KISAH GURU TOKSIK DAN SUAMI GURU PATRIARKI

 

Nik Hasyudeen. 


Kalau semua guru yang bagus mahu berhenti kerja siapa akan jadi pengajar kepada anak kamu dan kepada anak bangsa?


Sebenarnya siapa yang toksik?


Kami pernah tinggal satu taman dan mengenali jiran di mana suami seorang lelaki patriarki. 


Isteri beliau tidak dibenarkan keluar rumah, tidak boleh bercampur dengan jiran dan hanya terperap dalam rumah menjaga anak. 


Lakinya meninggal dunia mengejut dan jiran yang sempurnakan semua urusan pengkebumian. 


Isteri beliau seperti jadi orang gila tidak tahu buat apa kerana suami mati mengejut. 




Beliau tidak tahu bawa kereta, tidak tahu cara ke pasar, tidak tahu cara bayar bil dan tidak tahu uruskan persekolahan anak-anak.  


Semua jiran yang bantu keluarga tersebut sehingga beliau belajar cara mengurus rumah sendiri. 


Begitulah apabila dapat suami patriarki.


KONON GURU TOKSIK. KALAU GURU TOKSIK... ANAK ANAK KAMU TAK BERJAYA SELAMA INI.? TAK SUKA JADI GURU, JANGAN JADI GURU. MUDAH SAJA. KISAH ABDUL HALIM SOH ISTERI BERHENTI KERJA. 

ABDUL HALIM


Sejak 10 tahun lepas lagi isteri ambo resign jadi cikgu..


Puncanya hari2 kena hadap environment toxic di sekolah..


Cikgu lelaki-perempuan tanpa segan2 duk bergurau lucah di bilik guru, bertepuk tampar tak kira laki bini org tanpa perasaan malu.


Nasib baik puak-puak dia tak berani bergurau lucah dgn isteri ambo, kalau tak mmg kecoh satu sekolah ambo bagi lebam biji mata..


Oleh kerana nampak isteri ambo hari-hari stress dgn environment mcm tu..


Walaupun isteri ambo dah berpindah ke sekolah lain, tapi environment toxic tetap sama..cuma kuat dan tak kuat ja..


Ambo tegaskan pada dia, ambo tak izin/redha awak bergaul dan berbual dengan mereka melainkan hal-hal penting..


Ataupun lebih baik awak letak jawatan serta merta tanpa alasan..


Sampaikan setiap hari waktu rehat, isteri ambo byk menyendiri dlm bilik makmal sbb dipulau oleh guru-guru lain.. walaupun isteri ambo tak pernah ada masalah disiplin semasa di sekolah..


Tak ada cara lain dah nak selamatkan isteri ambo ni melainkan paksa berhenti serta merta..sbb hari2 duk balik mengadu benda-benda negatif di sekolah..


Lama kelamaan ambo mula hilang sabar..."awak nak berhenti atau sy sendiri akan berhenti jadi pasangan hidup awak.."


Plus masa ni teruk juga kami dihentam ahli keluarga & saudara mara terdekat, katanya rugi berhenti kerja gov, syg pd pencen n gaji mahal..


Ambo terpaksa tinggikan suara…


Lailaha ilaLLAH.. betapa kolotnya cara awak berfikir.. Allah dah jamin rezeki semua makhluk2-Nya.. 


Tempat kerja yg penuh toxic dan maksiat pun awak masih duk fikir pasal gaji dan pencen?!! Mana awak letak otak awak?!!


Masa ni isteri ambo menangis sbb terlalu buntu..akur pd arahan suami dlm masa 24 jam kena resign..


Walaupun dlm masa yg sama ada guru di sekolah menghasut jgn ikut sangat nasihat suami.. 


Isteri ambo juga ditekan keluarga suruh buat loan rumah, ni pun ambo menentang keras..


Sy yakin hidup awak tak akan bebas kemana-mana jika awak terikat dgn loan. 


Bekerja lah awk sampai pencen, atau mati dulu sebelum sampai umur awk pencen...


Kalau awak nak buat loan dan ikut pendapat keluarga, maka bolehlah awak duduk dgn keluarga awak..


Insya Allah sy boleh angkat kaki tanpa ada sikit pun perasaan menyesal.. 


Alhamdulillah isteri ambo 100% taat tak sempat buat satu loan pun walaupun mcm2 hasutan dari org sekeliling..


Bayangkan time tu ambo paksa isteri resign dan keluar dari manusia-manusia toxic ni dalam keadaan ambo hanya ada rm800 dlm bank..


Lepas beberapa bulan saja dia berhenti, Allah limpahkan rezeki tanpa disangka-sangka..


Ambo bersyukur pd Allah swt berkat isteri berhenti niat kerana Allah dan taat pd suami..


Ada juga saudara mara yg kuat PAS nasihati ambo supaya isteri ambo terus kerja gov, rugi masa depan n pencen..


Ambo jawab, apa ke tolol mu kuat PAS hari2 duk hentam kerajaan, tp suruh bini aku kerja kerajaan.. pejuang parti isle jenih apo mu ni tak yakin dgn rezeki?


Nampaknya harini dah ramai cikgu-cikgu mula nampak environment toxic dlm kakitangan kerajaan mcm mana, walaupun isteri ambo dah tempuh 10 tahun yg lalu.. 


Ramai guru-guru yg komited & amanah sudah berhenti serta bersara awal, sistem pendidikan di Malaysia dah tiada hala tuju. Sesama penjawat saling diskriminasi.  


Masih ramai guru-guru di Malaysia yg intelligent dan ikhlas mendidik, tapi mereka selalunya berada dlm golongan yg minoriti dan ditindas..


Pendidikan anak-anak kita semakin terkebelakang, ramai ibubapa mula merungut dgn sistem pendidikan di Malaysia.


Ianya telah dijahanamkan oleh orang-orang politik dan hanya mengangkat guru-guru yg si kaki ampu, kipas dan penjilat..


Akhirnya tinggallah guru-guru yg betul-betul bersabar bertahan kerana terikat dgn komitmen loan dan skim pencen..


Tidak kurang juga hanya tinggal guru-guru yg tiada kualiti, tergedik gedik bertiktok menayang kecantikan dan menjadi influencer demi kejar glamour. 


Membuat content-content jijik dengan anak-anak murid tanpa ada rasa segan & consent parents..


Alhamdulillah.. selepas beberapa bulan berhenti, isteri ambo dah mula nampak bahagia dgn kehidupan baru bersama suami dan anak2 sepenuh masa. 


Dah tak ada tekanan di sekolah, tak terdedah pada maksiat dan sebagainya..


Harini masanya dalam genggamannya sendiri bebas tanpa toxic dan arahan pihak atasan.


Perjalanan hidup setiap insan di dunia ini berbeza..


من ترك شيئا لله عوضه الله خيرا منه


Siapa meninggalkan sesuatu kerana Allah ,maka Allah akan gantikan yg lebih baik dari apa yg ditinggalkannya..