MSR
Abang 'kau kenal aku siapa' dah pakai baju lokap.. naya..
😇😇
Mengadakan lawatan kerja ke PETRONAS di Menara Berkembar PETRONAS yang disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
Antara taklimat diberikan menyentuh mengenai industri minyak dan gas serta perencanaan dan strategi masa hadapan sementelahan PETRONAS di dalam usaha untuk menghasilkan sumber pertumbuhan baharu yang lebih lestari dan bertanggungjawab.
Turut hadir Penasihat PETRONAS Tan Sri Mohd Hassan Marican, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS Liza Mustapha.
Saya juga telah mengadakan pertemuan serta perbincangan berasingan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk mendengar perkembangan terkini mengenai tugasan yang telah dilaksanakan.
Didoakan PETRONAS terus berkembang pesat dengan jayanya!
#MalaysiaMADANI
Sudah tak nak ulas kenyataan Sanusi. Sebab level mendap dia tu luar biasa sangat
Baguslah kalau Sanusi ingat akhirat. Harapnya dia ingat di akhirat nanti akan disiasat juga segala-gala penipuan, tohmah dan fitnah yang dihamburkan.
Ciri penunggang agama. Dah sah didapati bersalah memfitnah, tapi berlagak suci. Macam kat akhirat nanti boleh dapat jalan toll-free je. Guane boh?
Raja Gelap
.
Sebagaimana dilaporkan media, Pengerusi UMNO/BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias mengesahkan gabungan itu ditawarkan 16 kerusi untuk ditandingi pada PRN akan datang ini.
Jumlah itu adalah status quo kerusi sedia ada yang dimiliki BN iaitu 15 kerusi yang dimenangi UMNO dan 1 MIC pada PRU tahun 2018 lalu.
Bilangan kerusi Dun di Negeri Sembilan ialah 36 di mana 20 kerusi lagi dimiliki PH iaitu DAP 11, PKR 6 dan Amanah 3.
Bagaimanapun Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, pihaknya telah meminta tambahan dua kerusi lagi daripada PH supaya kedua-dua gabungan itu mendapat agihan kerusi sama rata 18-18.
“Yang telah diselesaikan sekarang ini ialah status quo PH dapat 20 dan BN 16 kerusi.
“Jadi, kita teruskan mesyuarat, sebab saya minta supaya beri tambahan dua lagi kerusi.
“Ini supaya kita masuk PRN secara sama rata, kedua-dua pihak 18 kerusi masing-masing daripada jumlah 36 kerusi Dun yang ada,” ujar beliau.
Lihat tuan-tuan, inilah perangai UMNO…sudah ada 16 kerusi tetapi masih mahu tambahan dua lagi, kononnya supaya sama rata.
Tak cukup sudah dapat betis, sekarang nak paha pula.
Kenapa mahu tambahan kerusi lagi?
Tak cukup lagikah dengan 16 kerusi itu?
Apa mustahaknya BN mesti dapat kerusi yang sama rata dengan PH?
Lagi pun, siapa yang nak beri dua kerusi yang diminta UMNO itu?
UMNO sendiri, kalau kerusi yang sedang dimilikinya, sediakah ia memberi kepada PH?
Dengar cerita juga, Jalaluddin sendiri, meskipun sudah menjadi Ahli Parlimen Jelebu, turut berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Dun dalam kawasan itu yang kini diwakili PH.
Dikatakan hasratnya bertanding di kerusi Dun itu adalah sebagai persiapan untuk memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Menteri Besar sekarang, Aminuddin Harun diberitakan tidak akan mempertahankan lagi kerusi Dun Sikamat yang dipegangnya sekarang.
Selain ingin menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Aminuddin juga disebut-sebut bakal dibawa ke pusat sebagai timbalan menteri dalam rombakan kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri selepas PRN nanti.
Disertai dengan PKR hanya bertanding enam kerusi dan mungkin tidak semuanya mampu dimenangi, di sinilah dikatakan UMNO/BNNegeri Sembilan melihat ada peluang untuk mereka mengambil alih jawatan Menteri Besar.
Bagi tujuan itu, tidak cukup dengan jumlah 16 kerusi yang akan ditandingi, mereka kini meminta lagi tambahan dua kerusi konon atas alasan perlu sama rata dengan PH.
Dengan tambahan kerusi itu, jika mereka menang lebih banyak kerusi nanti, maka senanglah untuk memulakan desakan agar diberi kerusi Menteri Besar itu, walaupun hakikatnya kerusi itu adalah milik PH berdasarkan kemenangan pada PRU yang lalu.
Ikut logiknya, untuk apa UMNO/BN minta tambahan dua kerusi lagi jika mereka benar-benar kekal dengan semangat setiakawan yang jitu untuk memastikan PH dan BN kekal berkuasa serta bukan ada maksud lain selain daripada itu?
Apakah PH ini terlalu baik dan sedia memenuhi kehendak UMNO itu sehingga akhirnya nanti, jawatan Menteri Besar pun terkorban sama? – ShahbudinHusin 07/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/
Penguatkuasaan yang lemah. Dulu katanya dah tak boleh hisap rokok di kedai makan. Tapi ini nampak macam suasana di kedai makan ni.
Aku pun tak kenal siapa ni. Cuma nak tegur tabiat merokok di kedai makan je.
Mujur orang ni bukan siapa-siapa. Kalau pemimpin PAS ni, rugilah dia tak dapat bertanding bak kata Almarhum TG Nik Aziz. Guane boh?
Raja Gelap
.
TAPAH – Lelaki berbadan tegap yang tular dalam rakaman memukul kepala dan mengugut seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah direman selama tiga hari.
Perintah reman bermula Rabu sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Majistret Tapah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 dan 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah dan perbuatan mengaibkan kehormatan.
Pada Selasa, lelaki terbabit ditahan di sekitar Serdang, Selangor selepas mangsa berusia 24 tahun itu membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.
Lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut.
PC PH media tak siarkan. PC PN je. Hebat betul media Malaysia. Inilah kebebasan media. Padahal PH yang memerintah. Takpe la. Kita kayuh basikal dulu la ek? Mana tau lepas kayuh baru boleh dapat liputan media. Guane boh?
Raja Gelap
.
Yang memerintah PH. Tapi yang takut nak bahas Laporan Ketua Audit Negara PN pulak. Dah kenapa?
Masa PH pembangkang dulu, saat beginilah yang dinanti-nanti. Laporan Ketua Audit ni macam peluru untuk pembangkang. Habis tu yang pembangkang sekarang takut sangat kenapa?
Aku pun pelik. Mungkin, mungkin la... Laporan tu untuk zaman pemerintahan PN. Ye la... Sebab PH baru 6 bulan memerintah. Apa yang nak diauditkan. Kan? Itu yang dia menggelupur tu.
Tapi, kalau tak salah nak menggelupur kenapa kan? Hadap je la. Berbahas dengan yakin. Ye la. Tak ada buat salah. Nak takut apa kan?
Bak kata orang tua-tua, berani kerana benar. Takut kerana salah. Kalau dah takut tu... Faham-faham je la. Guane boh?
Raja Gelap
.
Teringat Mahathir dulu. Disebabkan dia nak sangat kuasa sampai sanggup mintak ampun daripada DS Anwar. Kubur TG Nik Aziz pun dia pergi ziarah.
Sekarang ni dia menghimpit Mahiaddin pulak. Apa nak heran? Makhluk macam dia tu jenis sanggup buat apa saja untuk capai kehendak dia.
Lagipun, aku tak fikir dorang ni memang bermusuh. Semua tu lakonan je untuk Langkah Sheraton dulu. Sekarang terpaksa tamatkan lakonan sebab dah tak mampu nak lawan DS Anwar. Guane boh?
Raja Gelap
.
Jeng, jeng, jeng
NORMAN RADZUAN
Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Sanusi Md Nor mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang terus dikritik.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Sharleena Abdul Rashid menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah itu tidak lebih sekadar satu tindakan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalannya mentadbir Kedah.
Jelas Sharleena, selain gagal memacu ekonomi Kedah, Sanusi cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah air serta penebangan hutan di negeri itu yang menyebabkan banjir dan perubahan geografi.
“Kekurangan penyelesaian jangka pendek dan sederhana kepada isu air, khususnya di kawasan Kuala Kedah, dikatakan bukti kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Sanusi,” jelasnya.
Sanusi yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan kontroversi Isnin lalu mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dan negeri itu hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.
Beliau mendakwa pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah ‘terlepas’ daripada Kedah.
Kenyataan itu dianggap pelbagai pihak sebagai ‘melampau’ kerana mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Yang di-Pertua Negeri.
Susulan itu, pada Khamis beberapa pemimpin termasuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis susulan kebimbangan kenyataan Sanusi boleh menimbulkan keresahan dan mengganggu gugat ketenteraman awam dan membabitkan perasaan marah rakyat Pulau Pinang.
Sehubungan itu Sharleena berkata, Sanusi wajar memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri berbanding membuat kenyataan provokasi semata-mata untuk memastikan hayat politiknya berkekalan selepas pilihanraya.
“Daripada mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik Sanusi memberi tumpuan kepada pentadbiran negerinya yang memerlukan perhatian sewajarnya,” kata beliau yang juga ADUN Seri Delima.
Kerajaan Negeri Kelantan digesa ‘membersihkan’ pengurusan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terlebih dahulu sebelum memohon bajet berjumlah RM8 bilion dari Kerajaan Persekutuan.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, masalah bekalan air di negeri itu sudah membelenggu penduduk sejak berpuluh tahun dan ‘pembersihan’ dalam AKSB perlu dijalankan bagi memastikan pembaharuan dalam tadbir urus akan menjadi lebih berkesan.
“Mereka (Kerajaan Negeri) masih mengekalkan pengurusan yang gagal sambil mengharapkan keputusan berbeza.
“Untuk makluman, sebelum Perjanjian Migrasi Air 2016 Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan sebanyak RM777 juta dari kelulusan RM816 juta.
“Saya yakin sumber kewangan itu berterusan hingga sekarang,” katanya dipetik.
Khamis lalu media melaporkan, Kelantan memohon dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri itu.
Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian berkata, kerajaan belum bersetuju dengan jumlah itu dan perlu meneliti masalah tersebut termasuk pengurangan kos sebelum keputusan boleh dibuat.
Sementara itu, tambah Mohf Azwami, walaupun sudah ada usaha dilakukan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu tersebut, ia dakwanya gagal susulan amalan nepotisme dan ketidakcekapan.
Berpandukan jawapan diberikan oleh Kementerian Air dan Alam Sekitar (Kasa) sebelum ini, jelas AKSB gagal menunjukkan prestasi diharapkan dalam membekalkan air bersih kepada penduduk di negeri itu.
“Apa yang berlaku dalam AKSB itu perlu diberi perhatian sebelum kerajaan menyalurkan bajet yang besar. Bagaimanapun, kami (Pemuda UMNO Kelantan) menyokong permohonan untuk memulihkan bekalan air di negeri ini,” ujarnya.
Pengukuhan matawang dolar Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan pihak berkuasa kewangan negara itu bagi mengelakkan negara adi daya dunia tersebut menghadapi kemelesetan ekonomi berakibat bantuan kewangan dan persenjataan ke Ukraine, tidak sewajarnya menghukum ekonomi negera kecil seperti Malaysia dengan kejatuhan nilai ringgit.
Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan, tindakan Federal Reserve AS yang sentiasa menaikkan kadar faedah perlulah disaingi dengan tindakan radikal tertentu oleh Malaysia untuk mempertahankan nilai ringgit.
Hal itu, katanya turut akan menutup mulut para pengkritik dalam kalangan Perikatan Nasional yang memesongkan fakta serta memamaikan fikiran rakyat kononnya ekonomi negara memburuk pada era Kerajaan Perpaduan.
“Hakikatnya, ringgit bukan satu-satunya matawang yang terjejas ketika ini. Matawang utama lain seperti yen, pound sterling, euro dan dolar Singapura telah jatuh berbanding AS$.
“Kejatuhan ini berpunca daripada pengukuhan AS$ melalui peningkatan kadar faedah asas secara agresif di mana US Dollar Index telah meningkat hampir 3% dalam tempoh sebulan.
“Dibandingkan pada tahun lalu, kejatuhan kedudukan matawang negara sebahagian besarnya disumbangkan krisis politik dalaman yang menjejaskan keyakinan pelabur dalam dan luar negara.
“Dalam mendepani cabaran ini, dicadangkan agar Kerajaan Perpaduan menggunakan cabaran ini untuk memperkenalkan “structural reforms” bagi menambah baik dasar berkaitan aliran dana ke Malaysia dan mengukuhkan keyakinan pelabur yang terjejas dalam beberapa tahun yang lepas.
“Usaha seperti ini mustahak untuk mungukuhkan ringgit dalam jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Ammar menyeru agar pelaksana polisi di Malaysia mula memikirkan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa forum serantau agar negara ASEAN melaksanakan perdagangan menggunakan matawang sendiri bagi menghindari turun naik nilai dolar AS.
“Ini merupakan masa yang sesuai untuk negara-negara Asia mempercepatkan langkah ke arah idea yang dilontarkan Datuk Seri Anwar baru-baru ini, iaitu “de-dollarisation” atau pengurangan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat serta penubuhan Asian Monetary Fund,” katanya.
Ammar juga dalam pada itu memuji tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar pinjaman semalaman (OPR) yang bertujuan untuk menyekat pemodal membawa keluar dana dan menyimpannya dalam dolar, berikutan pengukuhan matawang berkenaan.
“Walaupun kadar OPR telah dinaikkan oleh BNM ke paras 3%, ia masih berada di bawah paras pra-pandemik Covid 19 iaitu 3.25% dan pra-krisis 2008 iaitu 3.5%.
“Diakui tangan BNM agak terikat dalam perkara ini, memandangkan OPR terpaksa dinaikkan untuk mengawal inflasi teras atau core inflation yang degil. BNM wajar dipuji atas kejayaannya mengawal sistem monetari Malaysia tanpa menyebabkan kos pinjaman bulanan rakyat melambung tinggi seperti di Amerika Syarikat.
“Namun sebagai sebuah negara pengimport makanan yang bernilai RM64 bilion (2021), kelemahan ringgit akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia sekiranya trend ini berlanjutan,” katanya lagi.
Walaupun turun naik matawang bersandarkan pergerakan pasaran dunia, Ammar tetap yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar akan mempunyai solusi jangka pendek terbaik bagi menjaga kebajikan rakyat.
Kekuatan Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah kerana dasar yang membela rakyat terbanyak, bukannya mendapat majoriti kerusi Melayu atau tidak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang semalam yang mendakwa kerajaan sukar untuk memimpin negara majoriti orang Melayu bila mana di dalam komponen Pakatan Harapan (PH) sendiri banyak parti dan pemimpin bukan Melayu.
Menurut Anwar, sama ada memperoleh banyak kerusi parlimen Melayu atau tidak hal itu bukanlah ukuran, kerana kerajaan yang baik, katanya, diukur melalui dasar yang dilaksanakan.
“Yang penting bukan soal jumlah majoriti, yang penting dasar.
“Di mana dasar kita tinggalkan Islam, kita khianat orang Melayu? Curi tanah Melayu atau curi saham, curi projek? Ini yang penting kita nilai. Jangan guna naratif kolot dan jumud. Saya tanya di mana?
“Bahasa, budaya, Islam, seni, sastera, ini kita lakukan (jaga). Tetapi negara ini pelbagai kaum. Sementara kita angkat Islam, bukan Islam kita kena jaga supaya hak tetap dipelihara. Ini jaminan keamanan negara kita.
“Jadi saya tidak cenderung untuk rakyat dipesongkan dengan sentimen ini,” katanya ketika ditemui pemberita usai merasmikan pameran orientalism painting di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur, petang tadi.
Ahli Parlimen Tambun itu juga membawakan contoh kejayaan Kerajaan Madani ketika ini dalam membanteras rasuah. Sedangkan 3 tahun lalu Pas pernah menjadi kerajaan namun tidak berupaya membawa perasuah perasuah besar ke muka pengadilan.
“Yang tidak dijawab mengapa sekarang kita boleh ambil tindakan tegas hentikan rompakan.
“Saya tahu ada kalangan tokoh tokoh lama, dia kata buat apa nak korek yang lama lama. Bukan saya korek, harta rakyat mesti dipulangkan. Kalau tengok naratif yang lama lama, di kalangan orang yang ada kes sekali pun, kalau tengok dia takut disiasat. (Tetapi) kamu dah ambil pulangkanlah balik,” katanya.
Pengerusi PH itu juga mahu Pas melihat apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 7 bulan mentadbir, bukannya hanya mencari kelemahan dan mengadu domba.
“Bagi saya yang sukses apa? Kita pertahankan Perlembagaan, kita tingkatkan makna bahasa, budaya, Islam, banteras kemiskinan, keharmonian antara kaum dan yang utama hentikan amalan guna kuasa dan kedudukan merompak harta rakyat
“Ini yang patut ditekankan oleh parti Kerajaan Perpaduan dan pembangkang,” katanya lagi.
DS Anwar pernah satukan parti yang bermusuhan lama (DAP dan PAS) di bawah satu payung (BA & PR). Kemudian satukan pula Keadilan dengan UMNO di bawah Kerajaan Perpaduan dan disertai belasan parti lain.