HANTU RAYA HIDUP
LAGI ?
HANTU RAYA
HIDUP LAGI ?
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 06/06/2022
( 1 - 22 )
1. Ingatkan
'Hantu Raya' ini sudah tiada lagi selepas lama bersembunyi
menghilang dari umum
2. Kerana
perangai dan sikap bodoh beliaulah yang menyebabkan saya mula
menulis sehingga sekarang
3. Apakah beliau
menganggap mendiamkan diri maka umum akan lupa apa yang dilakukannya
ketika menjawat jawatan penting negara dan menganggap segala
kesalahan yang dilakukan dimaafkan ?
4. Cakap - cakap
bahawa 'Hantu Raya' tidak bertuan mungkin benar dan 'Hantu
Raya' juga akhirnya akan makan tuan pun ada kebenarannya
5. Kemunculan
'Hantu Raya' ini secara tiba - tiba dengan menawarkan
diri kepada mana - mana Parti bagi bertanding dalam Piihanraya Umum akan
datang tak ubah seperti jalang yang menawarkan diri kepada
sesiapa yang kemaruk seks
6.. Baru - baru
ini Dzulkifli Ahmad , mantan KP SPRM yang dimaksudkan sebagai
'Hantu Raya' menawarkan diri kepada mana - mana parti
yang berkehendakan beliau bertanding di Kawasan Parlimen Tasek
Gelugor , Pulau Pinang
7. Kepada saya hanya
parti yang ketandusan calon sahaja seperti Parti Cinta Malaysia atau Parti
Bangsa Malaysia yang akan menggambil orang yang tak siuman
ini bertanding
8.
Menyampaikan bantuan tidak salah , malah digalakan
tetapi janganlah menggambil kesempatan dengan bantuan
tersebut
9. Dzulkifli Ahmad
dipecat dari jawatan KP SPRM setelah melakukan beberapa perkara
bodoh yang memakan diri
10. Buat
permulaan perlantikan beliau kejawatan tersebut oleh Najib Tun
Razak ketika itu pun telah dipertikaikan
11. Perlantikan
tersebut adalah 'hadiah istimewa' setelah MEMBOCORKAN
kandungan Kertas Pertuduhan Ghani Patail , Peguam Negara terhadap
Najib berkaitan kes 1MDB ( sila lihat lampiran )
12. Najib
yang telah didapati bersalah mencuri wang Negara/Rakyat
melalui 1MDB oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terdiri dari 3
orang Hakim dan sedang berusaha keras bagi melepaskan diri di
Mahkamah Persekutuan , dari dulu hingga sekarang masih
memerlukan apa saja bantuan yang boleh termasuk
dari SPRM
13. Kertas
Pertuduhan adalah RAHSIA NEGARA jestru membocorkannya
adalah satu kesalahan jenayah yang masih boleh diambil tindakan
bila - bila masa namun ianya tidak berlaku kerana
beliau ketika itu dilindungi Perdana Menteri Najib
14.
Selepas dilantik beliau mula mengganas dengan
menunjukan belang sebenar
15. Jika masih
ingat ada 2 tindakan bodoh dan tidak bermaruah yang dilakukan
:
i. Melanggar
Aturan dan Peraturan Perkhidmatan Awam dengan menyelar / menyerang
dasar kerajaan secara umum - Ali Hamsa , Ketua
Setiausaha Negara atau KSN ketika itu takut
menggambil tindakan disiplin kerana hubungan beliau dengan
Najib TERLALU intim dan tidak menghairankan juga berkemungkinan
telah 'dibeli' kerana masa itu 'CASH IS
KING'
ii.
Mengheret kesana sini Hazreen Hatta yang sewaktu itu masih
bersuami , termasuk ke Bali , Indonesia
16. Yang
menjadi tanda tanya sehingga kini :
i. Apakah Dzulkifi
telah menyalahguna wang SPRM berseronokan dengan Hazreen dengan diiringi
oleh 2 orang pegawai SPRM - mengapa tidak ada sebarang siasatan
oleh Kerajaan dulu dan sekarang walaupun beliau sudah bersara
ii. Mengapa
Hazreen yang MASIH bersuami dan mempunyai anak ketika itu SANGGUP
membohongi dan melakukan maksiat ; apakah beliau terlalu
berahi sehingga tidak takut balasan ALLAH SWT nanti
17. Perangai
dan perbuatan Dzulkifli telah menjadikan ikutan oleh beberapa pegawai
SPRM yang memalukan dan susah hendak dipercayai ( sila lihat klip
video Zahrin Yassin )
18. SPRM
kini yang diketuai Azam Baki kini BERSELIPUT dengan rasuah
dan isu moral
19. Walaupun
beberapa pegawai dihadapkan ke Mahkamah namun banyak lagi kes melibatkan
rasuah dan salahguna kuasa oleh pegawai - pegawai tinggi SPRM termasuk
kes Azam Baki ditutup atau disenyapkan sahaja ( sila lihat lampiran )
20. Tidak
salah malah saya bersetuju SPRM siasat sahaja TANPA
PILIH KASIH DAN BULU termasuk Hakim Nazlan Ghazali
tetapi dalam masa sama SPRM dan Kerajaan 'Keluarga
Malaysia' sepatutnya menggambil tindakan juga terhadap Azam
dan Pegawai yang rasuah dan tidak bermoral
21. Semoga rakyat
khususnya pengundi di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor atau dimana - mana
Kawasan berhati - hati agar TIDAK TERTIPU dengan 'Hantu
Raya' ini ; beliau akan lakukan apa sahaja termasuk berketubah atau
mendeklarasikan sajak
22. INGAT
'HANTU RAYA' INI PANDAI BERPURA - PURA
Wassalam
Terima Kasih
TAMBRIN TUN
GHAFAR