Aman Muhammad.
a) Perkara asas pertama: 11 Undang-undang syariah Kelantan yang baru sahaja diluluskan bukanlah undang-undang Tuhan, ia adalah ciptaan manusia, atau patut kata ciptaan PAS, pastu letak label syariah padanya.
b) Bermakna ia bukan bertaraf hukum Tuhan yang wajib disokong, ia cuma hukum ciptaan PAS sahaja. Boleh disokong dan juga boleh dibantah atau dicabar.
c) Oleh kerana ia bukan hukum Tuhan, maka siapa lawan bukanlah bererti melawan Tuhan, atau melawan Islam. Tidak menjadi kafir pun kalau tolak undang-undang ciptaan PAS yang diberi label syariah ini.
d) Jadi, apa sebenarnya isu ini?
e) Perkara asas kedua ialah: Setiap ahli politik perlu tahu bahawa undang-undang negeri tidak boleh bercanggah dan bertindih dengan undang-undang Pusat. Ini ialah basic 101 bagi sesiapa yang nak jadi ahli politik.
f) PAS dah lama berkecimpung dalam dunia politik, maka PAS memang sudah tahu bahawa undang-undang negeri memang tidak boleh bercanggah atau bertindih dengan undang-undang pusat.
g) Jika ada undangu-undang negeri yang bercanggah atau bertindih dengan undang-undang pusat, secara automatik undang-undang negeri itu dianggap tidak sah dan terbatal.
h) Namun, PAS sengaja tidak hiraukan benda tu, dan PAS sengaja meluluskan undang-undang ciptaan PAS yang memang sudah ada dalam undang-undang pusat.
i) Dengan kata lain, PAS sengaja nak cipta naratif seolah-olah undang-undang pusat lebih tinggi daripada undang-undang Tuhan, walhal yang diluluskan oleh PAS bukan undang-undang Tuhan pun, tapi undang-undang ciptaan PAS yang disembah sebagai undang-undang Tuhan.
j) Pada tahun 2024, undang-undang ciptaan PAS ini pernah dicabar kerana bertindih dengan undang-undang Pusat.
k) Tapi PAS taknak belajar daripada kesilapan, PAS ulangi kerja jahat mereka iaitu membuat undang-undang yang sama dengan kerajaan pusat lalu namakan ia sebagai undang-undang syariah negeri.
l) Bagi walaun yang bodoh dan tidak faham undang-undang, walaun akan anggap sesiapa sahaja yang lawan undang-undang ciptaan PAS wajib dianggap melawan Islam. Apa boleh buat sebab walaun memang bodoh dan tidak mahu belajar. Kalau cerdik memang tidak akan jadi walaun.
Kesimpulan.
Apa yang PAS mahu daripada tindakan sebegini, ialah naratif "siapa lawan PAS bererti lawan Islam" atau "siapa lawan undang-undang syariah Kelantan bererti lawan hukum Tuhan". Walhal apa yang dilakukan oleh PAS bukan kerja Islam pun, tapi merosakkan ummah dengan pemahaman songsang kononnya undang-undang ciptaan PAS dianggap sebagia hukum Tuhan.
Semoga Allah memberikan azab yang pedih kepada semua pemimpin PAS dan penyokong PAS yang menyokong kejahatan ini.
:)

No comments:
Post a Comment