Cabaran Golongan Penternak Ayam




Cabaran Golongan Penternak Ayam

Keluhan demi keluhan yang diluahkan oleh golongan penternak dan pengeluar bekalan ayam semenjak kebelakangan ini. Antara enam (6) cabaran utama yang dinyatakan oleh golongan tersebut adalah;

1. Subsidi ayam bakal dihapuskan kepada golongan penternak mulai 1 Julai 2022.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Golongan penternak berhadapan dengan krisis yang pelbagai. Apabila subsidi dihapuskan, bukan golongan penternak sahaja menerima kesan bahkan pengguna juga akan berhadapan dengan kenaikan harga ayam. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menghapuskan subsidi kepada penternak. Saya harap kerajaan mempertimbangkan balik keputusan ini berhadapan dengan cabaran inflasi.

2. Harga siling ayam

Apabila harga siling dinaikkan oleh kerajaan, perubahan kos pengoperasian dan pengeluaran terpaksa ditanggung oleh para penternak.

3. Kenaikan harga bahan mentah

Peningkatan pada harga dedak yang disebabkan oleh bahan buatan utamanya seperti jagung bijirin dan soya, akibat daripada krisis rantaian bekalan peringkat global.

4. Kenaikan harga anak ayam

Golongan penternak berhadapan dengan kerugian apabila harga anak ayam meningkat 75%.

5. Masalah kekurangan tenaga kerja

Stigma masyarakat terhadap pekerjaan di 'reban ayam' merupakan antara faktor kekurangan tenaga pekerja. Justeru, Malaysia banyak bergantung pada pekerja asing namun kebanyakan dari mereka sudah pulang ke negara asal sejak sempadan mula dibuka.

6. Peningkatan kos upah buruh

Apabila had gaji minima dinaikkan kepada RM1,500, ada juga perusahaan kecil yang mengalami sedikit kesukaran untuk menanggung kenaikan kos kepada pekerja, termasuklah golongan penternak dan petani lainnya.

YB DS Salahuddin Ayub

Timb Presiden AMANAH