SAJA DI NAK BUAT QAMAI



Nazri Hamdan


 YB Syed Saddiq dah puas kena troll dengan netizen. Tapi saya tak nak tambah perisa. Saya rasa nak bagi pandangan dengan adil.


Pertama, saya rasa apa yang beliau cuba buat ialah nak jadi fitness icon especially di kalangan orang muda.


Ini adalah strategi tarik perhatian. Imej beliau dah calar sejak keputusan mahkamah jatuh hukum kena sebat. 


Jadi dengan buat benda ni, boleh tenggelamkan sikit cerita mahkamah. Positifkan balik keadaan.


Pada saya tak salah promote fitness. Benda ni bagus. Kita sihat tak payah apply medical card kah kah kah. Medical inflation cost pun dah makin gila kat Malaysia ni.


Cuma apa yang berlaku pada triathlon tu membuatkan orang mula persoal integriti beliau especially pasal larian 200km tu.


Saya bukan atlet. Tapi kalau betul dia lari 200km dan lepas tu selang beberapa hari dia masuk pula triathlon memang power stamina dia. Tu pun kalau betul lah dia lari 200km. Jangan marah, cuma terkejut dengan kuasa stamina dia.


Geng-geng lahir 1980an mesti ingat citer The Six Million Dollar Man. Haa.. macam tu la power stamina dia.


Kenapa soal larian 200km ni penting? Jangan lupa sebab tu lah dia dapat kutip RM 160 ribu. Tu bukan sahaja duit. Itu adalah nilai kepercayaan orang.


YB SS cakap dia tak tipu masa triathlon tu. Tapi berlaku kesilapan di pihak dia. Tipu dan silap ni dua benda berbeza. Tipu sengaja. Silap tak sengaja.


Soal tipu ni saya tau kenapa. Sebab lepas acara triathlon tu YB Exco Belia dan Sukan Johor ada cakap dia nak penganjur senarai hitam mana-mana peserta yang menipu. Tu yang datangnya soal tipu.


Samaada YB SS tipu atau tak, I shall give him the benefit of the doubt. Dia pun dah explain macam mana dia silap. Takpelah YB, kita manusia memang selalu buat silap.


Cuma, saya rasa baik YB SS buat permohonan maaf juga pada the real third place winner pada haritu. Nama dia pun dah keluar dan dah tahu siapa dia. Apa salah minta maaf pada dia, belanja dia makan mee bandung Muar ke apa.


Sebab tempat dia kena rampas pada hari tu dengan YB SS. Dia sepatutnya naik podium bukan YB. Dia yang patut tayang gambar dia kat IG dan dapat like banyak bukan YB.


Apa pun terima kasih YB SS kerana mempromosi fitness. Semoga ada ramai orang bersemangat nak bersenam lepas ni.


Tahniah juga kepada Ann Pow seorang influencer yang menang acara wanita.



No comments: