Media
sosial heboh memperkatakan mengenai penerbitan filem baharu yang melibatkan
kerjasama pelakon terkenal negara ini dan Indonesia.
Difahamkan,
Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai ahli politik disegani, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa
melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Berita
itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans
de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi
bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.
Farid
yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik
semula hantaran Acha yang pernah berlakon dalam filem Heart menerusi Insta,
story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan
tersebut.
Bulan
lalu, Farid yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram menyatakan
kecenderungan terhadap PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar selaku
Presiden parti.
Gambar
pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan
tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya,
selain mengenai industri perfileman negara.
Perkongsian
tersebut turut dimuat naik oleh calon Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang mewakili
PKR yang mendedahkan idea mengenai penghasilan filem tersebut sudah dilakukan
sejak 2018.
“Sebenarnya
selepas 2018, ada beberapa pihak bertemu saya tentang bahan ini (atas cadangan
pejabat Anwar sendiri). Ada yang nak buat dokumentari dan juga filem.
“Semoga
semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan Jalan Masih Panjang,” tulisnya di
Facebook.
Hantaran
yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna turut dihujani pujian
mengenai penghasilan filem biografi Anwar.
“Saat
filem Jokowi diputar di pawagam Indonesia pada 2013, saya dan isteri menonton
sehingga kami hampir menangis di beberapa adegan.
“Filem mampu membuat kesan begitu mendalam serta sangat emosional. Saya berharap filem biografi Anwar ini tidak hanya membuat kita menangis, tetapi menjadi fenomena,” tulis Emir Hamdy di Twitter. -CARI