KUALA LUMPUR 4 OKTOBER 2011- Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) membelanjakan sekurang-kurangnya RM 2,018,850.06 bagi menangani perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa PDRM telah menggerakkan 11,046 anggota dan pegawai untuk penugasan keselamatan pada hari perhimpunan tersebut.
"Termasuk 2,600 orang yang dikerah untuk siap sedia di kontijen-kontijen seluruh negara dan akan dipanggil jika keadaan memerlukan,"
Hishamuddin berkata demikian bagi dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, Parlimen semalam bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, berhubung bilangan anggota polis yang dikerah, elaun yang dibayar dan perbelanjaan operasi menghentikan BERSIH.
Himpuanan BERSIH 2.0 adalah gabungan beberapa NGO yang mewakili suara rakyat Malaysia bagi menuntut reformasi pilihan raya yang bersih dan adil.
Penganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0 menyenaraikan lapan tuntutan seperti berikut :
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor
Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan kos yang menelan belanja RM 2 Juta itu termasukalah perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan , makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain.