PM ANWAR ZIARAH PENDUDUK DI PD.




 Dari Kampung Pachitan, saya dan Azizah bergerak ke Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson dan singgah ke rumah keluarga saudari Faridah Abbas yang diuji dengan kemiskinan. 




Keadaan keluarga ini tambah melarat apabila suaminya saudara Mohamad Ali Abdul Malek kini terlantar selepas menghidap strok pada tahun lalu. Sejak itu, saudari Faridah terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara hidup mereka dan empat anak. 


Saya dan Azizah amat terkesan melihat ujian berat yang menimpa keluarga asnaf ini. Saya telah mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan saudari Faridah dan keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Antaranya termasuk bantuan kiosk perniagaan untuk menjamin pendapatan saudari Faridah dengan menjual kuih-muih dan pisang goreng. Demi keselesaan mereka sekeluarga, kawasan hadapan rumahnya juga akan diratakan. 


Dengan berat hati, saya dan Azizah melangkah meninggalkan keluarga ini untuk meneruskan rencana di Negeri Sembilan. Semoga ihsan dan bantuan ini meringankan penderitaan hidup saudari Faridah untuk menguruskan suami yang terlantar sakit serta anak-anaknya. Kami berdoa semoga Allah meringankan ujian buat mereka sekeluarga, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI




No comments: