MANA ORG MELAYU PEJUANG BENDERA?


Norman Radzuan



 Tolong kejutkan mereka tadi tidur

MANA ORG MELAYU PEJUANG BENDERA?






Mana pejuang Melayu yg siang malam menulis menghentam kesilapan jalur gemilang? Macam org kena sawan menulis pagi ptg siang malam bila bangsa Cina lakukan kesilapan.


Bila kena bangsa sendiri… uh pun tidak, ah pun tidak, eh pun tidak 😝😝😝 Sebab itu saya kata mereka ini pejuang tahi kucing yg penuh rasa kebencian kpd kaum2 lain.


Anda masih ingat… ‘Sekadar mohon maaf bukan tiket lepas hukuman’. Anda masih ingat, ‘Ia bukan kesilapan tetapi disengajakan.’ Anda masih ingat, ‘ bangsa Cina ini memang sudah kurang ajar’… tiba bila org Melayu buat… CUKUP SEKADAR MINTA MAAF….mudah sungguh dimaafkan… nak ketawa ke nak menyumpah?


Nak kata pejuang Islam pun bukan sb mereka tak faham ajaran Islam. Allah dah berpesan pada kita dlm Al Quran


“Wahai org2 yg beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) kerana ALLAH (dan) saksi2 (yg bertindak) dgn adil. Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu utk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana (adil) itu lebih dekat kpd takwa…”


Apa itu takwa yg Allah beritahu kita? Syarat utama kelayakan ke syurga ialah Takwa dan ia adalah matlamat utama kewajipan berpuasa iaitu melahirkan manusia bertakwa. Kena ikut pesan Allah kalau nak masuk syurga, bukan pesan lebai yg kerjanya mengapi apikan perkauman.


Sebab itu nak berjuang kena adil. Jgn terpedaya dgn lebai2 ini. Pakai kopiah simpan janggut tipu berjuta juta duit bangsa sendiri konon utk pelaburan, ada kuasa beri tanah ribu ekar buat ladang haram durian, pakai kopiah putih pungut buka pusat tahfiz minya derma terbang ke luar negara….kalau jenis berpolitik jgn percayalah.


Apa nasib penduduk Ayer Kuning… apakah keputusan air yg diambil? …masih kah ada tahi babi lagi di situ??? Bagaimana nasib Abg Belon … sudahkah dia dibawa menunaikan umrah seperti dijanjikan?



No comments: