SEKOLAH DI SABAH DAN SARAWAK MACAM MANA ? TEMBERANG YA..???
Sekolah daif di Sarawak berpuluh tahun tak ada tindakan
langsung. Malah projek solar pun jadi penjana income untuk pemimpin UMNO.
Sekarang ni UMNO cakap nak perkenalkan sistem pendidikan tanpa
buku teks? Berapa banyak pulak komisen pemimpin UMNO dapat dari edaran laptop
itu nanti?
Kipas sekolah rosak pun tak mampu nak baiki. Sampai ibu bapa
beli stand fan sebab kesiankan anak mereka kepanasan. Lagi nak cerita besar.
UMNO memerintah berpuluh tahun, banyak isu yang timbul tapi tak
pernah diselesaikan. PH memerintah cuma 22 bulan, isu sekolah daif di Sarawak,
isu sambungan internet di sekolah, laju je selesai.
Begitu hakikatnya UMNO. Cerita memang gempak. Tapi bila dah
dapat kuasa, rakyat dicampak. Siapa komplen, diambil tindakan. Dah macam Korea
Utara dah. Nak sokong BN juga lagi? Guane boh?
.
ROH YANG DAH HANYUT
RIZAL RODZUAN
Roh pejuang adib,
ruu355, hudud, aurat sterwardess, sekolah cina, dong zong dsb tu akan bangkit
kembali masa nak PRU nanti..
KISAH FITNAH TERHADAP MAZSLEE MALIK
Kecoh cerita ni sekarang. Boleh pulak interview orang lain tapi
dakwa orang itu ibu Dr. Maszlee. Nak cipta persepsi ibu Dr. Maszlee sokong BN
ke tu?
Ada yang kata typo. Patut Dr. Mazri tapi tersalah jadi Dr.
Maszlee. Mungkin juga tapi kalau dah salah tu perbetulkanlah. Buat video mohon
maaf. Kalau diam bermakna sengaja cipta persepsi salah la tu.
Terdesak sangat pihak lawan ni. Macam tu sekali usaha nak
jatuhkan reputasi orang. Usaha tingkat kualiti hidup rakyat tak pula dibuat.
Ajak debat pun takut. Sebab tu rakyat mesti tolak BN. Guane boh?
MUHYIDDIN DAN PN TELAH GAGAL SELAMA 18 BULAN, PIMPINAN BERSATU TERPALIT DENGAN SKANDAL PERTAHANAN
Saya meneliti pelancaran manifesto Perikatan Nasional (PN) oleh
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Modal utama PN yang cuba disampaikan oleh
Muhyiddin semalam berkisar kepada beberapa perkara sahaja:
1. Tawaran-tawaran populis sebagai gula-gula pilihanraya untuk
memikat pengundi muda seperti pengurangan bayaran PTPTN kepada kumpulan sasar
yang lebih besar
2. Rekod penyelewengan PN yang dikatakan lebih bersih dari BN
dan PH
Sebagai Pengarah Pilihanraya dan jurucakap kempen PRU15 bagi
pihak KEADILAN, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi reaksi awal
kepada manifesto PN semalam. Saya yakin kepincangan-kepincangan pentadbiran PN
selama 18 bulan dan tawaran manifesto akan terus mendapat perhatian rakyat
sepanjang tempoh berkempen dua minggu ini.
Bidasan awal saya pada hari ini mencakupi perkara-perkara
berikut:
PERTAMA: REKOD PENTADBIRAN PN YANG GAGAL SELAMA 18 BULAN
Pentadbiran Muhyiddin dan PN akan diingati kerana memecahkan
beberapa rekod dalam sejarah negara kita.
Ia pentadbiran seorang Perdana Menteri yang paling pendek dalam
sejarah negara iaitu 18 bulan.
PN juga ditubuhkan atas pengkhianatan wakil-wakil rakyat PH dan
BN yang memesongkan mandat rakyat dalam PRU14 demi jawatan dalam kerajaan.
Hasilnya adalah sebuah kerajaan persekutuan yang tidak stabil kerana
mengumpulkan kembali musuh-musuh politik yang berpecah belah dari UMNO, BERSATU
dan PAS tetapi duduk dalam satu kerajaan demi jawatan.
Sebab itu, tempoh pentadbiran 18 bulan PN diingati dalam lipatan
sejarah negara sebagai tempoh yang paling sengsara dan paling tidak stabil.
Di bawah pentadbiran Muhyiddin dan PN sebagai Perdana Menteri,
rakyat melalui dua tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang yang
memusnahkan ekonomi rakyat biasa.
Tindakan-tindakan itu tidak pula berjaya menguruskan wabak
Covid-19 dengan baik apabila negara mencatatkan 4.92 juta kes dan kematian 36,
482 orang (yang memuncak semasa PN mentadbir negara). Ini adalah rekod kematian
yang paling tinggi yang berpunca dari satu wabak yang pernah dicatatkan dalam
sejarah negara kita.
Kegagalan menguruskan wabak Covid-19 juga meninggalkan kesan
ekonomi yang berpanjangan yang memusnahkan kehidupan rakyat terbanyak. Tempoh
sengsara itu akan diingati selama-lamanya dengan peristiwa #BenderaPutih
dan #KitaJagaKita
apabila rakyat terpaksa bantu-membantu dalam serba kekurangan untuk meringankan
beban golongan termiskin.
Pentadbiran Muhyiddin dicemarkan lagi apabila beliau menggunakan
darurat untuk kekal berkuasa. Ia satu lagi rekod penggunaan darurat semasa aman
yang terpanjang dalam negara kita sehingga menimbulkan kenyataan-kenyataan yang
dilihat bercanggah dengan institusi raja-raja.
Muhyiddin akhirnya terpaksa meletakkan jawatan di kala jumlah kematian
rakyat akibat Covid-19 semakin memuncak.
KEDUA: TAWARAN DALAM MANIFESTO TIDAK DILAKSANAKAN SEMASA MENJADI
KERAJAAN
Antara tawaran-tawaran populis adalah potongan pembayaran balik
PTPTN kepada golongan sasaran yang lebih besar iaitu termasuk peminjam yang
tidak mendapat ijazah kelas pertama.
Muhyiddin dan PN lupa bahawa sejak 2018, BERSATU dan PN mengawal
hala tuju dan pentadbiran PTPTN sepenuhnya melalui pemimpin kanan BERSATU iaitu
Wan Saiful Wan Jan. Beliau adalah antara lantikan politik dari BERSATU yang
pertama sebagai Pengerusi PTPTN.
Sepanjang empat tahun memimpin PTPTN, tidak ada satu
penyelesaian menyeluruh yang dibawa Wan Saiful untuk menangani kemelut
pembiayaan pendidikan tinggi negara. Akibat pentadbirannya yang lemah, PTPTN
menjadi bahan kritikan rakyat yang hebat.
Logiknya, sebarang tawaran yang hendak dibuat mengenai PTPTN
boleh dibuat serta merta dahulu semasa PN menduduki kerusi Perdana Menteri dan
Pengerusi PTPTN.
Ia tidak berlaku.
Sebab itu, adalah menjadi kebodohan untuk cuba memikat hati
rakyat sekali lagi mengenai tawaran-tawaran PTPTN kerana peluang keemasan itu
telah diberikan kepada PN selama empat tahun.
Mereka gagal sebelum ini dan mereka akan gagal jika mereka dekat
dengan PTPTN sekali lagi.
Lebih-lebih lagi apabila tawaran-tawaran itu tidak dibuktikan
dapat dilaksanakan dalam keadaan kekangan kewangan yang ada. Sekarang pun,
PTPTN terpaksa meminjam dari institusi kewangan swasta pada kadar komersial dan
memberi pinjaman pada kadar yang lebih rendah, tanpa berjaya mengutip pinjaman
sepenuhnya. Ia menyebabkan kedudukan kewangan PTPTN semakin pincang setiap
tahun.
Jika sekarang pun PTPTN tidak mampu mempunyai aliran tunai yang
stabil, bagaimana pula ia boleh berbelanja lebih banyak untuk memberi pelepasan
pinjaman kepada golongan yang lebih besar.
KETIGA: PIMPINAN BERSATU/PN TERPALIT DENGAN SKANDAL BESAR NEGARA
Sehingga kini, Muhyiddin dan PN tidak pun menafikan keterlibatan
pimpinan-pimpinan kanannya dalam skandal-skandal mutakhir negara.
Umum mengetahui bahawa Latiff Ahmad, bekas menteri BERSATU
adalah tokoh politik yang dinamakan di dalam laporan audit forensik mengenai
kelewatan projek LCS.
Syarikat Alizes Marine Ltd, sebuah syarikat palsu yang dinamakan
terlibat menyeleweng sehingga lebih RM200 juta peruntukan projek-projek
pertahanan laut negara adalah syarikat yang dikaitkan dengan Latiff Ahmad.
Sehingga kini, BERSATU tidak memberi sebarang penjelasan atau
menafikan perkara ini. Latiff Ahmad pula tidak menyaman saya kecuali membuat
satu laporan polis. Tindakan BERSATU seolah-olah mahu perkara ini dilupakan
begitu sahaja oleh rakyat.
Dalam tempoh berkempen ini, saya akan tunjukkan pula bagaimana
seorang lagi pimpinan kanan BERSATU, Ikmal Hisham Abdul Aziz (bekas Timbalan
Menteri Pertahanan) terpalit dengan kontroversi perbekalan meriam artileri
(self-propelled Howitzer, SPH) yang turut menjadi isu besar di kalangan
pengurusan angkatan tentera.
Sehingga kini juga, Muhyiddin dan PN tidak berjaya menangkis
bukti-bukti yang telah ditunjukkan setakat ini.
Sebab itu, Muhyiddin dan PN adalah golongan terakhir yang boleh
mendabik dada kononnya mereka bersih. Semasa KEADILAN mengambil langkah berani
mengisytiharkan harta, tidak ada seorang pun pemimpin dari BERSATU yang berani
mengisytiharkan harta sedangkan pandangan umum rakyat ialah ahli politik yang
tidak berani mengisytiharkan harta ada sesuatu yang disembunyikan.
Saya menyeru supaya pengundi-pengundi tidak lupa rekod kegagalan
pentadbiran Muhyiddin dan PN selama 18 bulan.
Walaupun tempoh 18 bulan itu bunyinya pendek, ia adalah tempoh
yang paling sengsara yang mengakibatkan kematian yang paling tinggi dalam
sejarah negara kita.
Memberikan undi kepada PN samalah seperti kita mengundang
kembali pengalaman sengsara 18 bulan itu.
RAFIZI RAMLI
SEKARANG PAS AMBIL ALIH
IBRAHIM MAT ISA
Dulu UMNO juara tiup api perkauman. Sekarang UMNO dah tak buat
macam tu.
PAS pulak jadi pengganti duk pembohong orang bahawa DAP komunis,
Anwar sokong LGBT, orang Melayu akan hilang kuasa bila DAP perintah, agama
Islam tergugat dan sebagainya..
Ahh penin la PAS ni..
PENGALAMAN DAP KUASAI PENANG
IBRAHIM MAT ISA
Nota pengalaman:
Dulu masa LGE baru jadi ketua menteri di Penang, tiap minggu
puak UMNO demo depan ofis sampai ada kiriman kek bentuk taik lagi! Sekarang
UMNO dah nyawa ikan di sana.
Kebisingan bahawa DAP itu parti jahat, najis atau komunis tak
ada dah kerana urus tadbir yang baik dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dan
Pakatan Harapan. Puak yang kuat berdemo dulu pun entah hidup lagi ke tidak.
Dulu banyak masjid di Penang berkeadaan dhaif dan sederhana.
Pembangunannya lambat kerana harapkan infak dari orang. Lantas, itu yang dipertingkatkan.
Aku masih ingat, di Penang lah permulaan masjid diimarahkan,
dipasang air-conditioning dan kipas heli agar jemaah beribadah jadi nyaman.
Di Penang kini hanya tinggal DUA sahaja kerusi parlimen oleh
parti selain PH iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Semoga ada wakil PH yang
berjaya mengalahkan parti BN di kawasan itu.
Dari segi pembangunan, tak perlu ditanya. Pi saja ke Penang dan
anda boleh lihat langsung. Memang persaingan kehidupan sangat sengit seperti
harga properties yang tinggi, peluang pekerjaan yang sangat memerlukan
kepandaian dan kecekapan sebagai pilihan utama, tapi itu semua berjaya memberi
pengalaman dan mencerdikkan penduduk Penang sendiri.
Kenyataan aku ini bukan mempertuhankan DAP atau PH atau makhluk
pemimpin, tapi harus diingat bahawa kesilapan memilih pemimpin boleh
menyebabkan rakyat menanggung susah, jurang kaya miskin jadi besar dan taraf
hidup lambat dinikmati sementara apa yang tinggal tidak berharga.
Memang perkelahian semasa kempen sangat tidak logik sehingga
timbul isu fitnah, kata mengata, maki hamun pun hebat dan claim bahawa parti
merekalah yang hebat.
Yang terpenting, rujuk balik ke fakta. Lihat pencapaian
pentadbiran parti mereka. Kalau ada yang tidak kena, kita kritik supaya
diperbetulkan semula. Pemimpin pula jangan sombong tapi harus down to earth
kepada rakyat terbanyak.
Yang sangat utama, pemimpin jangan rasuah!
Seperti kata Ustaz Dr Danial Zainal Abidin, Malaysia sedang
sakit kerana ramainya pemimpin yang rasuah. Cara ubati sakit Malaysia ini
ialah, kita campakkan jauh-jauh puak dari parti yang rasuah itu. Undilah
Pakatan Harapan. Boleh? Tentu saja #kitaboleh
Kalau hangpa ada idea nak tulis negeri lain, silakan.
HAAAA...TUAN BRAHIM...SILA TENGOK INI. PENAFIAN MUDAH TUAN IBRAHIM TIDAK MENJAWAB ISU SYARIKAT KRONI MEMBOLOT PROJEK INFRASTRUKTUR KERAJAAN
Dari Rafizi Ramli
9 November 2022
PENAFIAN MUDAH TUAN IBRAHIM TIDAK MENJAWAB ISU SYARIKAT KRONI
MEMBOLOT PROJEK INFRASTRUKTUR KERAJAAN
(dokumen penuh di https://rafiziramli.com/.../penafian-mudah-tuan-ibrahim.../)
Setakat ini, reaksi Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan
Ibrahim Tuan Man hanyalah membuat penafian mudah bahawa kementeriannya belum
lagi menganugerahkan projek tebatan banjir Langat yang berjumlah RM2 bilion
secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn. Bhd.
Saya memang menyebut projek ini belum dianugerahkan. Tujuan saya
membawa isu ini sekarang ialah kerana perbincangan dan proses itu sedang
berjalan dan ada usaha untuk menganugerahkan projek itu dalam masa kerajaan
caretaker yang melanggar undang-undang.
Untuk memudahkan Tuan Ibrahim memberi jawapan yang lebih
bertanggungjawab dan telus, saya boleh bantu beliau dengan menggariskan
soalan-soalan pokok yang perlu beliau jawab:
1. Beliau bertanggungjawab melantik Mangkubumi menjadi
kontraktor projek tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal pada jumlah RM578.6
juta di bawah program Jana Wibawa sedangkan Mangkubumi sudah pun mengendalikan
beberapa projek besar di bawah kementerian beliau yang berjumlah berbilion
ringgit.
Saya sertakan Surat Setuju Terima (SST) yang ditandatangani
sendiri oleh beliau untuk projek ini.
2. Tuan Ibrahim tidak menafikan bahawa dokumen yang
menyenaraikan dua projek besar melibatkan Mangkubumi (projek tebatan banjir
Krubong berjumlah RM578.6 juta dan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2
berjumlah RM2 bilion) adalah dokumen kerajaan yang ada dalam rekod kementerian
beliau sendiri.
3. Tuan Ibrahim tidak menjelaskan bahawa senarai dua projek itu
serta catatannya (yang menyatakan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2
diuruskan secara rundingan terus) adalah cabutan dari dokumen rasmi kerajaan
yang melibatkan kementerian beliau.
Kegagalan Tuan Ibrahim mengulas mengenai tiga perkara ini
mengesahkan perkara-perkara berikut:
i. Bahawa proses dalaman kementerian beliau dan Kementerian
Kewangan memang menyenarai pendek Mangkubumi (setakat ini) sebagai kontraktor
projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang berjumlah RM2 bilion
ii. Bahawa proses dalaman kementerian beliau dan Kementerian
Kewangan memang mengesyorkan agar Mangkubumi dilantik secara rundingan terus
tanpa tender terbuka
Saya persoalkan perkara ini kerana adalah satu kerugian besar
kepada rakyat apabila projek-projek besar di bawah kementerian beliau terus
diberikan kepada sebuah syarikat yang jelas ada kaitan yang rapat dengan
pimpinan UMNO dan pernah menjadi kes mahkamah kerana terbabit dengan kes
penggubahan wang haram sebanyak RM139 juta yang dipindahkan kepada Azeez Rahim,
seorang pemimpin UMNO yang mempunyai rekod penyelewengan yang buruk.
Jika pun Mangkubumi tidak terpalit dengan kes-kes jenayah
komersial sebelum ini, syarikat itu telah pun mendapat jumlah projek yang begitu
tinggi dari kementerian yang dikepalai Tuan Ibrahim, iaitu:
i. Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan
Di Papan, Daerah Kinta, Perak-Pakej 1 : Network (Reka & Bina) (No. Kontrak
: KeTTHA/JPP/PAPAN 1/RMK10/15/K11) berjumlah RM828 juta seperti yang diumumkan
KASA di capaian https://www.jpp.gov.my/pemlojirawatan9/
ii. Pakej D47-Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan Di Kawasan
Petaling Jaya (Utara), (Reka & Bina) (No Kontrak: KeTTHA/JPP/D47/GKL/NR/13/K6)
berjumlah RM277 juta seperti yang diumumkan KASA di capaian https://www.jpp.gov.my/kerja-kerja-penyambungan-1/
iii. Melalui satu lagi syarikat yang dikawal oleh pemilik
Mangkubumi, iaitu Pintas Utama Sdn Bhd, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan
Rangkaian Paip Pembetungan Di Papan, Daerah Kinta, Perak - Pakej 3: Other
Network (Reka & Bina) berjumlah RM780 juta seperti yang diumumkan KASA di
capaian https://www.jpp.gov.my/pemlojirawatan10/
Maknanya, dalam tempoh enam tahun, KASA telah menganugerahkan
projek bernilai lebih RM2.3 bilion kepada satu orang sahaja melalui
syarikat-syarikat yang dikawal Zainuddin Karjan.
Lebih teruk lagi, Mangkubumi juga telah menerima teguran secara
rasmi dari Ketua Audit Negara atas prestasi kerjanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2016 mengkritik prestasi kerja
Mangkubumi dalam satu projek di bawah JKR di muka surat 22 ke 23 (yang
diterangkan dengan lebih terperinci di muka surat 112 hingga 128) yang
melibatkan kelewatan projek yang dianugerahkan.
Secara logiknya, dengan semua maklumat ini, sewajarnya sebuah
syarikat seperti Mangkubumi tidak lagi dilantik untuk projek-projek besar
kerajaan (kalau pun tidak disenaraihitam).
Sekiranya Tuan Ibrahim menjalankan tugas dengan lebih
berhati-hati, syarikat-syarikat kroni yang bermasalah seperti ini tidak patut
pun dipertimbangkan sehinggalah semua projek sedia ada disiapkan dengan baik.
Sebab itu, apabila proses dalaman KASA dan Kementerian Kewangan
telah sampai ke peringkat mempertimbang untuk melantik Mangkubumi secara
rundingan terus untuk satu projek bernilai RM2 bilion, ia menunjukkan kegagalan
Tuan Ibrahim sebagai menteri untuk mengawal selia perbelanjaan di bawah
kementeriannya.
Ini tidak mengejutkan kerana rekod beliau dan PAS dalam hal
ehwal kewangan dan pentadbiran begitu buruk.
Semasa skandal 1MDB memuncak, beliaulah yang telah menyucikan
skandal 1MDB dengan mengumumkan beliau berpuas hati dengan penjelasan CEO 1MDB
ketika itu.
Saya berharap calon Menteri Besar Pahang dari PN ini memahami
bahawa tanggungjawab menjadi seorang menteri dalam menjaga wang rakyat adalah
lebih besar, bukannya dengan hanya melepas tangan dan menuding jari kepada
kakitangan kerajaan (dengan memberi alasan semua proses dalaman telah dipatuhi)
apabila kontroversi begini berlaku.
RAFIZI RAMLI
DULU KATA KE GANG JEBON
Zaman sebelum geng
jebon keluar, puak ni yang kuat kecam munapik haraki bagai.. La ni depa buat
sama.. mungkin depa buat dapat syurga pas kut
PENGAKUAN TERBUKA MAHU JADI PERDANA MENTERI, KJ TEMPAH KEKALAHAN?
Rasanya Khairy Jamaluddin atau KJ adalah pemimpin UMNO yang pertama mengaku secara terbuka dirinya mahu jadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, walaupun seseorang pemimpin UMNO itu memang diketahui sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri atau berkedudukan makin hampir dengan kerusi tersebut, tetapi tidak pernah ada yang secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.
Secara umumnya mereka masih berselindung atau malu-malu untuk mengakui mahu jadi Perdana Menteri.
Ini kerana risiko membuat pengakuan itu boleh menjadi senjata yang menikam karier sendiri akhirnya.
Pak Lah atau Tun Abdullah Badawi ketika sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak pernah secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.
Beliau ketika itu tetap menjadi timbalan yang setia kepada Tun Mahathir Mohamad sehinggalah diserahkan jawatan itu kepadanya pada 2003.
Begitu juga dengan semua Perdana Menteri yang lain, sebelum sampai ke jawatan Perdana Menteri, tidak pernah mereka secara terbuka meluahkan keinginan dalam hati terhadap jawatan tertinggi itu.
Ismail Sabri Yaakob, sebelum jadi Perdana Menteri, tidak pernah kita dengar ada mengakui secara terbuka mahu jadi Perdana Menteri.
Begitu juga dengan pemimpin lain seperti Hishammuddin Hussein misalnya, walau diketahui beliau ada cita-cita ke arah itu dan sentiasa pula berusaha meningkatkan kariernya dalam UMNO, tapi tidak pernah walau sekali pun mulutnya mengeluarkan kenyataan mahu jadi Perdana Menteri.
Lain benar nampaknya dengan KJ, belum pun memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden UMNO, bahkan beliau tiada apa-apa jawatan dalam hireaki parti ketika ini dan sedang berjuang untuk memegangi kerusi Sungai Buloh pada 19 November ini, luahan keinginan menjadi Perdana Menteri itu sudah pun diluahkannya secara terbuka.
“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti, kita pimpin Malaysia… Insya-Allah.
“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin UMNO.
“Satu hari nanti, saya mahu menjadi Perdana Menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu,” kata calon Barisan Nasional (BN) itu semasa ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi.
Tidak salah lagi tujuan KJ meluahkan keinginannya itu ialah agar pengundi Sungai Buloh tidak ragu-ragu untuk memberi kemenangan kepadanya pada pengundian 19 November nanti.
Mungkin ini senjata terakhirnya untuk memenangi kerusi Sungai Buloh memandangkan peluangnya untuk menang lagi masih samar berikutan majoriti kemenangan PKR di kerusi tersebut pada PRU14 lalu adalah lebih 26,000 undi.
Meskipun kedatangannya ke Sungai Buloh setelah diketepikan daripada Rembau setakat ini disambut baik oleh pengundi, tinjauan juga mendapati peluangnya untuk memang masih lagi 50-50.
Kelebihan pencabarnya, R Ramanan daripada PKR, selain beliau amat disenangi oleh penduduk tempatan, dua DUN dalam Parlimen Sungai Buloh iaitu Kota Damansara dan Paya Jaras memang sedia dalam genggaman PKR setelah memenangi pada PRU14 lalu.
Paya Jaras diwakili oleh Khairuddin Othman, manakala Adun Kota Damansara ialah Shatiri Mansor.
Melalui dua Adun berkenaan, usaha mendekati pengundi pasti lebih mudah bagi R Ramanan dan ini suatu kelebihan buatnya berbanding KJ.
Persoalan di sini, apakah dengan pengakuan secara terbuka mahu jadi Perdana Menteri itu boleh membawa keuntungan kepada KJ untuk memenangi kerusi Sungai Buloh?
Adakah pengundi Sungai Buloh boleh terpikat dengan perkara itu?
Atau mungkinkah, musuh dan pesaingnya dalam UMNO yang turut mengidam kerusi Perdana Menteri akan mula berusaha memastikan kekalahannya di Sungai Buloh ini? – ShahbudinHusin 09/11/2022.
TEDIAAAA....KITA DOAKAN KENA SAMAN SAMPAI TINGGAI TELOQ-
Anwar hantar notis kepada ketua PAS Perak berkait dakwaan LGBT.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan kepada Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaannya pada satu ceramah bahawa presiden PKR itu akan mempromosikan LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis.
Dalam surat yang dihantar semalam, Anwar memberi tempoh tujuh hari kepada bekas ADUN Gunung Semanggol itu untuk menjawab dan membayarnya RM5 juta kerana merosakkan reputasinya secara serius, beserta kos perundangan.
Beliau juga mahu Razman membuat permohonan maaf tanpa syarat dalam media pilihan Anwar, dan jaminan bertulis tidak akan mengulangi dakwaan itu dalam apa jua bentuk; jika gagal, prosiding undang-undang akan dimulakan terhadapnya.
“Dakwaan ini adalah prima facie, palsu, aneh dan tidak masuk akal. Ini dikira berniat jahat memburukkan reputasi (Anwar) ketika kempen pilihan raya umum sedang berlangsung,” menurut kandungan surat yang dihantar peguamnya SN Nair.
Dalam surat yang dilihat FMT, Nair berkata, Razman juga mendakwa jika orang Melayu mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna mereka menyerahkan kerajaan kepada DAP.
Beliau berkata, dakwaan dibuat oleh Razman, yang disiarkan di akaun Facebooknya dan kemudian diterbitkan oleh Malaysiakini, bermaksud atau membawa maksud tersirat, antara lainnya, bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, seorang penipu dan pengkhianat, serta bukan orang Islam yang baik dan bersifat munafik.
Anwar berkata, ini telah menyebabkan reputasinya rosak teruk kerana catatan Facebook Razman menarik lebih 43,500 tontonan, 1,000 komen, 3,100 reaksi dan 256 perkongsian pada masa surat tuntutan itu dihantar.
FMT telah menghubungi Razman untuk mendapatkan komen.
Minggu lepas, Anwar menghantar surat tuntutan yang sama kepada bekas ahli PKR Faizal Effendi Hasim kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya melalui akaun TikToknya @mr_ari11.
RENTASAN 1247 | KINI WUJUD USAHA LULUSKAN PROJEK BERBILION RINGGIT DENGA...
Ismail Sabri-BN Cuba Cari Helah Batal Pilihan Raya [07.11.2022]
Kisah Anwar Ibrahim Difilemkan- Farid Kamil Pegang Watak Utama, Acha Septriasa Jadi Wan Azizah
Media
sosial heboh memperkatakan mengenai penerbitan filem baharu yang melibatkan
kerjasama pelakon terkenal negara ini dan Indonesia.
Difahamkan,
Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai ahli politik disegani, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa
melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Berita
itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans
de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi
bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.
Farid
yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik
semula hantaran Acha yang pernah berlakon dalam filem Heart menerusi Insta,
story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan
tersebut.
Bulan
lalu, Farid yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram menyatakan
kecenderungan terhadap PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar selaku
Presiden parti.
Gambar
pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan
tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya,
selain mengenai industri perfileman negara.
Perkongsian
tersebut turut dimuat naik oleh calon Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang mewakili
PKR yang mendedahkan idea mengenai penghasilan filem tersebut sudah dilakukan
sejak 2018.
“Sebenarnya
selepas 2018, ada beberapa pihak bertemu saya tentang bahan ini (atas cadangan
pejabat Anwar sendiri). Ada yang nak buat dokumentari dan juga filem.
“Semoga
semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan Jalan Masih Panjang,” tulisnya di
Facebook.
Hantaran
yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna turut dihujani pujian
mengenai penghasilan filem biografi Anwar.
“Saat
filem Jokowi diputar di pawagam Indonesia pada 2013, saya dan isteri menonton
sehingga kami hampir menangis di beberapa adegan.
“Filem mampu membuat kesan begitu mendalam serta sangat emosional. Saya berharap filem biografi Anwar ini tidak hanya membuat kita menangis, tetapi menjadi fenomena,” tulis Emir Hamdy di Twitter. -CARI
Politik Malaysia politik dunia ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia
Politik Malaysia politik dunia ketiga
Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia
MASA UTK PERUBAHAN SEBENAR
Di negara luar seperti Parti Buruh di Britain yg dipimpin oleh
Jeremy Corbyn, telah melancarkan manifesto pilihanraya paling radikal. Parti
tersebut berjanji membawa perubahan transformatif utk rakyat Britain.
Termasuk juga mencabar golongan berkuasa yg mahakaya,
menyelamatkan sistem kesihatan daripada penswastaan dan berusaha utk menangani
krisis iklim dgn revolusi industri hijau.
Manifesto Parti Buruh yg bertemakan It’s Time for Real Change
ini dilancarkan utk menghadapi Pilihanraya. Itu cara berkempen negara maju.
Bagaimana di Malaysia?
Saya melihat perkembangan kempen PRU15 sungguh memalukan. Kenapa
saya kata begitu? Kita masih bicara soal halal haram.
Di kala Anwar Ibrahim berjanji utk melawan rasuah, membawa
pelaburan, membawa perubahan dasar ekonomi negara dan menyelamatkan kewangan
kerajaan berjumlah berbilion ringgit dgn pengurusan yg lebih telus… apa kempen
BN dan PN.
KEMPEN POPULAR BN & PN
Kedua parti ini masing2 memainkan isu yg hampir sama yg langsung
tidak membawa apa2 yg bermakna buat negara….malah kempen yg dilakukan hanya
membodohkan rakyat.
- Jika undi PH Cina jadi PM… betul kah Cina boleh jadi Perdana
Menteri? Jika percaya kita berfikiran hambar.
- Azan dan Sekolah Tahfiz akn dimansuhkan seperti yg Jamal
Abdillah pernah katakan dlm sebuah klip videonya. Akhirnya Jamal memohon maaf
secara terbuka mengakui dia hanya mendengar sahaja dan tidak pandai selok belok
politik.
- Anwar nak hidupkan LGBT? Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika
dan pelbagai lagi. Jika benar sudah lama Anwar ditahan oleh pihak PDRM dan
didakwa di mahkamah.
- Pas tuduh UMNO kafir, UMNO tuduh Pas parti ajaran sesat.
- Pas tuduh pula PH kononnya ramai dlm kalangan PH tidak beriman
(beraqidah).
Banyak lagi isu2 yg membodohkan rakyat di kala dunia mencecah
usia 2022.
- Apa ini kempen nak beri cuti peristiwa??? Kempen nak beri
kelulusan pengeluaran KWSP? Kempen nak beri BRIM… ini semua kempen gula2 yg
hanya membodohkan rakyat Malaysia.
Inilah politik kelas dunia ketiga. Di mana mereka ingin membawa
rakyat Malaysia yg lemas dlm ekonomi yg semakin merudum.
——————————————————————————-
Ada kalian lihat penceramah PAS berhujah secara akademik tentang
bagaimana utk menyelamatkan ekonomi negara?
Menguruskan negara bukan hanya tahu menghafal hadis atau ayat Al
Quran utk memfitnah merosakkan pemikiran org Melayu.
Parti politik adalah gerakan politik. Ia bukan gerakan dakwah.
Tugas parti politk ialah mengurus dan mentadbir negara terutama membabitkan
ekonomi rakyat.
Politik yg ada di negara kita skg politik sampah yg licik dan
jelik. Sepatutnya kita mengajar rakyat bukan membodohkan rakyat dgn memainkan
isu perkauman dan agama. Jgn biar pemikiran rakyat menjadi hamba.
Pak Sako pernah berpesan di dlm bukunya bertajuk Budak Beca
“…kita kaum Melayu di negeri Melayu ini pada hakikatnya tidak ada yg kaya. Kita
semuanya miskin, bukan pada harta benda tetapi pada serba serbi.
"Kita yg sebenarnya sudah bankrap, harta tidak ada, budi
bahasa tidak ada, kasih sayang antara satu sama lain tidak ada, amanah tidak
ada, ilmu kepandaian tidak ada, hemah dan cita2 mulia tidak ada. Yg ada pada
kita hanyalah aksi, tunjuk gaya, tunjuk lawa!”
Agenda politik perkauman adalah politik kotor UMNO dan PAS yg
hanya akan merosakan negara. Negara sdg menuju ke arah kemelesetan ekonomi yg
teruk. Berbillion wang negara dicuri hingga pelabur lari dan ringgit menjadi
lemah.
Kesannya berpuluh ribu peluang pekerjaan hilang, yg ada kerja
hilang pekerjaan dan kerana nilai ringgit lemah ingin membeli barang sgt mahal.
Saya ingin bertanya apa nilai yg ada pada RM 100 masakini?
Yg kaya raya dan senang lenang pemimpin yg mencuri berbillion
harta rakyat yg dipunggah utk anak isteri. Yg mereka tipu atau bodohkan rakyat
atas nama bangsa dan agama. Rakyat menanggung pemimpin hingga terpaksa membuat
dua tiga kerja bagi meneruskan kehidupan.
Kalian sudah melihat betapa korupnya Najib. Kalian telah melihat
Muhyiddin yg langsung tidak mempunyai idea membina ekonomi negara malah ekonomi
teruk di zaman beliau.
Kalian juga telah melihat Zahid yg dituduh berpuluh tuduhan
rasuah. Kalian baru sahaja melihat betapa lemahnya pentadbiran Ismail.
Kalian hanya belum melihat Anwar Ibrahim menguruskan negara ini.
Percayalah insan yg sekaki tanah rakyat dan sesen duit rakyat tidak pernah
dicuri ini mampu mengubah nasib kita.
Anwar dikenali dan disegani oleh dunia luar. Kelebihan ini yg
tiada pada pemimpin2 negara. Anwar adalah pilihan terbaik utk kita mengubah
nasib Malaysia. Apa pilihan yg anda ada selain Anwar? Beri Anwar sekali peluang
sahaja!
Negara kita sedang sakit…MASA UTK PERUBAHAN SEBENAR !!!!!