PEMIMPIN PAS KAKI GOTEL?




PEMIMPIN PAS KAKI GOTEL?

Bukankah Hudud NYAWA Pas?

Pas masih ada Nyawa ke sekarang?

NYAWA Pas boleh di GOTEL sesuka hati oleh pemimpin Pas? Sekejap on sekejap off?

(Nota: GOTEL bermakna menjadikan sesuatu secara longgar berbentuk bulat/Definisi : (gotél) Kl; menggotel menjadikan bulat, menggenteli (adunan kuih dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nyawa Pas sudah ditukar dgn jawatan besar dan kekayaan dunia segelintir bergelar pemimpin?

Katanya 'tumpu masalah bekalan air dan tandas bersih dulu'.

Semasa Pas 'mengamuk' bawa Rang Persendirian 355, masalah bekalan air dan tandas bersih belum berlaku? Kena 'press' 355 sampai tak sempat tarik nafas?

Anugerah Allah Pas berkuasa sekarang bukan sebaik masa untuk luruskan pelaksanaan Hukum Syariah secara menyeluruh?

Jika tidak sekarang, bila lagi? Sementara jargon Melayu-Islam masih terpakai.

Atau dikenang di Langit dan di Bumi sebagai golongan HANYA MEMPOLITIKKAN Hukum Allah dan PENGGOTEL-PENGGOTEL ?

Husam Musa

8 Mac 2022