KELUHAN PEMBANTU TASKA....

 


Najib Saahari

prdStnoose0g84c70l4aM72mt3y74g1:a 5 334 uc0  · 

Aku ambil benda ni dari Mag Malaya Ahmad dan aku ada real life experience on business taska ni.

Business taska ni memang business yang margin sangat tipis dan risky gila.

Mungkinlah rasa pengusaha charge RM500-RM1000 tu macam banyak dan tengok pula ada 30-40 student. Kita pon kira congal, sorang student bayar RM600 x 40 student dapatlah RM24,000. Fuh masyuk gila jadi pengusaha taska.

Tapi kos operasi tinggi. Sorang cikgu gaji RM1800-RM2200. Ada 4 orang cikgu kos dah dalam RM7200-RM8800. Pembantu taska RM1200-RM1500, 3 orang dah dalam RM3600-RM4500. Tukang masak 1 RM2000.

Dkt staff je dalam RM12,800-RM15,300. Tinggal lah balance dalam RM12k-RM9k. Nak bayar kos makan, kalau kira RM5 per student per hari. RM5x40x20 = RM4000. Tinggallah dalam RM8k - RM5k.

Tolak kos sewa bangunan, bil api dan air adalah balance dalam RM1-2k sahaja.

Tipis gila margin. Kalau semester tu tak cukup 40student, memang semester tu running at loss.

Aku tak cakap apa yang orang ni luahkan salah, cuma aku menceritakan realiti pengusaha taska. Kalau taska yang charge RM5-6ratus sebulan tu memang diorang main atas api.

Kalau dapat 50student, adalah untung sikit. Kalau tiba2 dapat bawah 40student, memang rugi.