PENGHAKIMAN KES NIK ELIN


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan 16 Seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah dan tidak berperlembagaan.


Keputusan hari ini sudah boleh dijangka jika kita melihat kes duluan Iki Putra Mubarrak (2021) dan SIS Forum (M) (2022). Asas kepada penghakiman ini adalah doktrin pith and substance (inti pati undang-undang) seperti yang pernah digariskan dalam kes Mamat Bin Daud vs Government of Malaysia 


Cuma yang menariknya Ketua Hakim Negara awal awal lagi menyatakan bahawa penghakiman ini tiada kaitan dengan ajaran agama Islam atau Mahkamah Syariah.


Penghakiman ini adalah hanya menetapkan batas dan sempadan had undang-undang yang boleh digubal oleh Dun dan Parlimen.


Ketua Hakim Negara juga nyatakan bahawa di Malaysia ini tiada hukum hudud dan qisas. Yang ada hanya hukuman takzir. Hukuman takzir boleh dilaksanakan di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Jika dilaksanakan di Mahkamah Syariah maka hukuman akan terikat dengan Akta 355 (3 tahun penjara, denda RM 5000 & 6 sebatan)


Jadi usahlah menuduh Islam terancam dan doa buruk buruk kononnya hakim hakim ini musuh Allah. Ini berat sangat kerana tiada apa pun dalam penghakiman ini boleh kita sifatkan sebagai berlawanan dengan prinsip Islam.


Tahniah juga kepada Menteri Agama kerana sangat responsif terhadap penghakiman ini.


Moving forward, Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri Negeri perlu bertindak segera untuk meminda mana mana peruntukan yang berkaitan supaya selaras dengan penghakiman ini supaya tiada lagi cabaran yang sama di Mahkamah pada masa akan datang.


Dr Zulqarnain Lukman

9 Februari 2024


https://www.facebook.com/1440900983/posts/10233783086905815/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v