
Ismail Sabri ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Damansara yang kini menjadi seorang suspek dalam kes pengubahan wang haram.
KUALA LUMPUR, 3 Mar – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi suspek yang disiasat dan bukannya saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dijalankan agensi itu.
Beliau berkata, antara tindakan yang dilakukan SPRM terhadap beliau ketika ini adalah meminta melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM.
Beliau berkata, penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan juga mengesahkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai seorang suspek.

“Dalam hal ini yang tu saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).
“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment