Berjayanya gelombang hijau dibenamkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram merupakan kejayaan cemerlang kepada Kerajaan Perpaduan.
Menurut Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, kemenangan tersebut amat bermakna kerana Johor yang dijadikan negeri barisan hadapan PN telah mempermalukan pembangkang dengan majoriti besar di kedua dua kerusi berkenaan biar pun mereka menurunkan kesemua panglima perang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk berkempen.
“Kemenangan ini adalah permulaan kemenangan seterusnya bagi Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke10 itu sendiri,” kata Aminolhuda dalam kenyataan malam ini.
Selain itu, beliau turut mengucapkan syabas kepada jentera Pakatan Harapan dan BN yang datang membantu dari seluruh pelusuk negara.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden, Pengerusi Induk PRK Johor dan Jawatankuasa Amanah National serta semua petugas dari negeri yang membantu dan telah berkampung sejak awal kempen bermula.
“Kepada Jawatankuasa Induk PRK Negeri Johor dan Jawatankuasa PRK Parlimen Pulai serta Jawatankuasa PRK Simpang Jeram saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan, kelemahan dan kekurangan dari diri saya yang daif serta anak-anak buah saya yang ramai di sini,” katanya lagi.
Keputuan rasmi Suhaizan Kayat menang di parlimen Pulai dengan mendapat 48,283 undi dan majoriti 18,641 undi mengalahkan PN.
Manakala Ir Ts Nazri Abdul Rahman pula menang di DUN Simpang Jeram dengan mendapat undi 13,844 menewaskan calon PN.