kecuali di bawah ‘tempurung’ Whatsapp serta juga mereka yang tidak dapat melihat bagaimana biasnya pandangan kaum mereka sendiri.

Saya membesar dengan lagu ini: “It only takes a spark to get the fire going.” Mungkin sebab itu saya penuh harapan dengan masa hadapan.

Ramli: Sungguh, saya setuju dengan awak. Mungkin mengapa mereka yang bukan Melayu tidak mahu bertindak ini, untuk berlaku adil pada semua – barangkali disebabkan saya semakin tua! – saya rasa kerana takut dan sering melihat semuanya dari sudut pandang kaum yang mengakibatkan sesebuah kaum hanya menanti kaum yang lain untuk bertindak. Saya lihat cukup banyak perbincangan “Oh, orang Melayu kena bersuara dahulu” di dalam Whatsapp dan sebagainya.

Mavis: Di dalam pengalaman peribadi selama 45 tahun terlibat di dalam organsisasi masyarakat madani, tidak kiralah NGO atau kumpulan keagamaan, saya sebenarnya melihat semakin ramai orang Melayu bersuara, lebih-lebih lagi mereka yang muda.

Kita perlu bekerjasama dan berjumpa dengan mereka lebih lagi, termasuklah dengan NGO Muslim yang progresif.

Nama semua pembicara sudah ditukar.

Terjemahan oleh: Zikri Rahman