Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menasihatkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad supaya baca dan meneliti dahulu ucapan Menteri sebelum bertanya soalan.
Ahmad Amzad sebelum itu menimbulkan persoalan sama ada geran untuk usahawan bumiputra sudah dihentikan.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, kerajaan masih meneruskan geran kepada bumiputra tetapi dikelaskan mengikut kumpulan penerima-penerima.