Anak kepada Zahid Hamidi, Presiden UMNO, Nurulhidayah Hamidi, telah merosakkan usaha
pemerkasaan wanita apabila dia mengatakan yang golongan wanita tidak dilahirkan untuk menjadi
pemimpin. Kita pernah pun ada seorang Timbalan Perdana Menteri wanita, dan sepatutnya
tidaklah terlalu sukar untuk kita mempunyai seorang Perdana Menteri wanita. Rakyat Malaysia
perlu berusaha untuk memecahkan siling kaca ini dengan memilih seorang Perdana Menteri
wanita.
Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, India, Nepal, Taiwan, Sri Lanka, Tanzania, Argentina,
Greece, Finland, Ireland, Iceland dan Brazil adalah antara negara yang sudah mempunyai
Presiden wanita manakala India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turki manakala Thailand,
Australia, New Zealand, United Kingdom, Perancis, Belgium, Israel, Tunisia, Norway, Kanada,
Sweden, Finland, Denmark, Ireland, Iceland, Lithuania, Poland dan Portugal adalah antara negara
yang pernah memilih Perdana Menteri wanita.
Jerman pernah melantik seorang Canselor wanita mana Ratu Elizabeth kini sedang meraikan jubli platinum sempena 70 tahun berada di atas takhta sebagai Ratu United Kingdom.
Nurulhidayah berhasrat untuk mengundurkan kemajuan ini tetapi dia perlu diingatkan kepada kata-kata Perdana Menteri wanita pertama Israel, Golda Meir:
“Sama ada wanita itu lebih baik daripada lelaki, saya tidak boleh katakan – tetapi saya boleh katakan mereka pastinya tidak lebih teruk.”
Nurulhidayah perlu ingat yang kita kini berada di dalam era pemerkasaan wanita, dengan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana binti Yusuf kedua-duanya wanita, dengan tujuh orang lagi hakim wanita daripada dua belas orang hakim Mahkamah Persekutuan.
LIM KIT SIANG
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.