GEMPAR!! ZAHID DICABAR BUKTIKAN FAKTA BAHAWA TEMPAT KELAHIRANNYA DI MALA...


TAJUK: BICARA SEMASA: ANTARA POLITIK & UNDANG-UNDANG (SIRI 38) "UMNO & PINDAAN PERLEMBAGAANNYA"

KAH..KAH..KALAU ZAMAN PH NI DAP SALAH LA NI...NI MESTI LEBAI PAROK NI...



Kipas jadi makmum, imam solat, menteri minta lapor pejabat agama



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Tangkap layar video tular menunjukkan individu berlakon menunaikan solat dengan kipas.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Ia susulan video tular baru-baru ini, khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu, rata-rata berstatus bujang berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

Idris menegaskan, perbuatan sedemikian yang menjadi ikutan anak muda dan remaja, tidak sepatutnya berlaku.

“Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui. Jadi, perkara yang mengarut dan pelik ini, laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau menasihatkan generasi muda agar mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajar dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.

Mengenai kegiatan menggunakan imej agama dan gelaran ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat atau produk untuk kepentingan peribadi, Idris yang juga naib presiden PAS menyifatkan ia sebagai perbuatan zalim.

“Janganlah ambil kesempatan buat perkara begini, terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dengan perbuatan mereka. Pihak yang terkena diharap membuat laporan polis supaya dapat diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari, berkata antara penipuan itu termasuk kempen derma, wakaf dan pakej umrah yang menggunakan pelbagai tarikan.

Antara tawaran bagi menarik pengguna termasuk kononnya penginapan disediakan mereka di Tanah Suci adalah termurah tetapi terletak berdekatan Masjidil Haram

Persediaan mantap, pengawas bertugas dengan baik, kehadiran cukup hebat - Dr Zaliha




 Pengundian semula bagi Pemilihan KEADILAN 2022, Cabang Hulu Selangor dipuji oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa sebagai berjalan baik dan lancar.


Menurut beliau, persediaan yang rapi oleh petugas JPP sehingga jam 3 pagi tadi tidak sia sia apabila proses pengundian berjalan teratur hari ini meski pun pengundi yang keluar begitu banyak.


"Ketua pengawas telah menambah tablet untuk pendaftaran supaya lebih cepat. Kita pastikan perjalanan pengundian dalam dewan supaya berjalan lancar.


"Sejam saya berada di sini, di luar tenang, orang dah tak berkumpul sebab cuaca panas. Saya rasa kita kena cepat selesaikan supaya mereka boleh mengundi dengan selesa," katanya.


Selain Cabang Hulu Selangor, kata Dr Zaliha, 3 cabang di Terengganu, satu di Kedah dan Sabah juga menjalankan pemilihan semula hari ini.


Sebahagian anggota KEADILAN beratur untuk mengundi

Mengenai semangat yang ditunjukkan calon calon dalam mengeluarkan pengundi di Hulu Selangor, Dr Zaliha berkata, sekiranya kerja keras itu dilakukan pada Pilihan Raya Umum akan datang maka KEADILAN boleh mempertahankan kerusi parlimen berkenaan.


"Saya rasa kalau PRU macam ini, kerjasama keluarkan pengundi, saya pun cakap tadi dengan wakil calon, InshaAllah pilihan raya ada harapan (menang).


"Saya rasa semua kena ambil semangat ini dan mereka pun dapat berbincang sesama sendiri seperti kawan," katanya.


Bagaimanapun kerana akses internet tidak begitu baik di dewan mengundi maka undian dilakukan dalam mode offline.


Menurut Dr Zaliha, terdapat 70 tablet disediakan manakala untuk pendaftaran telah ditambah daripada 4 tablet kepada 8 kerana begitu banyaknya anggota yang hadir.


Ditanya keputusan awal pemilihan, beliau berkata JPP akan mengumumkan keputusan esok. Namun ada beberapa cabang yang masih dalam proses menangani aduan.


"Esok kita akan berikan keputusan yang tidak rasmi tetapi kita masih juga ada beberapa cabang yang membuat aduan.


"Harap aduan itu tidak memaksa kita membuat pemilihan sekali lagi," katanya.


Bagi proses pendaftaran calon calon Majlis Pimpinan Pusat pula, beliau berkata pencalonan akan dibuka secara atas talian pada jam 12.01 malam ini dan secara fizikal di Ibu Pejabat KEADILAN pagi esok.


"Esok pemilihan calon secara fizikal dan online. Kita telah keluarkan notis bagi melanjutkan tempoh pencalonan sehingga 3 hari. Fizikal sehari. Online sehingga 3 hari hingga 31 Mei," katanya lagi.


SELANGOR BEKAL 10,000 AYAM KE PASARAN


SINGAPURA TAK KURANG TANAH HARGA AYAM STABIL, MALAYSIA?


'Biduk lalu kiambang bertaut': KEADILAN tidak berpecah selepas pemilihan - Hassan Karim

 

Oleh: Hassan Abdul Karim



ULASAN: Di dalam Kamus Dewan terbitan tahun 1970, biduk adalah perahu untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai.



Manakala peribahasa, “biduk lalu kiambang bertaut” bermaksud lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik.



Maka begitulah relevannya peribahasa ini dengan proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.



Proses pemilihan pimpinan KEADILAN yang mesti diadakan setiap tiga tahun sekali di bawah Fasal 47.3 Perlembagaan Parti KEADILAN bolehlah dianggap sebagai “biduk”. Manakala “kiambang” adalah tumbuhan yang hidup terapung di permukaan air sungai adalah diibaratkan sebagai lebih sejuta anggota KEADILAN di seluruh negara.



Pemilihan kepimpinan KEADILAN ini menarik minat masyarakat Malaysia. Hal itu tidak menghairankan atas banyak sebab. Pertama, KEADILAN adalah parti pelbagai kaum dan pelbagai agama. Kedua, KEADILAN dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan sebab Ketiga, KEADILAN mempunyai anggota yang ramai, melebihi sejuta orang dan satu-satunya parti politik Malaysia yang mempunyai cabang atau bahagian di semua 222 buah kawasan Parlimen di seluruh Malaysia.



Tegasnya KEADILAN adalah parti berstatus nasional, bukannya parti yang bersifat wilayah.



Pemilihan timbulkan perpecahan?



Ada pihak berasa bimbang pemilihan KEADILAN sekarang ini akan menimbulkan perpecahan. Kebimbangan itu agak berlebih-lebihan sebenarnya. Jawatan presiden telah dimenangi oleh Anwar Ibrahim tanpa bertanding. Ertinya kedudukan Anwar tidak dicabar di dalam pemilihan kali ini. Ini adalah kali kedua Anwar menang tidak bertanding dalam pemilihan sebagai Presiden KEADILAN. Kali pertama dalam pemilihan tahun 2018. Anwar bukan sahaja presiden parti tetapi beliau juga adalah penyatu yang menyatukan seluruh anggota parti selama ini.



Tetapi tidak dinafikan, pertandingan yang agak sengit di peringkat jawatan timbalan presiden dan naib presiden.



Namun pertandingan antara Saifudin Nasustion dengan Rafizi Ramli tidak akan memecahkan KEADILAN. Pertembungan antara Saifudin dengan Rafizi tidak melibatkan pertentangan ideologi. Ia hanya sekadar perbezaan strategi iaitu berkisar pada persoalan bagaimana KEADILAN patut lakukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.



Siapapun yang menang jawatan timbalan presiden, ia akan membantu Anwar Ibrahim sebagai presiden dan akan menguatkan KEADILAN itu sendiri. Anwar sebagai seorang presiden dan seorang demokrat akan menerima siapa jua yang dipilih oleh anggota parti untuk menjadi timbalan presiden.



Juga menarik perhatian masyarakat umum bahawa terdapat 17 orang calon yang menawarkan diri bertanding bagi jawatan naib presiden untuk empat kerusi naib presiden yang diperuntukkan dalam Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.



Kesan positif pemilihan



Pemilihan kepimpinan KEADILAN pada tahun 2022 ini memberi kesan yang amat positif. Sekarang masyarakat umum di seluruh negara melihat siapa tokoh selain Anwar dalam KEADILAN. Siapa pemimpin pelapis. Siapa berada di lapis kedua. Siapa berada di lapis ketiga hiraki kepimpinan



Pertandingan di peringkat Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) juga hebat dan sengit. Ini membuktikan KEADILAN tidak kurang bakat kepimpinan. Beribu orang anggota KEADILAN di seluruh negara sedang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di dalam parti, dari kepimpinan di Majlis Pimpinan Pusat sehinggalah ke peringkat akar umbi di peringkat Jawatankuasa Cabang.



Jika KEADILAN dianggap sebagai satu organisma, maka ia adalah organisma yang hidup subur, bergerak dan membiak aktif.



KEADILAN sekarang muncul lebih yakin dan berani berbanding Umno dalam menghadapi pemilihan parti masing-masing. Di kala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berhempas pulas untuk mengatur strategi supaya pemilihan Umno diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, tetapi Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim tidak bimbang akan kedudukannya dicabar dan tidak bimbang akan perpecahan parti sekalipun pemilihan parti dilakukan sebelum PRU-15. Dalam hal ini Anwar muncul bukan sahaja sebagai seorang demokrat yang percaya pada mandat anggota, tetapi mencerminkan idealisme refomasi yang diperjuangkannya selama ini.



Anwar mungkin faham dan menyedari peribahasa Melayu iaitu “biduk lalu, kiambang bertaut”. Selepas proses pemilihan ini saf kepimpinan KEADILAN akan lebih kompak dan bersatu. Sebagai pemimpin suatu jemaah, Anwar tidak boleh gagal untuk mempastikan semua kiambang di permukaan sungai itu agar bertaut semula.



Tiada 'bakar jambatan'



Persaingan antara Saifudin dan Rafizi tidaklah kelihatan tegang dan sengit sehingga dilihat seperti "berkerat rotan" ataupun "menang jadi arang, kalah jadi abu". Pertentangan antara Saifudin dan Rafizi kali ini berbeza sifatnya jika dibandingkan pertandingan antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli empat tahun lalu, pada 2018.



Rafizi dan Saifudin kelihatan membawa pendekatan “gentlemen” dalam persaingan antara mereka berdua. Penyokong masing-masing yang mungkin “lebih sudu dari kuah”. Kedua-dua tokoh ini, Saifudin dan Rafizi kenal hati budi masing-masing. Lalu mereka mendekati pertandingan merebut jawatan timbalan presiden itu dengan pendekatan “air dicencang tidak akan putus”, bukannya pendekatan “berkerat rotan, berpatah arang”.



Tidak ada “jambatan sesiapa dibakar” angkara pemilihan Parti Keadilan kali ini. Pemilihan kepimpinan yang sedang berlangsung sekarang ini adalah persaingan persahabatan dalam satu keluarga besar Keadilan yang kedua-dua tokoh ini, Saifuddin Nasustion dan Rafizi Ramli ada saham besar dalam membangunkan KEADILAN sehingga kuat dan berpengaruh seperti sekarang ini.



______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang