Oleh: Helmi Mohd Foad
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkaitan menghantar laporan
berhubung masalah bekalan air yang masih berlarutan di Universiti Malaysia
Sabah (UMS) meskipun sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta
tahun lepas bagi tujuan tersebut.
Perdana Menteri berkata beliau mendapat tahu mengenai masalah itu
di media sosial sebelum merujuk perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semalam.
“Saya nak dapat laporan, mungkin KSP (Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican) boleh tanya ketua setiausaha
kementerian berkenaan. Apa berlaku sejak kelulusan saya dan tindakan yang
diambil oleh kementerian dan universiti,” katanya ketika berucap dalam
perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya tidak faham
mengapa projek itu mengambil masa dan enggan menghukum kepada mana-mana pihak.
"Saya minta laporan teliti apa jadi sejak Menteri Kewangan
luluskan peruntukan segera untuk selesaikan masalah air di universiti
itu," kata beliau yang juga Menteri Kewangan," katanya.
Pada 31 Mei tahun lalu, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan
RM3 juta kepada UMS bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air.
Semalam, Zambry ketika melawat UMS turut mengumumkan peruntukan
tambahan RM2 juta kepada universiti tersebut sebagai penyelesaian jangka pendek
dan panjang agar masalah bekalan boleh diatasi segera.