TERKINI- Enam bekas MP Bersatu jadi wakil Bebas, tidak boleh sertai mana-mana parti



Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, menegaskan keenam-enam mereka akan terus berkhidmat di kawasan masing-masing sebagai ahli parlimen bebas. Malah katanya, peruntukan 49(A) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas iaitu mereka tidak boleh menyertai parti lain kerana ia akan menyebabkan kedudukan mereka terbatal. Suhaili berkata ini adalah salah satu usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasan mereka kerana katanya setelah hampir setahun tiada maklum balas oleh presiden parti Bersatu itu terhadap rayuan permohonan peruntukan yang telah dikemukakan oleh mereka berenam.







No comments: