MOHD MUKHLID MOHD SYARIF
Saya agak malas nak menulis sebab tak ada apa-apa yang mampu
mengubah scenario politik Malaysia sampai PRU15 nanti. Tapi saya tertarik untuk
mengulas penulisan seorang pentaksub OT yang cuba membuat naratif buruk tentang
Anwar.
Dia bersangka buruk dengan kata kalau Anwar jadi PM, Anwar akan
deal dengan Zahid dan Najib untuk membebaskan mereka. Dulu SSST dari utara pun
buat fitnah yang sama, siap tuduh Anwar rakus tapi hari ini Allah telah hinakan
diri dia sendiri bila segala tuduhan yang dia tuduh berbalik pada diri sendiri.
Hari ini bila SSST bersuara sikit sahaja dalam FB terus penuh kecaman dan
hinaan. Begitulah balasan Allah bagi mereka yang menjual ayat Allah demi habuan
dunia.
Bagi saya kalau Anwar itu korup dan sanggup tunduk pada kuasa,
dia boleh sahaja jadi PM tahun lepas, tapi sampai sekarang masih lagi berpegang
pada prinsip.
Dia sengaja buat sentimen ini sebab nak pressure Zahid resign
atau buat pemilihan UMNO. Jadi bila ini terjadi dapat la depa hijack UMNO
dengan install puppet H20 atau Nuar Muso. Inilah perancangan magnum opus mereka
dari dulu tapi pandai cover sebab ada boneka yang tolong laksana.
Yang jenis tunggang prinsip demi matlamat ialah OT. Siapa yang
trigger krisis kehakiman 1988 sampai Tun Salleh Abbas di anayai? Adakah Anwar
yang tunggang institusi kehakiman atau OT?
Dalam politik, hanya 2 orang saya doa semoga terus panjang umur
dan lihat kerosakan yang mereka lakukan selama ini. Kedua-kedua mereka ini
menpunyai trait yang sama, narsisistik, perasan maksum, pengikut yang taksub ,
tak pernah mengaku salah dan tak pernah minta maaf atas kesalahan.
Dan bagi orang yang nasisistik macam ini, menjadi tidak releven
adalah satu benda yang paling mereka takut sebab itu mereka cuba buat
kontroversi untuk tarik perhatian. Yang satu itu kerjanya hanya melaga-laga kan
orang lain untuk dapat sokongan, pendek cerita politik kebencian. Dia laga
antara kaum untuk dapat sokongan Melayu dan sorang lagi laga agama untuk dapat
sokongan Muslim.
Tapi ada baiknya bila dia tuduh DAP exterimis baru LGE nampak
perangai sebenar dia. Dia tuduh macam itu untuk dapat sokongan Melayu, tapi
bila ada kuasa dia sendiri yang hina Melayu dengan kata orang Melayu malas dan
jangan harap bantuan kerajaan.
Bila LGE dah tulis macam itu, nampaknya DAP akan terus kukuh
bersama PH dan ini amat penting, sebab itu ketetapan Port Dickson penting untuk
PH move forward. Yang paling penting point no 1 ialah melantik Anwar sebagai
calon PM.
Siapa yang nak join PH masih terbuka tapi kena ikut semangat
reform dan ketetapan rakyat. ( baca kalau UMNO, Warisan atau nak Pejuang nak
bersama boleh tapi kena ikut semangat reform otherwise you can go fly kite).
Kluster Mahkamah ni hanya sentimen yang di cipta oleh OT bila orang
tu tak nak sokong dia. Zaman Zahid jumpa dia kat rumah waktu langkah Sheraton,
tak pula da sebut kluster mahkamah. Bila orang tu tak sokong dia terus label
kluster Mahkamah.
Sebab itu trait dia sama dengan Pawang Buaya. Bila dia kafirkan
UMNO dulu, dia guna ayat jangan bersama dengan orang zalim. Bila dia bersama
dengan UMNO dia guna ayat orang beriman kena bersama.
Pastu bila tulis Mahidin tak cakap dia tak sentuh kes mahkamah,
rasa geli pula baca. Kes Takiri, Kes Musa Aman, kes Tender Air Suam semuanya
NFA. Ini tak ada beza dengan OT. Zaman OT kes lebai 90 juta pun senyap sebab
lebai tunduk bagi sokongan sampai habis penggal.
Pastu sempat lagi bermain sentimen kes liwat ( sungguh low
class) padahal semua orang tahu kes liwat itu hanyalah tuduhan politik sebab
Anwar tak nak succumb dengan kehendak OT. Itu yang Tun Musa echo, kalau dia
lawan OT dia pun akan kena tuduhan seks juga.
Gutter politik ini semuanya berpunca dari OT. Jenis matlamat
menghalalkan cara. Itu yang Mahidin ikut. Tunggang semua institusi sama macam
OT buat. Bila tak jalan depa main isu dalam kain.
Harapan saya tak banyak PRU15. Kalau PH menang jadi kerajaan
adalah satu bonus. Paling penting jatuhkan PN dan pengkhianat, dari geng kitul,
bersatu dan juga mastermind PN. Lepas itu kita akan lihat sekor2 menteri PN ini
akan beratur jadi kluster mahkamah; dan paling manis kalau di ketuai oleh
Palpatine jika dia panjang umur.