Dalam sesi rawatan...tulis sedikit berkenaan ahli parlimen Muar.


Gino Marvela.


Bagi kami, ia lebih kpd nak beri tekanan pada Anwar & Kerajaan Perpaduan supaya kes ini di lepaskan. Keduanya mmg umum mengetahui dia turuti tekanan pihak pembangkang yg mmg di ketahui hubungan dua hala antara Muhyiddin & Mahathir. 


Ketiganya, hanya sekadar mencuba nasib mempergunakan 1 kerusi yg ada bawa keluar dr parti kerajaan menafikan majoriti 2/3...kemudian dgn kes mahkamah yg dia hadapi jika di dapati bersalah kelak, dia akan kata Anwar & Kerajaan Perpaduan mula menggunakan kuasa bg menekan pihak yg memberi tentangan.


Ayat pertama yg beliau keluarkan ialah "menormalisasikan rasuah!". Sekarang ini bukan pasai kes nak menormalisasikan rasuah + berprinsip.


Ini 5 kes Syed Saddiq siasatan pendakwaan. 👇


1. Pecah amanah dana Armada Bersatu RM1j.

2. Salahguna wang sumbangan RM1.2j utk kempen pilihanraya pru14.

3. Pengubahan wang haram RM100k.

4. Pecah amanah dana Armada RM600,537.00


5. Duit RM4,652,155.62 dalam akuan bank di sita oleh SPRM melibatkan penyalahgunaan dana YPC yang telah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) & Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Ini kes duit Armada dari parti Bersatu di mana ketika itu beliau adalah ketua Armada Bersatu sendiri (kini Muda) masukkan duit parti ke akaun persendirian miliknya sebanyak RM1juta.


Persoalan, siapa yg buat report ? Bukankah parti Bersatu yg ada Muhyiddin dalam PN itu sendiri ?


Apabila PDRM & SPRM dah sambut, pendengaran di mahkamah (kini kluster mahkamah)...perjalanan kes ini beri tekanan kuat kpd jawatan ahli parlimen Muar miliknya. 


Sekiranya kes Zahid Hamidi lepas tanpa bebas oleh mahkamah, jika nak kata kerajaan normalisasi rasuah ibarat sprt Syed Saddiq kata...takkanlah takut sangat dgn keputusan mahkamah sewaktu berada dlm kerajaan. Bukankah duduk dlm proksi kerajaan, keputusan mahkamah akan memihak Syed Saddiq sebagaimana di inginkan?


Ini bukan prinsip wahai adik Syed Saddiq. Kami melihat saudara di permainkan & di pergunakan pihak ketiga saja. Ungkapan prinsip/berprinsip itu tidak wujud dlm hal ini dan jauh dr hakikat sebenar.


Bagaimana prinsip/berprinsip itu buleh pindahkan wang parti armada Bersatu ke dalam akaun peribadi setelah kini beralih sbg ketua dlm parti Muda, masih ada kes melibatkan parti bunga ?


Bukan kerajaan atau Anwar yg nak check mate saudara Saddiq. Sebaliknya saudara rela di perkotak-katikkan demi agenda politik. Kes mahkamah, hadaplah dgn baik dan terima apa jua keputusan. 


Pusing sana...pusing sini, kelak diri sendiri yg kepeningan berpusing. 😵‍💫🫨



1 comment:

Anonymous said...

ermtah baitaije promise Malaysia is safe.