APA YANG TELAH ADA.

 





Sekurang kurangnya 7 atau 8 daripada 16 seksyen yang dibatalkan sebenarnya telah ada dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang telah dimansuhkan. Antara kesalahan tersebut ialah:


i. Persediaan/menawarkan untuk melakukan maksiat

ii. Sumbang Mahram

iii. Minum minuman yang memabukkan

iv. Munkicari


Maknanya sebahagian dari kesalahan kesalahan yang dicabar itu telah wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah semenjak 1985 lagi, iaitu hampir 40 tahun dulu.


Isunya mengapa baru kini Nik Elin Nik Rashid terlintas untuk buat semakan kehakiman atau mencabarnya???


Bagi ambo ada 2 sebab (pandangan ambo la):


1. Kes Iki Putra yang didakwa melakukan kesalahan liwat pada tahun 2019 di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 sehingga ianya dicabar di Mahkamah Tinggi dan berlarutan hingga ke Mahkamah Persekutuan Tahun 2022. 


Malangnya Kerajaan Kelantan tidak sensitif dengan isu ini sehinggalah pada 1 Nov 2021 Kerajaan Kelantan mewartakan EKJS (I) 2019 yang juga terkandung di dalamnya kesalahan Liwat. 


2. Kerajaan Kelantan semasa menggubal ekjs (I) 2019 telah memasukkan beberapa kesalahan "luar tabie" yang tidak pernah diperuntukkan dalam mana mana enakmen jenayah syariah negeri lain sebelum ini. Ianya bukan sahaja satu kejutan, tetapi seolah olah cuba bersaing dengan kuasa jenayah di Mahkamah Sivil dengan jumlah hukuman yang jauh lebih rendah.


Antara kesalahan kesalahan tersebut ialah;

i. Persetubuhan dengan mayat.

ii Persetubuhan dengan bukan manusia.

iii. Menipu Timbangan, Ukuran Dan Sukatan.

iv. Muamalah dengan riba. 


Ambo rasa 2 sebab ini menyebabkan Nik Elin terpanggil untuk "test market".. jangan marah ya Kak Nik Elin ambo



No comments: